Dun Johor Sebulat Suara Lulus Calon Adun 18 Tahun


 Oleh RAHIMI MOHAMAD
SIDANG Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan pindaan ke atas Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan penduduk berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya.
Keputusan itu dalam persidangan khas DUN sekali gus menjadi negeri terbaharu yang membenarkan belia berusia 18 tahun bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).
Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021 dikemukakan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad diluluskan selepas mendapat sokongan dan dibahaskan oleh ADUN kerajaan dan pembangkang.
Antara ADUN kerajaan tampil berbahas dan menyatakan sokongan termasuk ADUN Panti, Hahasrin Hashim dan ADUN Tenggaroh, K. Raven Kumar serta dua ADUN pembangkang iaitu ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan ADUN Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman.
Hasni ketika membawa rundingan itu berkata, penggubalan Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 adalah untuk menurunkan had umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun.
“Pindaan had umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun ini telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 15 Disember 2021.
“Berdasarkan peruntukan ini, setiap warganegara yang berumur 21 tahun yang bermastautin dalam negeri Johor layak menjadi seorang ahli Dewan Negeri, melainkan orang tersebut tertegah dan tidak mencukupi syarat menjadi ahli dewan,” katanya pada sesi mesyuarat bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-14, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.
Jelas Hasni, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan pindaan kelayakan umur Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negeri kepada 18 tahun melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603] yang telah diwartakan pada 10 September 2019.
Terdahulu pada sesi perbahasan, Andrew Chen berkata, sejajar dengan pindaan itu, enakmen anti lompat parti perlu digubal pada sesi dewan akan datang demi memperkasakan lagi fungsi DUN yang merupakan tunjang sistem perundangan negeri.
“Mengurangkan umur mengundi kepada 18 tahun juga mengemudi anak muda kita agar lebih cepat mengenali dan mendekati perkembangan politik negara. Kebanyakan mereka akan mula berfikir matang dan kritis sejak alam persekolahan lagi. Dengan ini, pemimpin pelapis muda yang lebih ramai akan dapat disemai sejak awal.
“Belia boleh membuka lembaran baru dalam politik dan dasar pembangunan. Mereka boleh menjadi kuasa kreatif, sumber inovasi yang dinamik dan fasih dalam alatan digital. Mereka dahagakan perubahan, mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan untuk mengubah sistem dan menjadikannya lebih baik,” katanya.
Sementara itu, Hahasrin berkata, walaupun ada pihak tidak bersetuju dengan pindaan kelayakan calon daripada 21 ke 18 tahun berikutan persepsi kematangan orang muda yang masih belum mencapai tahap sepatutnya.
“Namun orang muda perlu menganggap ia sebagai cabaran dan buktikan mereka layak dan mampu memimpin apabila dipilih menjadi calon di kawasan tertentu di negeri ini. Saya yakin orang muda sudah matang dan langkah pindaan ini bertepatan dan akan membawa Johor lebih maju selepas ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/dun-johor-sebulat-suara-lulus-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Sangkal Dun Johor Bakal Bubar

Speaker Sangkal Dun Johor Bakal Bubar

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 153 hits
Speaker sangkal DUN Johor bakal buOleh FAZLI RADZI January 10 2022Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Suhaizan Kayat menyangkal desas desus kononnya bakal berlaku pembubaran DUN dan Pilihan Raya Negeri Johor Naib Pengerusi AMANAH negeri itu...
Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China Di Renaissance Hotel Johor Bahru

Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China Di Renaissance Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 293 hits
Sajian Abalone Yee Sang Untuk Tahun Baru China di Renaissance Hotel Johor Bahru Mempunyai kelainan pada setiap tahun baru apabila korang menikmati makan besar sempena tahun baru pada tahun ini Pertama kalinya umi menikmati Yee sang dengan d...
Adun Dap Lambat Tiba Terlepas Sesi Angkat Sumpah Dun Melaka

Adun Dap Lambat Tiba Terlepas Sesi Angkat Sumpah Dun Melaka

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 213 hits
Adun DAP lambat tiba terlepas sesi angkat sumpah DUN Melaka Baru hari pertama sudah lambat datang Nampaknya disiplin Adun DAP kena diperbaiki Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Hilir Leng Chau Yen dilaporkan tiba lambat dan terlepas sesi men...
Hari Pertama Tahun 2022 Suami Anita Baharom Meninggal

Hari Pertama Tahun 2022 Suami Anita Baharom Meninggal

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 441 hits
Pelakon Anita Baharom berkongsi berita duka awal pagi tadi apabila suaminya Ismadi Ismail dilaporkan meninggal dunia Menerusi perkongsiannya di Instagram Anita memohon orang ramai mendoakan arwah suaminya itu namun dia juga tidak berkongsi ...
Tetap Mesti Ingat Walau Sudah Melangkah Ke Tahun 2022

Tetap Mesti Ingat Walau Sudah Melangkah Ke Tahun 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 240 hits
TETAP MESTI INGAT WALAU SUDAH MELANGKAH KE TAHUN 2022 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt JUJUR kita masih belum bebas sepenuhnya Kita masih berada dalam satu situasi yang sangat masih perlu berjaga j...
Agong Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu

Agong Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 253 hits
BH ONLINE Agong Permaisuri zahir ucapan selamat tahun baharu Foto FB Istana Negara KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskand...
Shahidan Nafi Tahu Rombakan Kabinet Menjelang Tahun Baru

Shahidan Nafi Tahu Rombakan Kabinet Menjelang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kemungkinan berlakunya rombakan Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terd...
Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 287 hits
Selamat tahun baru diucapkan khas kepada penjenguk blog ini Terima kasih atas sokongan anda selama ini Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih berjaya dan dalam rahmat Allah sepanjang masa Tahun 2021 kita tinggal dengan berbagai peristi...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024