Dulu Tmj Pernah Kata Dr M Bukan Mahu Selamatkan Negara Tetapi Anaknya



Ini berita April 2018
Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.

Tanpa menamakan Dr Mahathir, TMJ berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.

“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang,” katanya merujuk ceramah PH di mana Dr Mahathir mengumumkan keputusan gabungan pembangkang itu menggunakan logo PKR pada PRU14.

“Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.”

Dr Mahathir pada 1992 merancang kempen untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu, susulan kontroversi membabitkan seorang jurulatih hoki dan Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail, ayahanda kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tahun berikutnya, selepas kempen media diketuai Dr Mahathir, Parlimen meluluskan pindaan untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu.

Sultan Ibrahim adalah seorang daripada raja Melayu yang mengkritik Dr Mahathir secara terbuka, seorang lagi ialah Sultan Selangor.

Sultan Johor antara lain tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membantah projek Forest City dekat Johor Bahru.

TMJ dalam catatan malam tadi turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya di kemuncak krisis Dr Mahathir dan istana Johor.

“Saya tidak lupa pada tahun 1992, ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, ‘Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak’.”

Tunku Ismail berkata, rakyat yang “berkecil hati terhadap kepimpinan negara” tidak patut menyalahkan sesebuah organisasi atau parti hanya kerana seorang individu bermasalah.

Katanya, masalah boleh diselesaikan jika rakyat Johor membenarkan Sultan Johor dan beliau menangani masalah dalam Umno yang ditubuhkan di negeri itu.

“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.

“…benarkan sultan dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu untuk negeri dan negara tercinta.

“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi, terutama sekali sistem hirarki.”

Beliau berkata, rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Sultan Johor dan beliau untuk disampaikan kepada kerajaan memerintah.

“Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dalam kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan.

“Jangan sesekali anda sangka kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada di dalam kerajaan.”

Katanya, walaupun bukan ahli politik, tetapi beliau mempunyai agenda sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” kata bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

Tunku Ismail turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan Johor.

“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri sekarang ini.

“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.”


MR :  Kalau kita baca berita-berita lama kita tahu banyak nasihat jangan percaya Mahathir dan Anwar tapi rakyat masih bodoh...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/dulu-tmj-pernah-kata-dr-m-bukan-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

Saya Bukan Nak Kipas Mahathir Tapi Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 475 hits
Hadi bagaimanapun berkata terdapat penakut ketika berdepan usul percaya pada kepimpinan Mahathir
Tidak Ke Istana Negara Tiada Pengumuman Dari Tun M Malam Ini Kata Pegawai

Tidak Ke Istana Negara Tiada Pengumuman Dari Tun M Malam Ini Kata Pegawai

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 368 hits
Tiada apa apa pengumuman dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini berhubung pembentukan kerajaan baru Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 23 Feb Perdana menteri tidak akan membuat apa apa kenyataan malam ini kata pegawainya su...
Pas Nak Selamatkan Negara Cuma Dongeng Kit Siang

Pas Nak Selamatkan Negara Cuma Dongeng Kit Siang

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 323 hits
BERITAPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan PAS bahawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga habis penggal bertujuan untuk menyelamatkan negara MP Iskandar Puteri menyifa...
Bagi Majlis Angkatan Tentera Handle Negara Dulu

Bagi Majlis Angkatan Tentera Handle Negara Dulu

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 302 hits
Tetiba anuar ibrahim senyap dan lenyap LANGSUNG Mahathir terajui negara hingga PM baru dilantik MAHADHIR LEPASKAN JAWATAN PENGERUSI BERSATU PULAKBAGI MAT HANDLE NEGARA DULU AND YANG DIPERTUAN AGONG BOLEH PILIH PM SEMENTARA Sah Dr Mahathir l...
3 Tips Nyontek Paling Legendaris Dari Zaman Dulu Hingga Sekarang Udah Pernah Coba Yang Mana

3 Tips Nyontek Paling Legendaris Dari Zaman Dulu Hingga Sekarang Udah Pernah Coba Yang Mana

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 319 hits
Katanya generasi penerus bangsa tapi masih aja nyontek Hadeeeh Emang suka pake cara yang mana nih Wkwk
Kepentingan Negara Dan Sarawak Jadi Keutamaan Kata Abang Johari

Kepentingan Negara Dan Sarawak Jadi Keutamaan Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 399 hits
Kepentingan negara dan Sarawak jadi keutamaan kata Abang Johari Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Feb 2020
Kami Sokong Muhyiddin Demi Negara Kata Gps

Kami Sokong Muhyiddin Demi Negara Kata Gps

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 350 hits
KUCHING Gabungan Parti Sarawak bukan anggota Perikatan Nasional yang akan membentuk kerajaan persekutuan baru kata gabungan kerajaan negeri itu semalam Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri berkata GPS hanya entiti poli...
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur