Dulu Tauke Bas Kini Peniaga Kuih


 Oleh ISWAN SHAFIQ ISA
MOHD. Afifi Ruslan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pemandu dan pengusaha bas yang terjejas akibat Covid-19 di Batu Kawan, Pulau Pinang.BATU KAWAN: Pada usia yang baru mencecah 29 tahun, Mohamad Faeez Yusof telah memberanikan diri mengambil risiko yang besar dengan menubuhkan syarikat bas persiaran kira-kira dua tahun lalu.
Sempat beroperasi hanya beberapa kali, dia yang berpengalaman sebagai pemandu bas selama lima tahun itu bagaimanapun terpaksa ‘mengalah’ disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan Covid-19 bermula Mac tahun lepas.
Sejak itu, basnya ‘tersadai’ dan dia bersama isterinya kini melakukan apa sahaja pekerjaan yang boleh menjana pendapatan untuk mereka sekeluarga.
Buat masa ini, katanya, mereka berniaga kuih-muih termasuk di bazar Ramadan selain berniaga juadah yang sama pada sebelah pagi ketika hari biasa.
“Boleh dikatakan, wang simpanan yang saya ada juga telah habis digunakan ketika ini dan berharap kepada perniagaan ini sahaja untuk meneruskan kehidupan.
“Pada masa sama, saya juga terpaksa menanggung bebanan hutang yang besar dengan syarikat pinjaman kredit sebanyak RM5,500 sebulan hingga ke hari ini,” katanya yang berharap bebanan tersebut dapat diselesaikan segera kerana benar-benar menghimpit kehidupannya ketika ini.
Mohamad Faeez ditemui dalam Majlis Sumbangan Barangan Dapur untuk pemandu dan pengusaha bas anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Persatuan Kebajikan Pengusaha dan Pemandu Bas Utara atau Gabungan Pengusaha Bas Persiaran (GPBP) Zon Utara, di sini hari ini.
Sumbangan tersebut diserahkan Pengarah Yadim negeri, Mohd. Afifi Ruslan serta Pengerusi GPBP Zon Utara, Ahmad Ruslan.
Sebanyak 100 pemandu serta pengusaha bas di sini yang menerima sumbangan tersebut berupa barangan keperluan harian seperti beras, biskut, kicap dan sebagainya itu, dibahagikan kepada tiga peringkat bermula hari ini sehingga 8 Mei depan.
Seorang lagi pemandu bas, Hasnan Nizan Abdullah, 50, bantuan yang dihulurkan Yadim itu sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung ketika ini apatah lagi kebanyakan mereka kini tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.
Dalam pada itu, Mohd. Afifi memberitahu, pihaknya terpanggil menghulurkan bantuan tersebut selepas menerima surat daripada GPBP Zon Utara yang memohon sumbangan kepada pemandu serta pengusaha bas yang terjejas akibat PKP sejak tahun lepas.
“Kita memperuntukkan sebanyak RM5,000 di bawah program Yadim Peduli sempena Ihya Ramadan ini untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mereka ketika ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/dulu-tauke-bas-kini-peniaga-kuih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Seorang Pemain Bola Kini Berubah Jadi Tokan Dadah

Dulu Seorang Pemain Bola Kini Berubah Jadi Tokan Dadah

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 283 hits
Bola sepak dipandang sebagai sebuah dunia yang cukup indah Ianya permainan yang dicintai oleh penduduk dunia penyokong yang fanatik gaji yang tinggi buat si pemain dan banyak lagi Namun tiada yang sempurna di dunia ini begitu juga dengan bo...
Dulu Terkenal Lokasi Syuting Kolosal Genta Buana Kini Bangunannya Memprihatinkan

Dulu Terkenal Lokasi Syuting Kolosal Genta Buana Kini Bangunannya Memprihatinkan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 189 hits
Lokasi syuting sinetron kolosal Genta Buana kini begitu memprihatinkan Bangunannya sudah tak terurus dan rumput di halamannya pun sudah tak lagi terawat Belum lama ini pesinetron Afdhal Yusman berkunjung ke lokasi syuting tersebut dan mempe...
Dulu Tebar Roti Canai Kini Ketua Polis Johor Ayob Khan Tak Lupa Asal Usul

Dulu Tebar Roti Canai Kini Ketua Polis Johor Ayob Khan Tak Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 508 hits
Dulu tebar roti canai kini Ketua Polis Johor Ayob Khan tak lupa asal usulAhad 25 April 2021 12 00 PMDulu dan sekarang Ayob Khan berkebolehan menebar roti canai sejak kecil foto instagram ayobkhanmydinSIAPA sangka di sebalik keperibadian Ket...
Dulu Orang Hormat Kini Orang Hentam Masuk Politik Kena Redha Na

Dulu Orang Hormat Kini Orang Hentam Masuk Politik Kena Redha Na

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 255 hits
Mohd Asri Abu BakarSalam Sian kita kat mamat sorang ni Dulu semasa berjawatan mufti wilayah dia adalah diantara individu yang dihormati Setiap pandangan dan nasihatnya sering ditagih Namun entah apalah yang menerjah ketelinganya entah apala...
Kisah Bob Senget Dulu Pernah Tersilap Kini Usahawan Giat Bantu Orang Lain

Kisah Bob Senget Dulu Pernah Tersilap Kini Usahawan Giat Bantu Orang Lain

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 647 hits
BERITAmediacorp Tidak kenal erti penat Jamsairi Kamaruddin yang lebih mesra dikenali sebagai Bob Senget menguruskan perniagaan di kedainya di Blok 8 Toa Payoh Lorong 7 hampir setiap hari dari pagi hingga ke malam Bermacam macam barangan dij...
Peniaga Burger Di Kota Bharu Dikompaun Rm50 000 Kerana Operasi Lebih Waktu

Peniaga Burger Di Kota Bharu Dikompaun Rm50 000 Kerana Operasi Lebih Waktu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 192 hits
N Faizal GhazaliSeorang peniaga burger yang menjalankan perniagaannya di hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50 000 oleh pihak polis gara gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan Wan Mohd Faisal Wan Kadir 38 berka...
Peniaga Burger Berniaga Lebih Masa Sewaktu Pkp Terkilan Di Kompaun Sebanyak Rm50 000

Peniaga Burger Berniaga Lebih Masa Sewaktu Pkp Terkilan Di Kompaun Sebanyak Rm50 000

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 307 hits
KOTA BHARU Seorang peniaga burger terkilan apabila dikenakan kompaun RM50 000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang Jalan Panji di sini pada Ahad Peniaga...
Alahai Dugaan Bulan Puasa Peniaga Burger Dakwa Kena Kompaun Rm50k Kerana Berniaga Depan Rumah

Alahai Dugaan Bulan Puasa Peniaga Burger Dakwa Kena Kompaun Rm50k Kerana Berniaga Depan Rumah

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 243 hits
6 767 total views 6 767 views today Tular di media sosial ketika ini perkongsian oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat saman yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak polis Perkongsiannya itu ...
Polis Kelantan Mendakwa Kompaun Rm50 000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka Suka

Polis Kelantan Mendakwa Kompaun Rm50 000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka Suka

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 258 hits
KOTA BHARU Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50 000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini yang tular hari ini Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias