Dulu Seorang Jurutera Kini Peniaga Aiskrim Berjaya


Dari segi kelulusan, Rosdiadi Ramli, 37, boleh sahaja memilih untuk terus bekerja sebagai jurutera, namun minat terhadap perniagaan aiskrim mendorongnya beralih arah, sekali gus meninggalkan kerjaya lama itu

Pembuat aiskrim dan pemilik kilang Bedhills Creamy itu berkata, dia bersepakat bersama isteri, Nurul Hidayah Arshad, 34, yang sebelum ini bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk menceburi bidang berkenaan dengan lebih jauh

Selepas tiga tahun menjadi jurutera pembuatan di sebuah syarikat swasta, Rosdiadi berkata, dia mula berjinak dengan perniagaan popia dan samosa di bazar Ramadan pada 2007 selepas menyedari pulangan dalam perniagaan lebih besar, berbanding makan gaji

Katanya, pada ketika itu dia dan isteri mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi fokus dalam perniagaan popia dan samosa di pasar malam, bazar Ramadan, pasar tani, selain membuka gerai tepi jalan


"Pada 2011, saya menumpukan kepada perniagaan aiskrim pula selepas isteri mengikuti kursus pembuatan (aiskrim) dan bermulalah episod sebagai pembuat dan peniaga aiskrim di sekitar Melaka

"Keputusan itu (berniaga aiskrim) diambil selepas kami berbincang mengenai produk yang sentiasa dicari oleh masyarakat, terutama bersih dan halal untuk dinikmati

"Hal ini kerana kami pernah membeli aiskrim, namun ditegah oleh kakitangan kedai yang mendakwa aiskrim yang dipilih itu mengandungi bahan alkohol, sekali gus menguatkan lagi impian untuk menjadi pembekal aiskrim Bumiputera yang memberi jaminan kebersihan," katanya yang sebelum ini pernah kerugian lebih RM100,000

Tidak menoleh ke belakang, anak jati dari Kedah itu hanya menyarung baju T dan seluar panjang mula menunggang motosikal 'ditemani' tong aiskrim menunggu waktu tamat persekolahan di sekolah rendah dan menengah setiap hari demi mencari rezeki



"Saya tidak kisah berpanas kerana ini keputusan yang diambil dan berbekalkan ilmu kursus yang diikuti isteri, saya memulakan perniagaan aiskrim

"Namun, sehari selepas itu kami menyedari bahawa pembuatan aiskrim yang diajar hanya boleh bertahan sehari," katanya

Bapa kepada tiga cahaya mata berusia dua hingga 10 tahun itu berkata, pernah sekali berlaku peristiwa motosikal yang ditunggangnya kehabisan petrol dalam keadaan belum ada pembeli

Selepas itu, Rosdiadi dan isterinya melakukan kajian dan penyelidikan terhadap bahan yang boleh menjadikan aiskrim berkualiti dan tidak memualkan

Kini, Bedhills Creamery yang terletak di Kompleks Niaga Melaka Perdana menyediakan lebih 20 jenis perisa aiskrim dengan penggunaan bahan asli antaranya, Durian, Salted Caramel Almond, Double Choc, Coconut Whita Choc, Caramel Candy, Black Cookies Mint, Honey Comb Vanilla, Cookies Monster dan Vanilla Bean



Selain itu, syarikat terbabit turut menyediakan aiskrim perisa buah-buahan mengikut jumlah permintaan kerana menggunakan buahan-buahan asli seperti mangga dan strawberi bagi memastikan kualiti aiskrim yang dihasilkan

Rosdiadi berkata, usaha beliau dan isteri membuahkan hasil apabila pada 2010 berjaya menghasilkan produk aiskrim setaraf dengan jenama terkenal lain seperti Baskin Robbins dan Haagen Dazs

"Alhamdulillah, sekarang saya mempunyai empat pekerja dan mampu meraih pendapatan sehingga RM350,000 setahun meskipun aiskrim berkualiti tinggi ini dijual pada harga yang berpatutan

"Walaupun angkanya tidak sebesar perniagaan lain, namun saya gembira dengan perniagaan ini kerana mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga


"Pada usia 37 tahun, bukan lagi masa untuk saya melompat ke sana sini mencari pekerjaan kerana saya pasti dengan sokongan orang yang disayangi, pasti boleh berjaya dan tidak mengenal erti putus asa," katanya yang sebelum ini pernah diarah keluar oleh pemilik rumah sewa disebabkan gangguan bunyi mesin membuat aiskrim

Sumber - Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2018/02/dulu-seorang-jurutera-kini-peniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keresahan Seorang Peniaga Makanan Secara Kecil Kecilan

Keresahan Seorang Peniaga Makanan Secara Kecil Kecilan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1027 hits
adalah untuk memastikan makanan yang dijual itu menepati selera pelanggan tetap terjamin kualitinya kebersihannya dan tidak basi bila tiba ke tangan pelanggan tidak menjadi sebab pelanggan sakit perut atau mmendapat alahan selepas makan mak...
Dulu Menyanyi Kini Mengaji Mizz Nina Lebih Tenang Tanpa Fikir Kerjaya Seni

Dulu Menyanyi Kini Mengaji Mizz Nina Lebih Tenang Tanpa Fikir Kerjaya Seni

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 481 hits
Kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina kini mempunyai minat dan tujuan baharu dalam kehidupannya tanpa memikirkan lagi kerjaya seni Mizz Nina atau Syazrina Azman 37 berkata dia mahu mempelajari memahami dan melaksanakan ajaran dalam Al ...
Perjalanan Seorang Gamer Kini Bermula Saya Encik Hairan

Perjalanan Seorang Gamer Kini Bermula Saya Encik Hairan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 345 hits
SUBSCRIBE SAYA Memperkenalkan Youtube Channel bagi Encik Hairan Sebuah channel yang dicipta untuk berkongsi segala bentuk gameplay dari games games yang ternama dan dimainkan oleh seorang gamer yang noob dan slowpoke Sebagai permulaan kami ...
Dulu Bangsa Merdeka Dan Berdaulat Kini Bangsa Yang Diduduki Dijajah Dan Dimusnahkan Oleh Kolonial Indonesia

Dulu Bangsa Merdeka Dan Berdaulat Kini Bangsa Yang Diduduki Dijajah Dan Dimusnahkan Oleh Kolonial Indonesia

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 367 hits
WEST PAPUA DULU BANGSA MERDEKA DAN BERDAULAT KINI BANGSA YANG DIDUDUKI DIJAJAH DAN DIMUSNAHKAN OLEH KOLONIAL INDONESIAOleh Dr Socratez S Yoman1 PendahuluanSaya akan menulis apa yang saya tahu yang saya percaya Saya selalu menulis apa yang s...
Dulu Saya Kaya Tapi Selalu Kedekut Dengan Adik Beradik Kisah Benar Dari Bekas Seorang Lelaki Kaya Raya

Dulu Saya Kaya Tapi Selalu Kedekut Dengan Adik Beradik Kisah Benar Dari Bekas Seorang Lelaki Kaya Raya

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 657 hits
Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa masing masing akan mengejar impian masing masing Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang Dulu saya kaya tapi selalu kedekut dengan adik beradik Kisah benar dari Bekas seorang lelaki kaya ra...
Warga Boyolali Dulu Sering Mengaku Dari Solo Kini Bangga Dengan Tanah Kelahiran

Warga Boyolali Dulu Sering Mengaku Dari Solo Kini Bangga Dengan Tanah Kelahiran

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 246 hits
Warga Boyolali dulu sering mengaku dari Solo kini bangga dengan tanah kelahiran Pada era awal reformasi 1998 hingga 2000 kata Seno Kusumoharjo warga Boyolali yang ada di Jakarta masih malu malu menyebut berasal dari daerah ini Mereka jika d...
Cara Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Cara Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 306 hits
Setiap orang pasti ingin berjaya didalam hidupnya Untuk menjadi seorang blogger yang berjaya seseorang itu perlu kreatif didalam penulisan blognya supaya pengunjung tertarik untuk mengunjungi selalu blog kita Blogger boleh diibaratkan seper...
Dulu Komunis Kini Pantun Musuh Tentera

Dulu Komunis Kini Pantun Musuh Tentera

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 925 hits
Berilah saya pisau raut Hendak meraut bingkai tudung Gila apakah panglima menyebut Menyerang pantun tanpa terselindung Sejak kurun ke 16 interaksi pendatang Eropah dengan Alam Kepulauan Melayu turut membawa kepada minat sebahagian daripada ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo