Dulu Kutuk Bn Berapi Rapi Sidang Dewan Rakyat Bermula Lewat Korum Tidak Cukup


Editor      MINDA RAKYAT 
 Sidang Dewan Rakyat hari ini bermula lewat susulan jumlah ahli parlimen yang tidak mencukupi.

Mesyuarat sepatutnya dimulakan seperti lazimnya dengan deringan loceng pada tepat jam 10 pagi sebagai isyarat untuk ahli parlimen memasuki dewan dan diikuti bacaan doa.

Namun, sebaik sahaja bacaan doa selesai, Hasan Baharom (PH - Tampin) yang dijemput untuk mengemukakan soalan pertama semasa Waktu Soalan dicelah oleh Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis).

“Standing Order, saya nampak tak cukup korum," katanya.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof kemudiannya mengira jumlah ahli parlimen yang hadir.

“26 eh? Hanya 24 orang. 25? 24? 24. Bunyikan loceng lagi,” katanya.

Dewan Rakyat memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya 26 ahli parlimen sebelum boleh bersidang.

Ahli parlimen ke-26 yang memasuki Dewan adalah ahli parlimen yang baru mengangkat sumpah semalam, iaitu wakil Tanjung Piai, Wee Jeck Seng masuk.

Selepas loceng berbunyi selama hampir tiga minit, beberapa ahli parlimen mula masuk.

“Masuk sorang lagi, masuk masuk. Ahh nasib baik ada Tanjung Piai. Good Tanjung Piai,” kata Mohd Shahr Abdullah (BN-Paya Besar).

“Ahhh... cukup. Lebih dah satu. 27, 28 - baik,” kata speaker.

Mohamad Ariff kemudian meneruskan sidang dengan soalan pertama daripada Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai usaha-usaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mempromosikan budaya masyarakat Melayu, Sarawak dan Sabah sebagai fokus utama di peringkat antarabangsa.

Ini bukan kali pertama Dewan Rakyat tidak mempunyai korum yang mencukupi untuk bersidang.

Pada 17 Oktober lalu, sidang Dewan Rakyat terpaksa dihentikan seketika susulan jumlah ahli parlimen yang kurang daripada 26 orang.

"Baik, jadi kita mula sekali lagi," kata Mohamad Ariff.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, dalam satu hantaran di Facebook kemudian, berkata hanya ada seorang menteri dan timbalan menteri yang hadir pada sesi pagi.

"Sidang itu digantung selama dua minit dan timbalan menteri serta ahli parlimen yang sedang minum kopi bergegas masuk.

"Sidang kemudian diteruskan dengan kira-kira 32 ahli parlimen pagi ini dengan seorang menteri dan lima timbalan menteri yang hadir pada jam 10.10 pagi," katanya
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/dulu-kutuk-bn-berapi-rapi-sidang-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memalukan Lagi Dewan Rakyat Tidak Cukup Korum

Memalukan Lagi Dewan Rakyat Tidak Cukup Korum

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 390 hits
Memalukan Dewan Rakyat tidak cukup korum lagi Ini bukan kali pertama walau pelbagai teguran telah dilakukan namun Ahli Parlimen kerajaan masih memandang remeh kedatangan ke Dewan Rakyat Dewan Rakyat yang sepatutnya mula bersidang jam 10 pag...
Tak Cukup Kuorum Dewan Rakyat Kecoh

Tak Cukup Kuorum Dewan Rakyat Kecoh

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 318 hits
Tak cukup kuorum Dewan Rakyat kecoh Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2019 11 32PM
Akan Bincangkan Dengan Mp Berhubung Isu Korum Dewan Rakyat Dr M

Akan Bincangkan Dengan Mp Berhubung Isu Korum Dewan Rakyat Dr M

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 316 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan komitmen sesetengah Ahli Parlimen sehingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai korum mencukupi Perdana menteri berkata ini bukan pertam...
Kereta Terbang Atau Drone Menteri Terus Diasak Gamatkan Dewan Rakyat

Kereta Terbang Atau Drone Menteri Terus Diasak Gamatkan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 359 hits
Isu mengenai kereta terbang terus menjadi persoalan dan terus dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang hari ini dengan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof terus diasak mengenai perkara berkenaan Speaker Dewan Rakya...
Less Than 1 Of 1mdb Money Recovered Dewan Rakyat Told

Less Than 1 Of 1mdb Money Recovered Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Only RM1 5 billion out of the total RM150 billion cash and assets linked to 1MDB has been recovered so far said de facto law minister Liew Vui Keong He said this means less than 1 of the amount due has been successfully recover...
Dulu Saya Ingat Tun M Diktator Sekarang Cukup Demokratik Mat Sabu

Dulu Saya Ingat Tun M Diktator Sekarang Cukup Demokratik Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 407 hits
Presiden Perti Amanah Negara Mohamad Sabu berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil P 165 Tanjung Piai di Kukup Johor foto HAZROL ZAINAL KUKUP Mohamad Sabu menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohmad seorang dikt...
Penjualan Aset Negara Tarikh Luput Skim Pencen Antara Fokus Dewan Rakyat

Penjualan Aset Negara Tarikh Luput Skim Pencen Antara Fokus Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Punca siswazah tempatan masih menganggur tarikh luput skim pencen dan proses membaik pulih perumahan generasi kedua Felda yang terbengkalai bakal mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Dalam aturan mesyuarat yan...
Ahli Parlimen Kerajaan Keletihan Punca Kehadiran Kurang Di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Kerajaan Keletihan Punca Kehadiran Kurang Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Kekurangan kehadiran Ahli Parlimen kerajaan akibat keletihan hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang Undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada Selasa Ketua Whip PKR Datuk Johari A...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025