Dulu Kata Tak Releven Sekarang Dah Terbukti
Orang boleh kata macam-macam daripada PAS ke, Geng Ceplos ke, kononnya saya dah tak relevan.
Terus terang, saya tak ambil hati sangat sebab setiap bulan saya tengok sendiri angka (rating) daripada rakyat.
Dalam video ini, saya jelaskan:
- Saya memang semak approval rating Perdana Menteri, saya sendiri, Nurul Izzah, Zahid Hamidi dan lain-lain, survey demi survey, bulan demi bulan.
-Sebab bagi saya, rakyat yang tentukan sama ada kita relevan atau tidak, bukan echo chamber parti atau penyokong tegar mana-mana blok.
Saya ulas juga tentang cerita yang ramai buat-buat tak tahu iaitu rancangan untuk membawa Tengku Zafrul masuk PKR dan susun semula kerusi untuk beliau dan Nurul Izzah.
Berdasarkan maklumat dalaman yang sampai kepada saya:
1) Zafrul dirancang masuk PKR dan diumumkan di Konvensyen PKR sekitar April 2024.
2) Satu kerusi Parlimen, besar kemungkinan Ampang, dirancang untuk dikosongkan supaya Zafrul boleh jadi Ahli Parlimen selepas tamat tempoh Senator.
3) Satu kerusi DUN Selangor akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah bertanding.
4) Susunannya: Zafrul melicinkan jalan, Izzah akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin pula dibawa ke Persekutuan.
Itu semua “rancangan atas kertas”. Realiti politik tak seindah itu:
1) UMNO marah bila berita bocor awal.
2) Proses Zafrul masuk PKR tak jadi mengikut garis masa asal.
3) Imej dan persepsi terhadap Nurul Izzah berubah selepas pemilihan parti.
4) Risiko politik di Selangor makin besar termasuk kerusi yang dianggap “selamat” tapi bergantung pada reaksi pengundi bukan Melayu.
Saya juga terangkan satu benda yang orang jarang mengaku secara terbuka: Ahli politik yang tak ambil pendirian jelas memang kekal popular, sebab orang tak tahu dia berdiri di mana.
Bila masuk pemilihan, bila mula polarizing, barulah kita nampak rupa sebenar dalam angka.
Tonton Podcast YBM Episod 24 untuk ulasan isu ini dan isu-isu lain di saluran YouTube saya.
𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗽𝗶𝘀𝗼𝗱 𝟮𝟰:
https://www.youtube.com/live/pGdNql7Ovz4?si=UeEy7o7Ew7yqYluw
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/11/dulu-kata-tak-releven-sekarang-dah.html