Dulu Gaji 4ribu 5ribu Tiba Tiba Allah Uji Sampai Aku Buat Kerja Ni


Gambar Sekadar Hiasan
Pernah hidup susah? Ramai di antara kita yang pernah hidup susah dan pastinya faham dengan situasi apabila ahli keluarga, saudara mara atau kenalan dilanda kesusahan. Bukan dipinta tetapi itulah takdir perjalanan hidup masing-masing. Jadi, kita faham akan situasi mereka, bantulah mereka dengan apa cara sekalipun. 
Dalam masa yang sama, kita nasihatkan mereka mengatur langkah yang seterusnya dengan baik agar tidak kecundang lagi, malah mendoakan mereka berjaya dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak boleh sentiasa bergantung kepada orang, kita harus berusaha untuk mengubah hidup susah ke hidup yang senang. 
Semoga kisah yang dikongsikan Mohd Firdaus Mat Saad menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua

"Hidup tak selalunya indah"
INI sahabat saya, yang dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat. Jualan yang dia hasilkan ratus ribu setiap bulan, bab sales memang bagus, cuma dia ada satu masalah iaitu terkena tipu dengan customer. 
Customer tipu, buat hutang sikit-sikit. Kemudian bila dah mencecah ratus ribu, customer pun blah. Dia dan manager dia, dua-dua 'dibuang' kerja di atas kecuaian ini. Ini cerita tiga tahun lepas. 
Kemudian dia cuba buat perniagaan, tetapi masalah yang sama berulang di mana dia kena tipu lagi dan kali ini dengan customer lain pula. Customer ambil barang tetapi tidak bayar. Akhirnya, terpaksa bungkus perniagaan. 

Selepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan, tetapi masih tak boleh survive. Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia mengalami kesempitan wang. 
Apabila dia berjumpa dengan saya, saya memang tak bagi pinjam duit sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti. Jadi saya bagi zakat sahaja pada dia untuk dia belanja makan anak-anak dia seramai empat orang. 
Baru-baru ini dia datang ke rumah saya, minta kerja. Saya kata, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pula katanya. Nak uruskan anaknya susah, isteri suri rumah tak bekerja. Jadi memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah. 
Bila saya jumpa, saya berilah apa yang saya boleh berikan. Kasihan, kasihan tengok kawan yang sama-sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4,000-RM5,000 sebulan tiba-tiba Allah uji seperti ini. 
Semalam dia datang berjumpa dengan saya lagi. Dengan nada suara yang rendah dia berkata, "Sekarang aku dah dapat kerja, kerja dengan seorang kontraktor ini. Kerja mencuci longkang di kawasan rumah kita ini. Gaji RM800 sebulan, sebulan kerja 26 hari."
"What?!!" saya terkejut. 
"Kenapa sampai jadi begini?" soal saya. 
"Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah, ini bukan soal kotor, ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang," katanya. 
"Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang, ada lapan orang geng, cerita depa.. aiyo, lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah. Aku tak boleh nak cerita kesusahan aku sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus," tambahnya lagi. 
Wow! Dalam hati aku terasa seperti mahu menangis. 
"Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa-apa, mesin rumput ke, buat apa ke, asal ada kerjalah. Aku segan nak minta duit kat hang. Aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku," katanya. 
"Okaylah, mesin rumput rumah aku," saya kata. 
Padahal rumput baru saja dimesin dua minggu lalu. Tak apalah, tolong sajalah. 
"Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu? Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada," katanya. 
Nak menitik air mata saya. Saya beri duit advance dulu kepada dia. 
Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya, yang bergaji besar, yang hidupnya boleh dikatakan selesa untuk level hidup di kampung, hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya. Jam berapa dia datang? Jam 11 pagi, ketika matahari dah panas terik. Tetapi dia teku memulakan kerja. 
"Kenapa datang lambat?" soal saya. 
"Pagi tadi hantar barang kat customer sikit. Hari ini tak kerja, boss bagi cuti," katanya

Saya sangat bersimpati, apalah nak kita buat dengan gaji RM800 sebulan. Nauzubillah kalau Allah uji begini, boleh jam oo. Tak tahu iman jadi macam mana, tetapi sahabat saya ini tetap bersabar

"Bukan aku tak cuba mencari kerja yang bagus sikit tetapi aku tak jumpa kerja yang boleh beri gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa, aku kerjalah dulu sebulan dua ini," katanya

Jika ada di antara anda yang terbaca kisah ini, yang terasa mahu membantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan atau zakat, bolehlah menghubungi saya. Nanti saya berikan nombor akaun bank dia. 
Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua, inshaAllah sumbangan kita dapat meringankan beban dia. Mungkin RM10 kecil bagi kita tetpai untuk waktu ini jumlah itu tersangat besar nilainya buat dia. Jadi kita bantulah dia, mudah-mudahan Allah tidak menguji kita seperti Allah menguji dia. 
Dalam berniaga, Allah pernah menguji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis pada waktu itu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa pada waktu ini. 
Pengajaran:
Ketika kita senang, berhati-hatilah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin, jangan terlalu boros. Ini pesanan untuk diri saya sebab saya pun banyak juga berbelanja

Bila berniaga, elakkan beri banyak sangat hutang pada pelanggan. Amalkan bayaran tunai, biar untung sikit tetapi tunai. 
Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu itu kita doakan agar Allah tidak menguji kita seperti itu

Doakan sahabat kita ini, semoga Allah memberi kelapangan kepadanya. 
Mohon kongsikan kisah ini, semoga lebih ramai yang dapat pengajarannya. 
Sumber: Mohd Firdaus Mat Saad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/02/dulu-gaji-4ribu-5ribu-tiba-tiba-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita

Tak Perlu Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 305 hits
Tak Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh Jodoh datang tanpa diduga baru berkenalan namun sudah k...
Imran Khan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

Imran Khan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 349 hits
SEPANG 4 FEB Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tiba di sini malam tadi untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia Pesawat khas dari Karachi yang membawa Imran Khan bersama delegasi peringkat tinggi negara itu mendarat di Lapangan Terbang An...
Saya Minta Isteri Berhenti Kerja Saya Bayar Gaji Dia Abam Mahu Isteri Jadi Suri Rumah Kerana

Saya Minta Isteri Berhenti Kerja Saya Bayar Gaji Dia Abam Mahu Isteri Jadi Suri Rumah Kerana

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 629 hits
Pelawak popular Abam Bocey memberitahu di mana dia meminta isterinya Nor Hidayah Mohd Ali untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa Pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ini berkata dia membuat permintaan i...
Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu

Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 619 hits
Bantulah Agama Allah Dengan Jiwa Kamu Islam agama suci Agama terakhir yang diturunkan kepada umat Muhammad Alhamdulillah jika kita dilahirkan dalam agama Allah kerana dengan izinNya kita sudah terjamin masuk syurga Dengan lafaz syahadah tia...
Kerahkan Hati Untuk Kekal Mendamping Allah Sebelum Ajak Datang 9622

Kerahkan Hati Untuk Kekal Mendamping Allah Sebelum Ajak Datang 9622

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 631 hits
Gemar berTik Tok Aplikasi yg jadi kegilaan orang muda ketika ini adalah TIK TOK Adakah anda juga memasang aplikasi ini di hp anda Anda tahu tak aplikasi ini berasal dari mana Tak tahu Takkan tak tahu Aplikasi ini berasal dari negeri China K...
Talk To Allah 3

Talk To Allah 3

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 383 hits
Assalammualaikum Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannyasejak kaella tahu kaella patah kaki kaella selalu positifkan diri dengan apa yang jadi Biarpun masa mula kena kaella tak boleh terima kenyataan langsung ...
Hikmah Allah Bersumpah Dengan Sebahagian Makhluk Nya

Hikmah Allah Bersumpah Dengan Sebahagian Makhluk Nya

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 219 hits
SOALAN Apa hikmah Allah SWT bersumpah dengan sebahagian makhluknya di dalam al Quran JAWAPAN Pertama kita hendaklah mengetahui bahawa Allah SWT berhak melakukan apa sahaja yang dikehendaki Nya Dia tidak ditanya apa yang dilakukan Nya akan t...
Bila Allah Kirim Tentera Nya Yang Bernama Api 9641

Bila Allah Kirim Tentera Nya Yang Bernama Api 9641

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 306 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Tidak ada yang dapat memadamkan kecuali Allah Benua Australia terbakar dari ujung ke ujung Di kabarkan 500 jt hewa mati 24 orang meninggal dan 2000 rumah hancur Inilah titik api...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium