Dulu Darul Runtuh Jangan Pula Digelar Darul Seleweng



Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH / August 13, 2021
Setelah berdepan kesusahan kesan dari wabak Covid 19, penduduk Kuala Nerus yang terletak bersebelahan Kuala Terengganu, dilanda pula masalah terputus bekalan air yang berlanjutan sudah seminggu lamanya.
2. Masalah ketiadaan bekalan air yang melibatkan 23,100 akaun rumah atau sekitar 115,000 penduduk menyebabkan rakyat terpaksa bertungkus lumus mengangkut air dan ada yang mengali perigi untuk dapatkan air.
3. Melalui usaha kudrat sendiri dan bantuan individu serta kumpulan yang baik hati, rakyat terpaksa berhempas pulas untuk mengangkut keperluan asas air minum, untuk berwuduk dan membasuh.
4. Sejak hari Isnin, selepas hampir 6 hari, diberitakan hanya pada tengah hari Sabtu Menteri Besar Dato Seri Samsuri kelihatan turun padang ke Sungai Terengganu, menuju ke tapak punca kerosakan bekalan air tersebut.
5. Soalannya kenapa hampir seminggu baru kelihatan turun ke Losong meninjau kerosakan bekalan asas penting untuk rakyat?
6. Dipercayai Menteri Besar sibuk di Kuala Lumpur menghadiri hal lain yang dianggap lebih penting dari masalah rakyat Terengganu tiada bekalan air selama seminggu dan berterusan sehingga sekarang.
7. Adakah soal cuba menyelamat hayat hidup politik Perdana Menteri yang bermasalah dengan kepercayaan rakyat dan Agong jauh lebih penting dari kebajikan rakyat sendiri yang merupakan tanggungjawab utama Menteri Besar?
8. Rakyat hari ini yang celik maklumat mempersoalkan bagaimana paip besar yang membekalkan air di dasar sungai boleh pecah, adakah ia kesan aktiviti oleh kontraktor berlesen mengambil pasir dari sungai?



9. Untuk mendapat kebenaran dan memulakan kerja kerja mengambil pasir tersebut kelulusan berbagai jabatan serta agensi kerajaan perlu diperoleh terlebih dahulu.
10. Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan perparitan dan saliran (JPS), Syarikat Air Terengganu (SATU), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan Jabatan Alam Sekitar semuanya perlu meluluskan permohonan dengan syarat syarat yang ketat dengan pengawasan serta pemantauan tertentu.
11. Penduduk serta nelayan nelayan kampung Losong dan Bukit Datu juga telah menyuarakan bantahan mereka kerana terlalu banyak pasir telah diambil di kawasan sungai berkenaan sejak beberapa tahun yang lepas.
12. Bagaimana insiden ini boleh terus dibenarkan berlaku? Adakah pengaruh pihak tertentu dikenakan ke atas pihak berkuasa yang menyebabkan kerosakan ini berlaku?
13. Adakah peraturan tawaran pemberian tender diikuti sepenuhnya?
Lakaran paip yang pecah di dasar Sungai Terengganu akibat aktiviti mengorek pasir secara di luar kawalan.14. Ramai netizen menyebarkan melalui whatsapp laporan penilaian teknikal dengan rajah terperinci menunjukkan kerja tidak cermat melibatkan kecuaian sehingga menyebabkan putusnya paip air berkenaan kerana sokongan tanah asal telah hilang disebabkan kerja pengambilan pasir tidak dikawal yang terlalu dekat dengannya.
15. Adakah benar berita yang tersebar ada individu tertentu, yang ada kaitan dengan ADUN tempatan yang juga merupakan ahli EXCO, terlibat dalam projek pasir ini?
16. Kebelakangan ini beberapa orang EXCO dan ADUN Terengganu lain dikaitkan dengan aduan serta siasatan oleh SPRM tentang projek pelitup muka bernilai RM9 juta dan ada juga projek berkaitan portfolio pelancongan.
17. Kedua dua projek tersebut diberitakan melibatkan ahli keluarga ADUN – EXCO berkenaan, seperti juga projek pengambilan pasir yang menyebabkan putusnya bekalan air.
18. Menteri Besar terlalu banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur sehinggakan bukan sahaja kebajikan rakyat biasa diabaikan, aktiviti EXCO dan ADUN Terengganu menjadi tidak terkawal dengan berbagai tuduhan salahguna kuasa!
19. Ramai rakyat biasa, termasuk penyokong Pas sendiri mengadu penyelewengan cara pembahagian projek di Terengganu di kalangan terpilih tertentu sahaja. Kalau MB asyik berdamping dengan Mahiaddin di Putrajaya sahaja, keadaan akan lebih parah.
20. Rakyat Terengganu bukan hanya kehausan air minuman, mereka juga dahagakan keprihatinan dan ketelusan pemimpin yang mereka dahulu pilih sebagai ADUN.
21. Terengganu yang dahulunya di kenali sebagai Darul Runtuh kerana projek bangunan yang banyak runtuh, dengan keadaan banyak penyelewengan ADUN dan EXCO nya hari ini yang tidak terkawal oleh MB, mungkin akan berubah di kenali sebagai Terengganu “DARUL SELEWENG” pula.
——————–
Penulis adalah ahli Dewan Negara dan juga Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu. Tulisan ini ditulis tiga hari lepas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/dulu-darul-runtuh-jangan-pula-digelar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Zambry Letak Jawatan Jangan Pula Jual Lapangan Terbang

Selepas Zambry Letak Jawatan Jangan Pula Jual Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 220 hits
August 10 2021 Jangan pula apabila Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad ada menteri membenarkan Lapangan Terbang Subang dijual kepada tauke hartanah Sindiran itu dibuat oleh ve...
Lelaki Meng4du Kipas Bot Pvtus Rakan Pula Tenang Makan Nasi Dulu

Lelaki Meng4du Kipas Bot Pvtus Rakan Pula Tenang Makan Nasi Dulu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 334 hits
Untuk yang selalu turun ke laut tentunya pernah melalui pelbagai cab4ran dan dvgaan yang boleh berlaku tanpa dijangka Sama seperti situasi yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila kipas bot yang dinaiki mereka ini pvtus ketika berada di ten...
Harap Jangan Tukar Pm Dulu Normala Samsudin Gesa Pihak Tertentu Untuk Bertenang

Harap Jangan Tukar Pm Dulu Normala Samsudin Gesa Pihak Tertentu Untuk Bertenang

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 177 hits
Bekas personaliti televisyen Puan Sri Normala Samsuddin meluahkan harapannya agar tidak bertukar Perdana Menteri yang baru ketika pandemik Covid 19 yang masih melanda negara
Puad Zarkashi Jangan Jadi Batu Api Hentikan Percakaran Dalam Parti

Puad Zarkashi Jangan Jadi Batu Api Hentikan Percakaran Dalam Parti

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 173 hits
Puad Zarkashi jangan jadi batu api hentikan percakaran dalam parti Datuk Mohd Puad Zarkashi diingatkan tidak menjadi batu api namun perlu memberi sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha membantu r...
Noor Hisham Jaga Jaga Jangan Terpalit

Noor Hisham Jaga Jaga Jangan Terpalit

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 177 hits
A KADIR JASINKetua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seolah olah secara sukarela atau terpaksa telah membela kerajaan dalam isu penangguhan sidang Parlimen sekarang ini Dewan Rakyat sepatutnya meneruskan sidangnya hari ini ...
Jangan Politikkan Tulisan Jawi Sharkar

Jangan Politikkan Tulisan Jawi Sharkar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 219 hits
Jangan Politikkan Tulisan Jawi Sharkar12 bulan lalu Berita Lain Berita UtamaFacebookTwitterWhatsAppTelegramEmailShareKUANTAN 2 Ogos Hentilah mempolitikkan tulisan Jawi tegas Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin Beli...
Jumpa Agong Esok Elok Letak Jawatan Jangan Bubar Parlimen Puad Beritahu Pm

Jumpa Agong Esok Elok Letak Jawatan Jangan Bubar Parlimen Puad Beritahu Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 255 hits
Puad Zarkashi bagaimanapun tidak mengulas sama ada terdapat lagi ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan dari Umno bakal berundur bagi menghormati anggota MKT yang masih berada dalam Kabinet kerajaan PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Terting...
Kau Jangan Macam Macam

Kau Jangan Macam Macam

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 288 hits
Kita ni kan cuma manusia biasa yang tak sempurna Kita banyak hal Kita banyak karenah dan ragam Kita selalu fikir buruk sesuatu perkara Kita jarang nak fikir hikmah Kita jarang nak fikir apakah yang tersurat dan tersirat di sebalik setiap ke...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord