Apa Kita Boleh Belajar Dari Kisah Zahnita Deep Coretan Ustaz Ni


Perkahwinan adalah sebuah amanah, bukan sekadar ikatan antara dua jiwa, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan kasih sayang, penghormatan, dan kejujuran.
Namun, bila amanah ini diabaikan, ia tidak hanya melukakan hati, tetapi juga menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi asas perhubungan.
Kisah seperti ini bukanlah hal baru, tetapi ia terus menjadi cerminan realiti yang menyakitkan buat mereka yang terperangkap dalam hubungan tanpa penghormatan dan kasih sayang.
Ikuti kata-kata semangat perkongsian Ustaz Shauqi Hasan  yang menjadi penguat semangat bagi wanita melalui situasi begini.

Kes Zahnita ni bukannya sekadar soal seorang lelaki yang mendera isteri, tapi ia lebih besar dari itu. Ia soal kuasa, soal ego dan soal tanggungjawab yang gagal. Dalam Islam, perkahwinan itu amanah, bukan medan untuk tunjuk kuasa.
Kau ingat tak, Rasulullah pernah berpesan, “Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (HR Tirmizi).
Kalau kita tengok hadis ni, ia bukan sekadar peringatan, tapi satu standard.
Kalau kau nak tahu kau lelaki yang baik, tengoklah macam mana kau layan isteri kau. Kalau kau kasar, kalau kau naik tangan, apa lagi yang tinggal dalam maruah kau sebagai suami?
Ada orang fikir, dengan duit, dengan status, mereka boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, duit tak pernah ubah siapa kau. Duit cuma perbesar siapa kau dari awal.
Kalau kau memang baik, duit tu akan jadikan kau lebih banyak buat baik. Tapi kalau kau dah ada sifat angkuh, duit tu akan jadikan kau ‘resakse’ (raksaksa) yang bernafsukan harta, takhta dan wanita.
Dalam surah Al-Isra’ (17:37), Allah dah pesan, “Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong.” Sombong ni bukan soal cara kau berjalan saja dik, tapi sikap kau bila kau rasa kau lebih dari orang lain.
Bila aku tengok kes macam ni, Abang sedih bukan sebab dia orang kaya atau miskin. Abang sedih sebab dia gagal jadi manusia yang Allah amanahkan untuk jaga pasangan dia.
Dalam perkahwinan, kau bukan hanya berkongsi hidup, tapi kau juga jadi penjaga hati, fizikal dan maruah pasangan kau. Kalau kau gagal jaga, kau bukan lelaki yang hebat, kau cuma lelaki yang takut kehilangan kuasa.

Dik, kalau kau ada duit satu hari nanti, ingatlah, duit tu bukan untuk tunjuk kau hebat. Duit tu untuk kau bantu. Untuk kau pastikan kau jadi contoh, bukan beban pada orang lain.
Dan kalau kau lelaki, jadilah lelaki yang tahu beza antara kuasa dan kasih sayang. Sebab kuasa itu sementara, tapi kasih sayang itu yang akan tentukan apa kau tinggalkan dalam dunia ni.
Buat kita semua, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, kaua ingatlah satu benda.
Allah tak tengok harta kau, tak tengok siapa yang menang. Allah tengok bagaimana kau guna apa yang Dia bagi.
Kalau kau ada kuasa, gunakan untuk lindung.
Kalau kau ada kasih sayang, gunakan untuk bina.
Sebab bila semuanya selesai, kita cuma akan dinilai pada satu benda dik, bagaimana kita hidup sebagai manusia.
Kes macam Zahnita ni bukan baru, cuma sekarang lagi ramai yang berani buka cerita. Cerita macam ni bukan sekadar soal suami yang gagal, tapi ia juga soal isteri yang sering rasa terperangkap.
Kepada para isteri yang melalui perkara yang sama, Abang nak cakap, kau tak bersalah. Kau tak lemah. Dan paling penting, kau tak patut diam.
Islam tak pernah ajar isteri untuk bertahan dalam derita. Rasulullah sendiri adalah contoh suami yang penuh kasih sayang, yang tak pernah angkat tangan pada isteri-isterinya, malah memuliakan mereka.
Dalam khutbah terakhirnya, baginda pesan, “Berbuat baiklah kepada wanita, kerana mereka adalah amanah di sisi kamu.”
Kalau seorang suami tak boleh faham amanah ni, dia dah hilang kelayakan sebagai pelindung dan kau tak perlu rasa bersalah untuk melangkah ke depan.
Kadang-kadang, para isteri takut.
Takut anak-anak kehilangan ayah, takut pandangan orang, takut hidup sendiri. Tapi dik, kalau hidup kau penuh dengan ketakutan, itu bukan kehidupan, itu penjara.
Allah tak suruh kita hidup dalam derita.
Allah nak kita bangkit, nak kita tahu nilai diri kita. Dalam surah At-Talaq (65:2-3), Allah janji, “Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan bukakan jalan keluar untuknya, dan memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.”
Kau kena percaya, kalau kau pilih jalan yang betul, Allah akan ada dengan kau.
Cari sokongan.
Jangan malu untuk minta tolong.
Kau ada hak sebagai manusia, sebagai isteri, sebagai ibu. Hidup kau lebih dari sekadar bertahan. Dan kalau kau rasa sukar nak buat keputusan, ingat satu benda, anak-anak kau perlukan ibu yang kuat, bukan ibu yang tenggelam dalam penderitaan.
Buat para isteri yang baca ni, jangan takut untuk ke depan. Jangan biarkan diri kau terus jadi mangsa.
Kau bukan seorang diri.
Kau ada Allah.
Kau ada keluarga, kau ada kawan-kawan yang sedia bantu kalau kau buka mulut.
Hidup ni terlalu singkat untuk kau habiskan dalam rasa sakit yang tak berkesudahan. Percayalah, ada hidup yang lebih baik menunggu kau, asalkan kau berani ambil langkah pertama.
Peringatan buat kita semua, jangan pernah salahkan isteri yang memilih untuk tinggalkan penderitaan. Mereka bukan gagal, mereka berjaya menyelamatkan diri.
Doakan mereka kuat dan kalau kau kenal sesiapa yang perlukan sokongan, jadilah bahu untuk mereka bersandar.
Kita tak boleh ubah dunia seorang diri, tapi kita boleh bantu mereka yang kita sayang untuk berdiri semula.
Setuju?
Sumber: Shauqi Hasan
The post Apa Kita Boleh Belajar Dari Kisah Zahnita, Deep Coretan Ustaz Ni appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/apa-kita-boleh-belajar-dari-kisah-zahnita-deep-coretan-ustaz-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilionair Paling Muda Dalam Senarai Forbes Ini Kisah Pewaris Jenama Rayban Dan Oakley

Bilionair Paling Muda Dalam Senarai Forbes Ini Kisah Pewaris Jenama Rayban Dan Oakley

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 109 hits
Biasanya gelaran jutawan sering dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia Ini dapat dilihat dalam senarai jutawan Forbes 2023 di mana umur purata individu yang disenaraikan adalah sekitar 65 tahun Antara jutawan tertua adalah George Jose...
Kisah Axel Pons Pelumba Legenda Moto2 Jalan Berkaki Ayam Selama 6 Tahun Ke Pakistan

Kisah Axel Pons Pelumba Legenda Moto2 Jalan Berkaki Ayam Selama 6 Tahun Ke Pakistan

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 95 hits
Sosok seorang bekas pelumba Moto2 Axel Pons kini menarik perhatian umum selepas dilihat berjalan kaki dari tempat asalnya di Sepanyol ke Pakistan Kehidupannya dilapor berubah secara drastik selepas Axel meninggalkan dunia perlumbaan dan tam...
Mh370 Kisah Raja Bomoh Dan Ramalan Penilik Nasib

Mh370 Kisah Raja Bomoh Dan Ramalan Penilik Nasib

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 74 hits
Di sebalik kesediaan banyak pihak yang mahu membantu membongkar misteri kehilangan MH370 salah satunya adalah Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zin Menggunakan bubu mata pancing dan teropong kuning mati beragan aksi Ibrahim mendapat ...
Park Min Jae Kisah Inspirasi Pelakon Korea Yang Tengah Meletop

Park Min Jae Kisah Inspirasi Pelakon Korea Yang Tengah Meletop

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 330 hits
Hai korang Kalau sembang pasal K Drama mesti ada yang pernah dengar nama Park Min Jae kan Sejak dua me jak ni femes betul jejaka seorang ni dekat enjin carianDia ni antara pelakon muda Korea Selatan yang makin popular bukan sebab rupa je ta...
Ameera Khan Suka Lelaki Kelakar Tak Kisah Rendah Asalkan Yakin

Ameera Khan Suka Lelaki Kelakar Tak Kisah Rendah Asalkan Yakin

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 87 hits
Pempengaruh media sosial Ameera Khan suka lelaki kelakar dan romantik dan meletakkan kedua dua ciri ciri itu sebagai apa yang dia cari pada seseorang lelaki Menerusi satu video di TikTok Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Kh...
Kisah Kenduri Kahwin Semalam

Kisah Kenduri Kahwin Semalam

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 108 hits
Kisah Kenduri Kahwin Semalam Penghujung November 2024 berakhir dengan hadir ke majlis Kahwin kakak kepada kawan tempat kerjaku Alhamdulillah cuaca pun elok je semalam Tak hujan sampai ke malam Kamk keluar jap time lunch Taklah bersiap sanga...
Adira Suhaimi Enggan Kongsi Kisah Rumah Tangga Pada Anak Anak Belum Ada Soalan Pelik Pelik

Adira Suhaimi Enggan Kongsi Kisah Rumah Tangga Pada Anak Anak Belum Ada Soalan Pelik Pelik

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 87 hits
Diuji dengan perceraian rumah tangganya bersama bekas suami penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia tidak terbuka untuk berkongsi cerita keruntuhan rumah tangganya kepada anak anak Malah kata Adira sehingga kini dia tidak pernah bercerita kepad...
Zafrul Umno Dan Pkr

Proton E Mas 7 Rasmi Dilancar Harga Bermula Rm109 800

Aeon Malaysia 11 New And Exclusive Global Beauty Brands Now Available At Glam Beautique

485 Metagalaxy Office Space In Shanghai A Design Hub For Innovation And Creativity

Car Plate Numbers Win Retiree Rm21 3mil Jackpot

Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang Nafi Keluarkan Lesen Pelelong Kepada Pihak Ketiga

Siti Kasim Fumes At Kelantan S Alcohol Ban That Affect Chinese Weddings Mocks Elite Malays


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Port Bergambar Di Menara Taipei 101

Bagaimana Hendak Mengenal Golongan Wahabi

Aunty Aini S Pop Up Dah Buka Di Kl Dc Mall Love Sangat

Cara Tingkatkan Produktiviti Di Tempat Kerja

Meronda Sabtu

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa