Dulu Berdua Kini Bertiga
Assalamualaikum...
TAHU tak, sehari selepas kami membeli almari di Ikea tu, esoknya (semalam), sajalah Iman check dalam sistem, dah out of stock. Fuhhh.. tahu sangat ini kerja siapa. Beli barang ikea banyak-banyak dan jual dengan harga lebih mahal. Sebab tu la bila tahu sahaja almari tu masuk stock, kami tak tunggu dah, sebab kalau lambat memang melopong la. Sebabnya almari yang kami nak beli ni sangat murah tau, cantik pulak tu, memang berebut la orang nak beli.
Inilah kesukaan Sk, do it yourself. Kalau beli barang-barang diy tu, memang telan-telan ailio nak memasaknya, hahaha. Bila Iman dah sekolah menengah, ilmu diy tu Sk ajar dia sikit-sikit sampailah kini Sk dah boleh serahkan tugas diy ni pada Iman. Ialah, dah remaja purba ni tak larat sudah nak bangun duduk. Nak tengok lubang skru pun dah tak berapa nampak. Almari ni namanya Billy, tingginya 2 meter. Mencabar jugak sebab biasa beli barang ikea yang simple jer. Pernah jugak beli rak buku billy, macam nak rak memasangnya, heheh.. jadi ni kita pasang tenang-tenang ajelah
Oh ya, Pak Inche memang tak ada kemahiran diy ni ya. Dia mahir bab keluarkan duhet jer.. huwa huwa huwa
Dah siap pasang.. yey! Ingat tak personal shopper yang Sk ceritakan sebelum ni? Dia caj RM50 untuk upah pemasangan. Kalau Sk, orang nak upah RM50 minta pasangkan rasanya surrender kot, hahah. Penat ui sebenarnya, tapi bila dah siap pasang, terus hilang penat, hihi.
Inilah billy yang kami beli sebelum ni. Haaaa.. yang ni dua pintu atau double billy. Terlalu berat ya kotaknya sampai Pak Inche angkat berdua dengan Iman pun Tak terangkat. Sudahnya, kami menggunakan khidmat penghantaran ikea. Kalau kita dah guna khidmat penghantaran, bolehlah minta khidmat pemasangan sekali dengan upah cuma sepuluh peratus sahaja dari harga barang. Jadi, ni memang semua staf ikea yang pasang.
Memang plan asalnya nak beli 2 + 1 (double + single) tapi macam Sk cerita, billy single tiada stok, rasa macam rugi duit penghantaran, tapi apo nak buat, benda dah tak ado
Billy ni banyak cara kita nak gayakannya. Nak pasang pintu, tak pasang pintu, nak pintu kaca, nak pintu kayu, nak separuh kaca. Macam Sk ambil pintu separuh kaca. Warna pun ada beberapa pilihan tapi yang putih ni paling murah la.. cantik pun cantik jugak, huhu
Haaaa.. ini agak mencabar, nak pasang pintu. Pertama kali kami nak pasang pintu ni. Pening jugak baca manual sebab Tak pernah buat, hihi. Nasib baik ada billy double tu, sekejap-sekejap tengok balik macam mana nak letak ensel (tak tahu apa nama dia, haha)
Dan akhirnya siap jugaklah pasang pintunya. Syabas Inspector Shahabs!! (Tepuk bahu sendiri)
Dah bertiga, memang ngan sangatlah tiga billy kat sini. Kalau ambil dua double memang menangislah tak muat. Sebelum ni ada apa kat sini? Almari jugak, yang dibeli sejak pindah ke sini enamblas tahun lepas. Pak Inche kata tak lawo. Dialah yang beriya nak tukar almari.. hihi. Almari lama tu letak kat luar, susun elok-elok di tepi dinding.. hurmmm okeylah dari dibuang, sayang tu. Boleh jugak buat tempat simpan pinggan mangkuk.. eh!! 😝😝😝
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/02/dulu-berdua-kini-bertiga.html