Duit Simpanan Hanya Ada Rm50 Ibu Bayi 11 Bulan Terkandas Untuk Pulang Ke Johor


Seorang ibu bersama bayinya berusia 11 bulan ditemui dalam kesusahan di kawasan Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan apabila terkandas akibat ketiadaan bas ekspres untuk pulang ke Skudai, Johor.
Suri rumah berkenaan, Rohayu Ariffin, 40, ditemui berjalan kaki sambil mendukung bayi lelakinya pada jam 1 tengah hari.

Dapat surat kebenaran dari pihak polis
Dia pada mulanya menaiki teksi dengan tambang RM60 dari Kampung Rantau Panjang ke Balai Polis Rantau Panjang kemudian menuju Stesen Bas Mutiara di Panji di sini untuk membeli tiket pulang.
“Saya mendapat surat kebenaran pulang daripada pihak polis dan pergi untuk membeli tiket bas tetapi kerani di kaunter memberitahu tidak ada tiket yang dijual dan tiada perjalanan bas ekspres serta meminta saya datang semula pada Isnin depan.
“Saya kemudian naik semula teksi yang sama tanpa arah tuju dan meminta pemandu menurunkan saya, ketika itu di kawasan berhampiran lampu isyarat Panchor,” katanya ketika ditemui di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ar-Arshadi Panchor, Pengkalan Chepa.
Katanya, dia kemudian pergi ke Pasti berkenaan untuk menumpang tandas bagi menukar lampin bayinya yang membuang air besar sebelum sekumpulan guru yang berada di pusat asuhan itu menawarkan bantuan.
“Saya ceritakan keadaan saya sebelum guru itu membenarkan saya bersama anak menumpangkannya untuk tinggal sementara di Pasti itu selama lima hari sehingga 11 Mei ini.
“Selepas tarikh itu nanti saya sendiri buntu memikirkannya sebab tiket bas pun belum tentu ada dan saya belum pasti boleh balik ke Johor atau tidak,” katanya.
Wanita empat anak itu berkata, pada 15 Mac lalu, dia bersama bayinya itu pulang ke kampung halaman di Rantau Panjang menaiki bas ekspres bagi menghadiri kenduri perkahwinan adik tirinya pada 25 Mac lalu.
“Saya pulang tiga hari sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu menyebabkan saya terkandas sudah lebih sebulan di kampung.
“Empat lagi anak berusia 20 hingga 7 tahun ada bersama suami di Johor dan saya tidak boleh balik semula ke Rantau Panjang kerana keadaan keluarga di sana juga susah selain memerlukan lebih belanja,” katanya.

Duit simpanan hanya tinggal RM50
Tambahnya, duit di dalam simpanan hanya tinggal RM50 untuk makan dan minuman sepanjang tempoh terkandas ini.
Katanya, suaminya, Mohd Faizal Ismail, 50, yang bekerja sebagai pemandu lori sudah dimaklumkan tentang perkara itu dan akan segera mencari penyelesaian kerana bimbang keadaannya.
“RM60 sudah disimpan siap-siap untuk membeli tiket. Mujurlah ada guru Pasti yang membantu menumpangkan sementara kelas murid untuk saya berehat dan tidur bersama anak kecil ini,” katanya.
Sementara itu, guru Pasti Ar-Arshadi Panchor, Siti Muriyani Ibrahim berkata, pihaknya membenarkan Rohayu tinggal sementara di pusat asuhan itu.

“Hari ini pejabat sebenarnya dibuka kepada ibu bapa untuk mengambil buku sekolah anak masing-masing dan kebetulan wanita ini datang untuk menumpang tandas.
“Dia boleh tinggal di sini buat seketika kerana sekolah pun belum dibuka kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post Duit Simpanan Hanya Ada RM50. Ibu & Bayi 11 Bulan Terkandas Untuk Pulang Ke Johor appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/duit-simpanan-hanya-ada-rm50-ibu-bayi-11-bulan-terkandas-untuk-pulang-ke-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Ibu Pulang Dari Malaysia Bayi Empat Bulan Positif Covid 19

Ikut Ibu Pulang Dari Malaysia Bayi Empat Bulan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 297 hits
Jumlah pasien positif Covid 19 di Sumatera Selatan hari ini bertambah 13 kasus sehingga menjadi 16 pasien Salah satu pasien terkonfirmasi positif baru adalah bayi berusia empat bulan
Ramadan Sayu Ibu Di Hospital Ayah Hilang Entah Kemana Bayi Dikebumikan Hanya Diiring Atuk Imam

Ramadan Sayu Ibu Di Hospital Ayah Hilang Entah Kemana Bayi Dikebumikan Hanya Diiring Atuk Imam

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 748 hits
Masuk hari ke 7 Ramadan telah banyak berita kehilangan yang kita terima Sudah pasti pemergian insan yang tersayang di saat ini sangat memeritkan buat ahli keluarga Seperti perkongsian aktivis yang dikenali sebagai Abam Botak di Facebook bar...
Jkm Minta Bantuan Orang Ramai Cari Ibu Kandung Bayi 10 Bulan

Jkm Minta Bantuan Orang Ramai Cari Ibu Kandung Bayi 10 Bulan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 410 hits
Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui posting Facebook mereka sedang mencari waris kepada seorang bayi berusia 10 bulan Notis tersebut dikeluarkan bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membua...
Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

Hanya 400 Rakyat Malaysia Di Singapura Dibenar Pulang Setiap Hari Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 332 hits
Hanya 400 rakyat Malaysia di Singapura dibenar pulang setiap hari kata Ismail Sabri
Pelajar Dibenarkan Pulang 27 Apr Hanya Ke Zon Hijau

Pelajar Dibenarkan Pulang 27 Apr Hanya Ke Zon Hijau

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 381 hits
Pelajar yang terperangkap di kampus pusat pengajian dibenarkan pulang ke rumah masing masing bermula 27 Apr ini bagaimanapun hanya perjalanan ke zon hijau sahaja Waktu perjalanan pula dihadkan dari 9 malam hingga 9 pagi Pelajar terlibat aka...
Puasa Boleh Diganti Selepas Bersalin Nyawa Bayi Hanya Sekali Islam Itu Tidak Pernah Menyusahkan

Puasa Boleh Diganti Selepas Bersalin Nyawa Bayi Hanya Sekali Islam Itu Tidak Pernah Menyusahkan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 517 hits
Ramai ibu ibu hamil yang tertanya tanya boleh ke atau mampu ke untuk berpuasa dalam keadaan yang sedang hamil Mungkin ramai yang merasa keliru dan takut kandungan terjejas dalam masa yang sama ingin menunaikan kewajipan berpuasa di bulan mu...
Bayi Meninggal Disebabkan Tidur Tertiarap Ini Tips Buat Ibu Bapa

Bayi Meninggal Disebabkan Tidur Tertiarap Ini Tips Buat Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1018 hits
Ketika berjalan melangkah masuk ke bilik tersebut tak semena mena jantung si ibu berdebar kencang sebaik saja terpandang bayinya yang berusia hampir dua bulan tu Tak pernah pulak sebelum ni anaknya tidur meniarap atas toto begitu Perasaan b...
Ibu Baru Bersalin Tak Mahu Bayi Meragam Ambil Tahu Hal Ini Selain Bagi Susu

Ibu Baru Bersalin Tak Mahu Bayi Meragam Ambil Tahu Hal Ini Selain Bagi Susu

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 304 hits
Penjagaan bayi baru lahir berbeza dengan penjagaan anak kecil yang semakin membesar Bayi lebih memerlukan penjagaan rapi kerana pertama kali berada dalam rahim ibu dan baru nak menyesuaikan diri dengan dunia baru Proses penjagaan ini memerl...
Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 397 hits
Melihat double line pada ujian kehamilan untuk pertama kali tentunya perasaan seronok itu mula hadir dalam hati seorang wanita yang bakal bergelar ibu Namun dalam merasai keseronokan itu ibu harus melalui beberapa cabaran alahan kehamilan y...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Program Affiliate Klikjer

Rumahku Sepatutnya Syurgaku

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali