Duit Rm150juta Tu Dilaburkan Dalam Public Mutual Atau Tidak



Mahkamah diberitahu hari ini bahawa Felcra membuat permohonan dana RM150 juta daripada tabung persaraan staf badan itu untuk dilaburkan dalam unit amanah Public Mutual.

Bekas pengurus besar Felcra Adnan Yusof bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada catatan menunjukkan bahawa lembaga Felcra terlibat dalam permohonan dana RM150 juta itu.

Adnan, 61 berkata bahawa berdasarkan memorandum daripada Kementerian Kewangan, Felcra telah membuat permohonan untuk menggunakan dana daripada tabung persaraan staf sebanyak RM150 juta untuk dilaburkan dalam unit amanah Public Mutual.

“Kementerian Kewangan (MOF) mempunyai kuasa mutlak bermaksud tiada pihak lain yang boleh ganggu keputusan tersebut.”

“Felcra telah buat permohonan (berdasarkan memo MoF) untuk guna dana dari tabung persaraan staf RM150juta untuk melabur dalam unit amanah Public Mutual,” katanya di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kuala Lumpur, hari ini.

Dia menjawab soalan timbalan pendakwa raya Roslan Mat Nor yang meminta Adnan menjelaskan bahawa kuasa MoF dalam isu pelaburan Felcra.

Adnan merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan kes rasuah Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin bersama isterinya Zizie Izette.

Pada 3 Mei tahun lepas, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan pengerusi bukan eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Zizie.

Sementara itu, Adnan turut memberitahu mahkamah bahawa tiada catatan menunjukkan bahawa lembaga pengarah Felcra membuat sebarang tindakan berkaitan dana tersebut.

“Tidak dinyatakan di dalam permohonan ke MoF,” jelas Adnan ketika menjawab soalan Roslan ketika pemeriksaan semula.

Terdahulu, Roslan bertanya: “Ada tak mana-mana catatan tunjuk lembaga Pengarah Felcra terlibat apa-apa tindakan berkait pelaburan RM150 juta Public Mutual?”.

Bung berdepan tuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Rozina Ayob dan kes ditangguhkan sehingga 29 Februari ini

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/01/duit-rm150juta-tu-dilaburkan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Plus Lge Pro Rakyat Atau Alat Peniaga

Plus Lge Pro Rakyat Atau Alat Peniaga

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 319 hits
oleh Ab Jalil Backer Panjang lebar Menteri Kewangan menulis mengenai sejarah perjanjian PLUS dan mahukan pujian kerajaan menurunkan kadar tol dibawah PLUS sebanyak 18 Apa yang LGE gagal menerangkan ialah PH hanya mampu membuat keputusan ini...
Guru Biasa Atau Guru Yang Berjiwa Guru

Guru Biasa Atau Guru Yang Berjiwa Guru

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 314 hits
Seorang guru berkata Jadi cikgu ni senang Datang awal pagi punch kad Buat RPH kelas jangan miss handle program elok elok tak lama dapat APC Buat aje kerja sendiri jangan hirau yang lain Hujung bulan dapat gaji ada rezeki naik pangkat Itulah...
Aturan Terbaru Syarat Penerimaan Siswa Baru Tk Sd Smp Dan Sma Atau Smk

Aturan Terbaru Syarat Penerimaan Siswa Baru Tk Sd Smp Dan Sma Atau Smk

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 255 hits
Syarat Penerimaan Siswa Baru Jika dilihat dari agenda pendidikan tahunan memang periode penerimaan siswa baru untuk tingkatan TK SD SMP dan SMA atau SMK masih cukup lama yaitu di bulan Juli 2020 Akan tetapi Nadiem Makarim selaku Menteri Pen...
Senaman Berjalan Atau Berlari Lebih Berkesan

Senaman Berjalan Atau Berlari Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 333 hits
Kalau nak exercise untuk hapuskan lemak mana yang baik Jogging ke berjalan Berjalan Pokcik dedahkan benda ni dah lama tapi bila keluar je tajuk ni dan saya bagitau fakta di atas ramai yang nak pangkah pokcik Lepas tu pokcik pangkah diorang ...
Resepi Muffin Berlauk Atau Savoury Muffin Alamaya Info

Resepi Muffin Berlauk Atau Savoury Muffin Alamaya Info

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 370 hits
Resepi Muffin Berlauk atau Savoury Muffin Resepi muffin berlauk atau savoury muffin lembut gebus dan lauknya sedap dgn sos perang Bau wangi butter semerbak satu
Praktikal Atau Thesis Psikologi Kanak Kanak Keluarga

Praktikal Atau Thesis Psikologi Kanak Kanak Keluarga

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 302 hits
AssalamualaikumBismillahFirst of all thanks to my dear Junior for comment on my blog Alhamdulillah kerana blog ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para junior yang mengambil bidang psikologi khususnya bidang Psikologi Kanak Kanak K...
Fakta Atau Auta Tentang Mandarin Orange

Fakta Atau Auta Tentang Mandarin Orange

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 821 hits
Morning Haa tenggelam timbul tuan blog Sibuk tak boleh bawa bincang dah sekarang ni Kejap ada kejap tak ada je ni Permulaan bulan januari tahun baru yang tak berapa nak indah Sibuk dan tak cukup rehat lansung Adududu Bertabahlah hadapi duga...
Anak Lambat Bercakap Pelat Mama Kena Periksa Mungkin Ada Masalah Tongue Tie Atau Lidah Pendek

Anak Lambat Bercakap Pelat Mama Kena Periksa Mungkin Ada Masalah Tongue Tie Atau Lidah Pendek

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 301 hits
Perkembangan setiap kanak kanak memang berbeza sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak kanak lain Setiap kali bayi menangis pasti membuatka...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos