
Katanya, sesi taklimat diberikan bagi memastikan semua prosedur dipatuhi selain praaudit dan bengkel untuk mengisi secara online seperti mana ditetapkan.“Kami ada 5,000 ahli di seluruh negara dan setiap tahun kita adakan program ini beberapa kali untuk memberi kefahaman kepada ahli. Alhamdulillah, kesedaran itu sudah mula ada, jadi kita harap dapat diperluaskan lagi kepada semua pihak.“Cuma yang mereka perlu tahu, prosedur ditetapkan Jakim sangat mudah tanpa sebarang kos dan pembabitan orang tengah. Jadi berhati-hati dengan sebarang tawaran daripada mana-mana pihak kononnya ingin membantu, tetapi mengenakan caj,” katanya.Sementara itu, pemerhatian wartawan mendapati lebih 10 laman Facebook menawarkan khidmat rundingan untuk mendapatkan sijil berkenaan.Memberikan pelbagai testimoni kejayaan, mereka turut menyediakan pakej kursus dan sesi penerangan secara berkelompok kepada usahawan yang ingin memohon.Bagaimanapun, tiada harga yang diletakkan kerana mereka perlu menetapkan temu janji terlebih dulu sebelum perbincangan lanjut dijalankan. (myMetro)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |