Dugaan Sebelum Pergi Umrah


Fuhhh boleh tahan bersawang jugak blog aku ni. Di tahun 2019 ni semoga makin rajin lah nak update blog.Aku baru je balik dari umrah. Bila balik umrah ni aku ada semangat baru sikit. Sebelum ni kalau aku pergi travel mana-mana, bila dah balik mesti rasa macam malas je nak update blog. Bila balik umrah ni rasa macam rajin pulak nak membebel dekat blog balik. 😆

Aku tengah pregnant anak ke 2 sekarang. Siapa yang follow aku dekat instagram (@cikepal06) mungkin tahu lah perkembangan aku yang makin kembang ni 😅.Pregnant kali ke 2 ni agak berbeza kalau nak compare dengan aku pregnant kan Han dulu. Masa pregnant kan Han, aku tak ada alahan, aku tak muntah-muntah dan aku agak rajin jugak lah. Masak memang rajin.Asal papa Han ajak jalan mana-mana pon aku ON je. Rajin bersiap, rajin nak make up bila keluar


Tapi pregnant kali ke 2 ni memang berbeza sangat. First trimester aku asyik muntah je. Pagi muntah, malam muntah. Tengok gambar makanan pon boleh muntah. Tapi muntah-muntah pon kena makan jugak, kalau tak nanti lapar. Bila lapar rasa nak muntah lagi. Sampai dah tak ada benda lah nak muntah kadang-kadang tu. Pastu ada alahan bau. Tak boleh bau tumis, tak boleh bau benda busuk, tak boleh bau aroma makanan. Contoh kalau masuk KFC, terbau aroma ayam goreng tu,Ya Allah serious boleh buat muntah.Memang tutup hidung je kalau masuk mana-mana restoran. Pastu aku jadi malas gila. Rasa nak tidur je. Dah masak pon tak boleh. Pastu malas nak keluar rumah. Malas nak bersiap. Makeup lagi ah malas.Semua benda ah malas


Papa Han memang berdikari habis lah cari makanan dekat luar sepanjang aku pregnant kali ni. Dah mintak maaf awal-awal dekat dia, memang aku tak boleh nak masak kali ni.Dia pon ok je, keluar dengan Han cari makan. Pastu tapau makanan aku bawak balik. Tapi ada jugak kadang-kadang dia suruh aku keluar jugak hirup udara segar. Nanti dia ajak lah pergi Penang ke, balik Taiping ke, pergi rumah ibu aku ke.Ada jugak dia memberi cadangan negara-negara untuk travel nak bawak aku jalan,tapi semua tempat aku malas nak pergi. Sebab memang rasa tak ada mood nak berjalan.Rasa nak duduk rumah je


Sampai lah satu masa, suami aku warded. Yang jadi kemusykilan nya, dia sakit, tapi doktor tak dapat detect dia sakit apa. Dia rasa macam nak mati,sesak nafas,lidah cramp susah nak bercakap, belakang tengkuk rasa berat,dada rasa ketat, jantung laju,kepala rasa macam kena ikat dengan getah kuat-kuat. Dah buat scope,MRI,ct scan semua benda lah dah buat tapi still doktor tak dapat sah kan dia sakit apa. Last doktor bagi choice suruh ambil air tulang belakang. Ok yang ni aku tak approve. Sebab dia muda lagi, aku tak nak bila dia buat, penyakit lain pulak yang datang

Yang paling dahsyat nya jantung dia tengah laju gila ni, tapi doctor cek sebelah menyebelah dia, doctor boleh kata normal je tak ada masalah.Masuk hospital 6 hari. Keluar hospital pon doktor tak bagi apa-apa ubat sebab tak boleh detect sakit apa

Bila ibu ayah aku datang melawat, mak mertua aku datang melawat. Ok macam biasa lah. Orang-orang tua mesti akan suruh berubat kampung juga. Suami aku pulak dia susah nak percaya benda-benda ni. Kalau ikut aku, aku percaya je benda-benda yang diluar jangkauan sains ni. Dah doktor pon tak boleh detect dia sakit apa. Tak ke pelik. Pergi Darussyifa, ustaz tu just cakap gaya macam ada gangguan. Dia bagi air bacaan surah suruh suami aku minum bila balik nanti


Balik rumah dia minum air ustaz bagi tu. Dalam seminggu minum but still dia rasa sakit yang sama.Time ni dia tetiba cakap dengan aku dia nak pergi umrah sebab dia tak tahan dengan sakit dia ni. Mungkin dengan cara dia sakit ni Allah panggil dia untuk datang. Aku mula-mula 50-50 jugak nak pergi. Sebab aku tengah alahan asyik nak muntah je pastu memang rasa tak ready lansung lah nak pergi.Then, dia pernah cakap dengan aku nak tunggu Han besar dulu baru pergi umrah. Tapi bila aku fikir-fikir balik selama aku bawak Han travel,memang Han agak behave. Dia tak banyak buat hal sangat. So aku rasa kalau pergi umrah, mesti dia ok punya



Dia tanya dekat ig storie dia travel agent mana yg ok kalau nak buat umrah. Macam-macam agency lah  yang orang suggest. Last-last kitorang pilih je lah yang paling ramai orang suggest. Dah malas nak fikir dah.Esok nya terus pergi ofis travel agent dan pilih pakej. Dia nak bawak mak dia sebab dia nak mak dia doa depan Kaabah supaya dia sihat balik macam biasa sebab doa mak ni kan makbul. Aku pon nak bawak parents aku jugak sebab tu memang impian aku dari kecik lagi, kalau aku nak pergi umrah, aku nak bawak ibu ayah aku sekali


Semua plan last minit, aku ada 2 minggu lagi untuk aku pergi umrah.Settle bab pilih pakej umrah semua, masing-masing kena vaksin kecuali aku. Sebab aku pregnant, aku dikecualikan untuk vaksin. Dan doktor aku pon memang tak benarkan aku vaksin. Cuma doktor bagi aku vitamin untuk aku makan, sebelum pergi kena makan dan sepanjang dekat sana pon kena makan hari-hari. 

Vaksin untuk Han.Ni lah nama vaksin nya.Rasa macam nak meninggal nak menyebut nya 😂
Han ni asal cucuk je mesti nangis 😂
Tetiba aku demam panas sangat-sangat.Badan memang lemah gila. Call ibu aku cakap aku demam panas. Ibu aku risau dah, dia suruh pergi hospital terus. Dia kata kalau pregnant bahaya demam panas. Baik cepat-cepat pergi hospital


Pergi hospital, doctor kata aku ada influenza. Pastu memang demam panas,pening kepala,batuk semua.Kena warded. Dalam 5 hari jugak lah dalam hospital ni. Sepanjang dekat hospital, aku dah cakap dengan husband tak payah lawat aku pon tak apa sebab influenza ni boleh berjangkit.Aku ok je hari-hari duduk hospital sorang-sorang. Yang penting, dia dengan Han tak berjangkit

Tapi husband aku ni degil, dia kata dia dengan Han dah cucuk vaksin umrah tu mesti antibody kuat punya dan tak kan demam. Masalahnya dia cucuk vaksin tu untuk ke umrah, bukan cucuk vaskin infleunza sekali pon. Yang dia dengan Han pon hari-hari lah datang lawat aku,kadang-kadang tidur hospital. Masuk bilik aku pakai mask.Tapi kadang-kadang depa pi tanggal jugak mask

Lepas je aku keluar hospital, Han pulak masuk hospital

Ya Allah, aku tak kisah kalau aku sakit. Tapi aku tak boleh betul kalau Han sakit. Sayu je hati bila tengok dia masuk hospital sebab berjangkit dengan aku

9 hari sebelum pergi umrah,Han pon kena warded sebab influenza jugak. Time ni husband aku berjangkit jugak. Dia pon demam. Cuma dia dah tak larat nak warded sebab dia baru keluar hospital kan. So dia mintak ubat je dengan doktor. Dalam 4 hari jugak Han dalam hospital.Pastu nasib baik boleh keluar

Sebab kitorang satu family tak ada insurance dan masuk hospital private. Time ni bil suami, aku dengan Han nak cecah berbelas ribu. Duit berbelas ribu ringgit habis macam tu je bayar bil hospital. Time tu rasa macam mungkin tu dugaan Allah nak bagi


Kitorang sebenarnya kena pergi kursus umrah. Kalau pergi dekat ofis agency,free je tapi ramai orang lah time kursus. Sebab aku punya tarikh nak ke umrah ni pon memang hujung tahun dan tengah musim cuti.Memang penuh orang. Agency suggest, boleh jugak kalau nak kursus umrah private tak campur orang, tapi kena bayar rm300 untuk ustaz datang rumah. Aku satu family pon macam tak berapa sihat sangat,nak keluar rumah pon kena pakai mask. So kitorang ambil je lah kursus umrah private tu

Ni memang betul-betul last minit. 2 hari sebelum nak pergi umrah, mutawwif datang buat kursus umrah dekat rumah

Time ni ajak lah sekali ibu, ayah dan mak mertua aku dengar. Tapi best jugak kursus one to one macam ni. Senang kita nak tanya apa-apa


Ni lah dugaan-dugaan aku dan family sebelum aku pergi umrah. Masing-masing semua masuk hospital sebelum nak pergi. Mungkin Allah panggil kita untuk jadi tetamu DIA dengan macam-macam cara yang berlainan.Next entry aku cerita pengalaman aku masa buat umrah pulak ye

ok bye! 😊


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikepal06.blogspot.com/2019/01/sebelum-pergi-umrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Ditemukan Tewas Tia Pamit Pergi Mencari Pekerjaan

Sebelum Ditemukan Tewas Tia Pamit Pergi Mencari Pekerjaan

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 25 hits
Polisi telah mengantongi identitas mayat perempuan tanpa busan yang ditemukan di semak semak tak jauh dari Kantor DPRD Kota Serang Mayat tersebut merupakan warga Kabupaten Pandeglang Itu didapat setelah polisi menemukan kartu identitas korb...
Sebelum Mak Pergi Mak Teringin Tengok Anak Anak Mak Berjuang Bersama Pemuda Pas

Sebelum Mak Pergi Mak Teringin Tengok Anak Anak Mak Berjuang Bersama Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 56 hits
Terus menjadi Ahli PASAnda boleh muat turun borang permohonan keahlian PAS di pautan berikut Boleh juga daftar online di pautan PASPilihanku SejahteraBersamaIslam Kenapa Pilih PAS Memperjuangkan wujudnya di dalam negera ini sebuah masyaraka...
Pergi Umrah Atau Haji Dan Kenapa Perlu Pakai Set Travel Suchi

Pergi Umrah Atau Haji Dan Kenapa Perlu Pakai Set Travel Suchi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 53 hits
Aku pernah bertugas di Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu selama 6 bulan Ditempatkan di Sheikh Khalifa Medical City selama setengah tahun merupakan satu tempoh yang cukup lama buat aku Bukan saja kerana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga ta...
Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur Ini Sebabnya Rileks Media

Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur Ini Sebabnya Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 60 hits
Dalam banyak banyak kerja dapur bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh Ada yang suka biar berlonggok dan kumpul pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang mood nak cuci ...
Sebelum Pulang Ke Kampung Ini Perlu Ada Untuk Menyimpan Kenangan

Sebelum Pulang Ke Kampung Ini Perlu Ada Untuk Menyimpan Kenangan

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 24 hits
Memandangkan musim cuti sekolah sudah bermula tibalah masa untuk pulang ke kampung halaman Yalah mana tidaknya apabila sudah lama tidak pulang ke The post appeared first on
Gerindra Pks Bahas Wagub Dki Besok Sebelum 25 Januari Sudah Ada Nama

Gerindra Pks Bahas Wagub Dki Besok Sebelum 25 Januari Sudah Ada Nama

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 40 hits
Dia menjelaskan pertemuan tersebut direncanakan berlangsung di kantor DPD Partai Gerindra DKI pukul 16 00 WIB Nantinya dari pihak Partai Gerindra juga akan dihadiri oleh dua tim uji kelayakan dan kepatutan yakni Syarif dan peneliti senior L...

Teman Wanita Moey Dedah Perkara Sebenar Di Hari Tragedi Suv

Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

Memang Lakulah Produk Ni Pada Anak Dara Pecah Lobang

Kupu Kupu Aneh Di Masjidil Haram

Cara Buat Bawang Goreng Sedap Dan Tak Pahit Ini Petuanya

Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

Lebih Baik Najib Kekal Jadi Badut Media Sosial Lupakan Hasrat Jadi Pm Semula Rafizi Ramli



Ini Bagaimana Kerajaan Jepun Menghapuskan Budaya Suami Tidak Mesra Keluarga Projek Ikumen

Keret House Rumah Paling Sempit Di Dunia

Biodata Rania Pemenang Kelima Dewi Remaja 2018 2019

Biodata Fazreen Fazeera Bekas Peserta Dewi Remaja 2018 2019

Resepi Kuih Cakoi Lembut dan Sos Manis Pandan


Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

Hiburan Saya Memang On Off Berhijab Iman Goyang Bila Dikecam Ernisha

Hiburan Buat Video Seakan Bercakap Dengan Kekasih Netizen Kritik Janna Nick Kurang Cerdik

Cara Cepat Menampilkan Menyembunyikan Hidden Files Di Mac Os X

Ayah Tak Selamanya Ada

Kes 1mdb Bekas Pengarah Urusan Pic Dakwa Jadi Kambing Hitam