Dua Tahun Berdiam Daus Eli Akui Tertekan Selepas Bercer4i
HAMPIR dua tahun mendiamkan diri daripada dunia seni selepas bercer4i dengan bekas isteri, penyanyi Daus Eli nekad untuk kembali merancakkan karier nyanyiannya menerusi single terbaharu yang berjudul Takdir Kita.
Daus yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) mengakui lagu ciptaannya itu dihasilkan sebagai luahan hati kepada bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaludin khan.
Jelas Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 32, lirik yang dihasilkan berkisarkan tentang apa yang terbuku dihati dan tidak dapat dinyatakan secara bersemuka dengan bekas isterinya.
Daus mengakui mengalami kemurungan selepas bercer4i.
“Sejujurnya lagu ini saya sudah buat sebelum kami bercer4i lagi tetapi saya rasa belum masanya ia diperdengarkan kepada umum tambahan pula saya banyak mengubahnya selepas kami bercer4i.
“Ia bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa atau membuka pekung kisah rumah tangga kami tetapi ia sekadar luahan hati saya yang tak pernah saya nyatakan kepadanya secara bersemuka.
“Lagu ini cukup peribadi buat saya kerana sepanjang tempoh selepas bercer4i pelbagai dugaan yang saya tempuh dan terpaksa dihadapi,” katanya kepada mStar.
Ini termasuklah kec4man dan tohmahan masyarakat terhadapnya selepas dia mencer4ikan Syaza ketika wanita itu baharu sahaja dua minggu melahirkan anak ketiga mereka.
Lagu ini cukup peribadi buat saya kerana selepas bercer4i pelbagai dug4an yang saya tempuh.
DAUS ELI
PENYANYI
Kata Daus, terlalu perit untuknya menerima kata-kata sinikal terhadapnya namun dia memilih mendiamkan diri sehingga dia mengalami kemurungan akib4t tertekan.
“Sampai ada tudvh saya lakukan semua itu semata-mata marketing dan ingin meraih perhatian… tetapi saya telan semuanya dan pilih untuk berdiam diri.
“Tindakan saya berdiam diri akhirnya memakan diri sendiri sehingga saya berada dalam keadaan kemurungan akib4t tertekan dan terlalu kecewa perkahwinan yang saya harapkan dapat bertahan sehingga ke akhir hayat, akhirnya musnah,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Daus, dia berjaya bangkit atas semangat diberikan keluarga dan rakan-rakan yang banyak menasihatinya agar meneruskan kehidupan.
Tinggal kenangan… Daus bersama bekas isteri dan dua anak mereka ketika bercuti di London.
Daus memberitahu semangatnya juga kembali berkobar-kobar apabila mengenangkan tiga cahaya matanya yang masih kecil.
“Keluarga nasihat agar saya ‘move on’. Anak-anak menguatkan saya sebenarnya meskipun rasa kecewa masih ada tetapi saya perlu bangkit demi mereka.
“Saya tampil dengan lagu baru dan ingin rancakkan kembali karier saya pun bukan semata-mata ingin popular tetapi ingin mencari rezeki buat anak-anak.
Untuk rekod, Daus dan Syazaa bercer4i talak satu di Mahk4mah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak pada 1 Februari lalu.
Mereka berkahwin paada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Delysha Senzela, 6, Myesha Sehrish, 4 dan Ayesha Sheraz yang kini berusia setahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/08/dua-tahun-berdiam-daus-eli-akui.html