Dua Pertiga Otak Membesar Dalam Tempoh 8 Tahun Pertama Nak Anak Bijak Kena Rajin Rangsang


Anak yang bijak dan cerdas menjadi idaman setiap ibu bapa. Tahukah anda bahawa bayi dilahirkan dengan lebih daripada 100 bilion sel-sel otak? Semasa dilahirkan, sesetengah sel tersebut telah bercantum dengan sel-sel lain bagi mengawal degupan jantung dan pernafasan, tindakan refleks dan fungsi-fungsi badan yang lain.

SEL OTAK
Anehnya, kebanyakan sel-sel otak hanya bercantum selepas anak anda dilahirkan. Sel-sel otak hanya membentuk perhubungan dengan kebanyakan bahagian di dalam otak pada bulan-bulan dan tahun-tahun pertama di dalam kehidupan. Pembesaran dua pertiga daripada otak ini berlaku dalam tempoh 0 hingga 8 tahun pertama kehidupan. Fokus pada menstimulasikan otak pada tempoh ini adalah sangat kritikal. Percantuman sel-sel ini adalah komponen-komponen kompleks yang membentuk pemikiran, perasaan dan tabiatnya.
Pada masa dahulu, sesetengah para saintis menyatakan yang perkembangan otak ditentukan secara genetik. Perkembangan otak terjadi mengikut haluan biologi yang telah ditentukan lebih awal lagi. Pengalaman awal boleh mempengaruhi perkembangan otak dan merangsang cara-cara tertentu di mana komponen-komponen ini disambungkan. Otak si manja sentiasa bekerja. Dunia di sekelilingnya mempengaruhi pembentukan perkembangan otaknya melalui pengalaman yang dirasai oleh deria-  melihat, mendengar, menghidu, menyentuh dan merasa.
STIMULASI
Paling baik, rangsangan otak dilakukan sejak daripada alam rahim lagi dan diteruskan selepas kelahiran.
Usia 0 hingga 6 tahun adalah waktu kritikal di mana sebarang stimulasi yang dilakukan pada otak dalam masa ini akan menggalakkan percantuman antara sel-sel yang bermula dari bawah ke atas. Jika rangsangan tidak dilakukan, sel-sel ini akan mati.
Jika perkembangan tersebut tidak disusuli dengan rangsangan yang betul, maka bersedialah membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar anak anda ke pusat-pusat terapi atau tuisyen dalam membantu memulihkan perkembangan tersebut. Justeru, apa sahaja yang dilakukan pada peringkat umur ini akan memberikan impak kepada perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.
PANDUAN RANGSANGAN OTAK ANAK 

Komunikasi
Kerapkan berkomunikasi  dengan anak terutama sekali yang melibatkan komunikasi dua hala. Misalnya berbual, bercakap dengannya mengenai sesuatu topik atau apa yang ada di sekeliling. Komunikasi tidak formal ini akan memberikan impak positif dari segi perkembangan bahasa dan pembinaan perbendaharaan kata (vocabulary). Minta pendapatnya dalam pelbagai situasi untuk membina pemikiran kritis dan lontaran idea spontan. Jangan abaikan suara kecil ini kerana kelak segala memori yang diperolehinya akan disimpan di lexical database pada otak. Info-info ini akan dipanggil semula tanpa sedar apabila diperlukan nanti. Membaca buku bersama pada 10 minit terakhir sebelum tidur akan membantu si kecil menambah tatabahasa dan perkataan baru.
 

Sebab-akibat
Sentiasa menghuraikan tentang sebab-akibat kepada si manja. Hal ini akan memberikan info-info baru kepada si manja. Info tersimpan di lexical database akan dipanggil semula tanpa sedar dan membantu pembinaan skema pengetahuan yang tersimpan.
Sebagai contoh, si manja belajar tentang ‘awan’. Skema yang membentuk ‘awan’ antaranya adalah (i) titisan air, (ii) pelbagai bentuk seperti awan cirrus, awan cirrostratus, awan cumulus, (iii) warna awan dan pelbagai lagi. Dalam tidak sedar, si manja anda membina ilmu pengetahuan mereka.

 Minda bawah sedar
Jangan main-main dengan minda bawah sedar. Waktu sebelum tidur adalah waktu yang kritikal yang mampu memberikan kesan kepada pembangunan minda bawah sedar.  Untuk membantunya berkembang sihat, elakkan si manja daripada melihat imej negatif seperti filem kejam, seram, mendedahkannya kepada situasi negatif seperti memarahinya atau keadaan yang tertekan.
Setiap kali terdedah kepada perkara negatif, sejenis bahan kimia yang berkait rapat dengan stres akan di rembes dan kekal di dalam badan.  Hal ini kerana khuatir akan menjejaskan pembinaan otak, karakter dan pemikiran si manja.

Rangsangan deria
Rangsangan deria atau sensori penting dalam merangsang minda si kecil. Bawa si manja ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh menerokai bermacam-macam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna.
Misalnya ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, padang dan sebagainya. Benarkan anak anda untuk menyentuh dan merasa setiap tekstur tersebut dengan jari mereka. Setiap benda yang di sentuh oleh jari si manja secara tidak langsung sebenarnya juga merangsang otak mereka. Begitu jugalah pentingnya peringkat merangkak. Anak-anak yang tidak melalui peringkat ini berkemungkinan besar akan ada masalah yang berkaitan dengan sensori.
 
The post Dua Pertiga Otak Membesar Dalam Tempoh 8 Tahun Pertama. Nak Anak Bijak Kena Rajin Rangsang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-anak-jadi-bijak-mama-papa-mesti-buat-4-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 3 Tahun Kahwin Anak Dah Masuk Dua Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

Baru 3 Tahun Kahwin Anak Dah Masuk Dua Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 524 hits
Bab ingat tarikh penting orang perempuan yang selalu alert Tak kiralah sebelum berkahwin dah berkahwin atau ada anak pun Mungkin ni satu kelebihan buat wanita walaupun dah bergelar ibu Tapi kadang kadang ada suami yang memang lupa kerana pa...
Kalau Nak Anak Bijak Elak Pakaikan Sarung Tangan Lama Bayi Mula Teroka Tangannya Bermula Usia Sebulan

Kalau Nak Anak Bijak Elak Pakaikan Sarung Tangan Lama Bayi Mula Teroka Tangannya Bermula Usia Sebulan

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 554 hits
Bayi berusia sebulan ke atas mula tertarik dengan tangannya sendiri Bermain dengan tangannya sendiri adalah stimulasi yang baik Justeru pemakaian sarung tangan terlalu lama perlu dielakkan Semasa lahir bayi lazimnya menggenggam Apabila beru...
Seorang Bapa Menjual Kereta Kesayangan Demi Membesarkan Dua Anak Tiri Setelah 40 Tahun Ini Yg Terjadi

Seorang Bapa Menjual Kereta Kesayangan Demi Membesarkan Dua Anak Tiri Setelah 40 Tahun Ini Yg Terjadi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 597 hits
Sesetengah ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dan membesarkan anak anak Kadangkala anak anak itu bukan pun dari darah daging sendiri tetapi mereka tetap memberikan kasih sayang dan melakukan banyak pengorbanan Jan...
Usia 2 6 Tahun Anak Tanya Banyak Soalan Menyepah Rumah Aktif Tandanya Bijak

Usia 2 6 Tahun Anak Tanya Banyak Soalan Menyepah Rumah Aktif Tandanya Bijak

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 329 hits
Pernah tak anda memerhatikan kelakuan anak yang berusia dua hingga enam tahun Walaupun anda sibuk dengan bermacam urusan cuba ambil masa untuk memerhati dan mengenali kelakuan anak anda Ia penting untuk anda membantu mereka supaya membesar ...
Bila Bila Masa Angah Junior Keluar 16 Tahun Tak Ada Baby Terujanya Macam Anak Pertama

Bila Bila Masa Angah Junior Keluar 16 Tahun Tak Ada Baby Terujanya Macam Anak Pertama

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 472 hits
Penyampai radio Sinar Pagi Angah Raja Lawak akui isterinya Amira Asyura Abd Razak bakal bersalin pada bila bila masa Berdebar dan pada masa sama teruja Angah berkongsi beberapa koleksi foto menerusi ruangan Insta Story miliknya baru baru in...
Ibu Gantung Diri Selepas Bertengkar Dengan Anak Di Hari Pertama Cny 2019

Ibu Gantung Diri Selepas Bertengkar Dengan Anak Di Hari Pertama Cny 2019

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 414 hits
The ReporterPerayaan Tahun Baharu Cina sepatutnya merapatkan hubungan ahli keluarga yang berkumpul beramai ramai tetapi tidak bagi keluarga ini di Taipei yang bertukar menjadi tragedi Dalam kejadian yang berlaku pada hari pertama Tahun Baha...
Ganja Mampu Rangsang Saraf Otak Penyelidik Upm

Ganja Mampu Rangsang Saraf Otak Penyelidik Upm

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 331 hits
Berdasarkan kajian terhadap tikus makmal dua tahun lalu oleh Penyelidik Neurosains UPM
13 Komentar Paling Receh Warganet Saat Tanggapi Kelahiran Anak Pertama Raisa Maklum Kaum Selow

13 Komentar Paling Receh Warganet Saat Tanggapi Kelahiran Anak Pertama Raisa Maklum Kaum Selow

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 619 hits
Di samping cuma ngucapin selamat dan membahas proses persalinannya ya tetap ada di mana saja spesies selow yang sukanya guyon terooos 1
Video Comel Sangat 100x Nyanyian Anak Wawa Aeril Sempena Tahun Baru Cina Dipuji Sangat Comel

Video Comel Sangat 100x Nyanyian Anak Wawa Aeril Sempena Tahun Baru Cina Dipuji Sangat Comel

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 406 hits
Sempena Tahun Baru Cina Aeril Zafrel berkongsi ucapan dan telatah comel anaknya dikenali sebagai Hayla menerusi Instagram Video yang dimuat naik oleh Aeril ini membuatkan ramai geram dan terpikat dengan kecomelan Hayla Alahai comelnya Malah...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense