Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan


SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Poros Nasional Takalar–Jeneponto, Sulawesi Selatan, malam Ahad lalu.
Mangsa dikenali sebagai Icha Voc dan Nur Insani, dua penyanyi popular di daerah berkenaan yang sering dijemput menghiburkan majlis setempat serta acara persendirian.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang waktu tempatan ketika mereka dalam perjalanan menghadiri sebuah acara nyanyian di luar daerah.
Hilang kawalan sebelum terbabas
Saksi memaklumkan, kenderaan dinaiki mereka dilihat hilang kawalan sebelum terbabas, dipercayai akibat jalan gelap dan licin serta kelajuan tinggi.
Difahamkan, pemandu kenderaan turut cuba mengelak seorang pejalan kaki yang sedang menuju ke masjid, sebelum kenderaan tersebut terbabas dan mengalami kemalangan serius.
Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan menyayat hati di bawah kolong sebuah lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kejadian tragis gegar media sosial
Berita pemergian dua penyanyi muda itu mengejutkan ramai rakan artis serta peminat di Sulawesi Selatan. Akaun media sosial mereka yang sebelum ini dipenuhi dengan jadual persembahan kini bertukar menjadi ruang takziah dan luahan duka.
“Ya Allah, tak kusangka… betul-betul ajal tak ada yang tahu,” tulis seorang pengguna media sosial di ruangan komen akaun Icha Voc.
Seorang lagi rakan artis, Haji Rasul Mika, turut berkongsi rasa sedih di Facebook milik Nur Insani:
“Kemarin masih sempat ikut di MILKA, siang malam Nirinsani di Bantaeng kodong ,” tulisnya, menggambarkan padatnya jadual persembahan arwah sebelum tragedi berlaku.
Sebuah video tular di TikTok turut menunjukkan dua jenazah dipercayai milik Icha dan Nur Insani, ditangisi oleh beberapa wanita dipercayai ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pemergian kedua-duanya bukan sahaja meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga, malah turut dirasai komuniti hiburan dangdut di Sulawesi Selatan yang mengenali mereka sebagai penyanyi berbakat dan penuh energi. – The Malaysian Update
The post Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/11/11/dua-penyanyi-dangdut-maut-dalam-kemalangan-di-sulawesi-selatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 184 hits
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang LANGKAWI 13 Nov Jumlah mangsa maut susulan insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia Thailand di sini meningkat kepada 28 orang dengan penemuan dua lagi mayat ha...
Wanita Maut Dua Lagi Termasuk Kanak Kanak Perempuan Cedera Selepas Kereta Terbabas Di Kilometer 44 2 Leburaya Kl Karak

Wanita Maut Dua Lagi Termasuk Kanak Kanak Perempuan Cedera Selepas Kereta Terbabas Di Kilometer 44 2 Leburaya Kl Karak

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk kanak kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44 2 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dekat Genting Sempah Bentong pada Ahad Pegawai Pe...
Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Seorang lelaki maut tiga termasuk kanak kanak perempuan cedera manakala dua selamat dalam nahas melibatkan dua kereta di laluan berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab pada Ahad Kemalangan yang dilaporkan jam 4 38 petang ...
Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi

Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 155 hits
Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi NEW DELHI 17 Nov Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah Ba...
Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R R Seremban Utara Pagoh Selatan

Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R R Seremban Utara Pagoh Selatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 129 hits
Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R R Seremban Utara Pagoh Selatan Restoran makanan segera Ramly Halal Kiosk Malaysia mengumumkan penutupan dua cawangannya yang telah beroperasi selama 10 tahun pada hujung bulan ini 30 November 2025 Ramly ...
Dua Pegawai Bomba Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Paya Selepas Kemalangan

Dua Pegawai Bomba Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Paya Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 146 hits
Audrey DermawanFoto JBPMTASEK GELUGOR Dua pegawai bomba menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di kawasan paya di Jalan Pokok Machang dalam operasi yang tidak dirancang Kedua dua pegawai berkenaan Penolong Penguasa Bomba Luqman Mahm...
Punya Habis Idea Pembangkang Guna Pemimpin Yang Perangi Umat Islam Selatan Thai Untuk Serang Pmx

Punya Habis Idea Pembangkang Guna Pemimpin Yang Perangi Umat Islam Selatan Thai Untuk Serang Pmx

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 164 hits
Pembangkang guna pemimpin yang perangi umat Islam Selatan Thai untuk serang PMXHarapandailyNovember 6 2025Ahli politik Thailand Rangsi Kittiyarnsup yang digunakan pembangkang untuk menyerang kerajaan adalah bekas pegawai kanan tentera yang ...
Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori Rosak Di Selangau

Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori Rosak Di Selangau

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 175 hits
Suami Isteri Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori Rosak Di Selangau SIBU 10 Nov Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer...
Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 224 hits
AgensiNAMIKO Takaba FOTO QQ comTokyo Seorang suami yang bersedih di Jepun membayar sewa untuk sebuah rumah berhantu yang kosong tempat isterinya dibunuh selama 26 tahun dengan harapan dapat membongkar petunjuk mengenai pembunuhnya lapor Sou...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Klien Lama Datang Semula Menyiapkan Templat Baru Untuk Blog Hiburan

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Pemulihan Dalam Kolam Menyegarkan Kembali Selepas Perlawanan

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut