Dua Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan Teliti Insiden Klia Ptp Tren Butterworth Loke


Dua Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan Teliti Insiden KLIA, PTP & Tren Butterworth – Loke
KUALA LUMPUR (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor dan insiden tren komuter terlajak di Stesen Butterworth, Pulau Pinang.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penubuhan dua pasukan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca-Kabinet MOT hari ini bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan turut meneliti insiden limpahan air hujan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
“Letupan kontena di atas sebuah kapal ketika kerja pemunggahan dijalankan pada 7 Nov 2025 mengakibatkan tiga kematian dan tiga lagi cedera. Pasukan petugas akan meneliti keseluruhan aspek operasi, pematuhan keselamatan serta mekanisme pengendalian kargo berbahaya.
“Sementara itu, pada 8 Nov, satu set tren komuter kosong telah terlajak hingga hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth. Pasukan petugas akan menilai punca insiden serta keperluan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata APAD turut diarahkan membuka kertas siasatan terhadap pemandu tren dan mengambil tindakan susulan selepas siasatan selesai. Berhubung insiden limpahan air hujan di KLIA Terminal 1, Loke berkata kejadian berkenaan dikenal pasti berlaku ketika kerja-kerja kalis air (waterproofing) sedang dijalankan oleh kontraktor Teras Budi Resources Sdn Bhd di bawah kontrak bernilai RM5.27 juta dengan tempoh kontrak dari 15 April 2025 hingga 14 April 2026.
Susulan kejadian itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengeluarkan arahan henti kerja bagi membolehkan siasatan dalaman dan tindakan pembetulan dilakukan serta-merta.
“Saya turut mengarahkan MAHB untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor atas kecuaian yang menyebabkan insiden tersebut.
“MOT menegaskan bahawa keselamatan pengguna dan integriti operasi adalah keutamaan tertinggi. Operator di bawah sektor pengangkutan negara diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan dan melaksanakan kerja penyelenggaraan serta pemantauan secara berterusan.
“MOT akan memaklumkan perkembangan lanjut hasil siasatan kedua-dua pasukan petugas tersebut dari semasa ke semasa,” katanya. 
Sumber: BERNAMA
The post Dua Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan Teliti Insiden KLIA, PTP & Tren Butterworth – Loke appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/dua-pasukan-petugas-khas-ditubuhkan-teliti-insiden-klia-ptp-tren-butterworth-loke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Butterworth Ktm Station To Undergo Rm30mil Upgrade Says Loke

Butterworth Ktm Station To Undergo Rm30mil Upgrade Says Loke

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 166 hits
The transport minister says the facility upgrade is part of plans to create an integrated public transport hub involving the Butterworth ferry terminal and Penang Sentral DAP secretary general Loke Siew Fook had launched the party s state c...
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 165 hits
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri KOTA KINABALU 17 Nov Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tu...
Ktmb Sahkan Insiden Komuter Terlajak Di Platform 4 Stesen Butterworth

Ktmb Sahkan Insiden Komuter Terlajak Di Platform 4 Stesen Butterworth

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 161 hits
KTMB Sahkan Insiden Komuter Terlajak Di Platform 4 Stesen Butterworth BUTTERWORTH 7 Nov Keretapi Tanah Melayu Berhad mengesahkan insiden melibatkan sebuah set tren Komuter enam gerabak terlajak ke hujung landasan di Platform 4 Stesen Butter...
15 Nama Makanan Unik Dan Lucu Khas Indonesia Yang Bikin Ngakak Sekaligus Lapar

15 Nama Makanan Unik Dan Lucu Khas Indonesia Yang Bikin Ngakak Sekaligus Lapar

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 159 hits
Nama boleh bikin ngakak tapi rasa tetap juara Artikel ini ngajak kamu keliling Indonesia buat nemuin makanan tradisional yang namanya bisa bikin senyum senyum sendiri Dari kue suami sampai nasi janda bolong deretan makanan ini bukan cuma lu...
Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

Lindung Kendiri Perkeso Khas Untuk Peniaga Pekerja Sendiri Rider Freelancer

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 148 hits
Kalau dulu PERKESO cuma terkenal dengan perlindungan untuk pekerja bergaji tetap tapi sekarang ni golongan pekerja sendiri gig worker seperti rider peniaga kecil kecilan atau freelancer pun tak ketinggalan Melalui jenama baharu PERKESO iait...
Bantuan Khas Banjir Bank Muamalat Moratorium Gantian Kad

Bantuan Khas Banjir Bank Muamalat Moratorium Gantian Kad

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 226 hits
Kepada mangsa banjir yang merupakan pelanggan Bank Muamalat anda boleh mendapatkan Bantuan Khas Banjir yang boleh dipohon menerusi borang yang dimuat turun menerusi pautan Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan khas ini Mengenai ...
Lawatan Pm Anwar Delegasi Ke Afrika Guna Pesawat Sewaan Khas

Lawatan Pm Anwar Delegasi Ke Afrika Guna Pesawat Sewaan Khas

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 138 hits
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah mengadakan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 17 November 2025 Foto PMOPUTRAJAYA 17 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Ethiop...
Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 171 hits
PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah pada Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di...
Mcmc Menang Saman Mahkamah Benarkan Penghakiman Ingkar Terhadap Edisi Siasat Amp Edisi Khas

Mcmc Menang Saman Mahkamah Benarkan Penghakiman Ingkar Terhadap Edisi Siasat Amp Edisi Khas

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 143 hits
Beliau memaklumkan bahawa MCMC telah memfailkan JID ini pada 25 September lalu bagi beberapa tuntutan yang dimasukkan pada writ bertarikh dan pernyataan tuntutan bertarikh 21 Mei Menurutnya lagi Peguam bagi kedua dua defendan juga tidak had...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Attention

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Rumah Menanti Cahaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb

Akmal Saleh Batalkan Hasrat Tunai Haji Serah Rm120 000 Untuk Rawatan Hati Adik Medina