Dua Maut Tiga Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Kota Tinggi


Dua Maut, Tiga Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Kota Tinggi
KOTA TINGGI, 11 Okt (Bernama) –– Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 56 Lebuhraya Senai-Desaru di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hazmi Zulkafli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.25 pagi sebelum lapan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati berlaku kemalangan melibatkan tiga kenderaan dan dua daripadanya terbakar.
“Terdapat lima individu terbabit, namun semuanya berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba. PKO kemudian bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua kenderaan yang terbakar ialah sebuah Toyota Fortuner yang dinaiki seorang lelaki dewasa yang cedera parah serta sebuah Volkswagen yang dinaiki empat individu termasuk dua daripadanya maut dan dua lagi parah.
“Kesemua mangsa maut dan cedera parah akibat kemalangan, bukan kebakaran. Difahamkan Toyota Fortuner itu bertembung dengan Volkswagen sebelum kedua-duanya terbakar.
“Sebuah Honda CR-V yang berada berhampiran cuba mengelak pelanggaran dan empat individu di dalamnya dilaporkan selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Dua mangsa maut dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Dua Maut, Tiga Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Kota Tinggi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/11/dua-maut-tiga-parah-dalam-kemalangan-tiga-kenderaan-di-kota-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Kereta Maut Treler Terbabas Rempuh Enam Kenderaan

Pemandu Kereta Maut Treler Terbabas Rempuh Enam Kenderaan

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 318 hits
Pemandu Kereta Maut Treler Terbabas Rempuh Enam Kenderaan BATU PAHAT 30 Sept Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah treler dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di hadapan Masjid Sabak Uni Jalan Kluang Batu Pahat di Ayer Hit...
Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman Maut Kemalangan Di Lpt 1

Pasangan Suami Isteri Pengusaha Keropok Aziz Satar Kemaman Maut Kemalangan Di Lpt 1

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 259 hits
nbsp MARAN Sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai makan terkenal Warung Aziz Satar di Kemaman maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di Kilometer 162 9 Lebuhraya Pantai Timur 1 malam tadi Mangsa Aziz A
Lagenda Siti Jalang Kisah Misteri Wanita 100 Suami Dari Kota Tinggi

Lagenda Siti Jalang Kisah Misteri Wanita 100 Suami Dari Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 314 hits
Pelakon dan pengarah terkenal tanah air Sabri Yunus pernah mencipta sejarah apabila memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi drama sulung arahannya Sanggul Beracun Drama tersebut yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Namron bukan sekadar...
Suami Isteri Maut Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran

Suami Isteri Maut Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 259 hits
Suami Isteri Maut Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran KUANTAN 11 Okt Pasangan suami suami yang merupakan pengusaha kedai makan Aziz Satar di Terengganu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di KM162 9 Lebuhraya Pantai Ti...
Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Salur Maklumat Kemalangan Maut Di Sungai Lokan

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Salur Maklumat Kemalangan Maut Di Sungai Lokan

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 380 hits
Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Salur Maklumat Kemalangan Maut Di Sungai Lokan KEPALA BATAS 5 Okt Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan maut membabitkan dua individu di Jalan Permatang Baru Sungai Lo...
Kejar Ambulans Bawa Nenek Langgar Lampu Merah Sehingga Sebabkan Kemalangan 5 Kenderaan

Kejar Ambulans Bawa Nenek Langgar Lampu Merah Sehingga Sebabkan Kemalangan 5 Kenderaan

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 468 hits
Kejar ambulans bawa nenek langgar lampu merah sehingga sebabkan kemalangan 5 kenderaan Kemalangan yang membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Kulim Hi Tech petang semalam Foto PDRM KULIM Akibat me...
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 215 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Seorang Bapa Dua Anak Lelaki Serta Tiga Rakan Dicekup Ketika Sedang Punggah 509 Kilogram Daun Ketum Di Kuantan

Seorang Bapa Dua Anak Lelaki Serta Tiga Rakan Dicekup Ketika Sedang Punggah 509 Kilogram Daun Ketum Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Seorang bapa dan dua anak lelaki serta tiga kenalan mereka dicekup ketika sedang memunggah 509 kilogram daun ketum dalam serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Gambang FELDA Lepar Hilir 1 di sini semalam Ketua Polis Daerah Kuantan A...
Dua Lelaki Dijumpai Maut Dalam Rumah Seorang Ditetak

Dua Lelaki Dijumpai Maut Dalam Rumah Seorang Ditetak

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 207 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAALOR GAJAH Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat ditetak manakala seorang lagi dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Cempaka 2 Durian Tunggal di sini malam tadi Menurut sumber mayat kedua dua ma...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik