Dua Maut Babitkan Nahas Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut Kuala Tembeling
Dua Maut Babitkan Nahas Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut-Kuala Tembeling
JERANTUT: Dua individu maut dalam nahas yang melibatkan tiga kenderaan di KM16, Jalan Jerantut-Kuala Tembeling berdekatan Bukit Atap pada jam 7.55 malam, semalam.
Mangsa yang maut, seorang lelaki, pesara Jabatan Pemetaan berusia 68 tahun dari Indera Mahkota Kuantan yang memandu Honda City meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jerantut.
Seorang lagi yang maut, penumpang lelaki berusia 23 tahun, yang duduk di bahagian hadapan kereta Honda Jazz, dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kuala Tembeling meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, siasatan awal kejadian mendapati pemandu kereta Honda City dari arah Jerantut cuba memotong kereta Proton Waja yang berada di hadapannya.
“Ketika sedang memotong, Honda Jazz yang datang dari arah hadapan menghala ke Jerantut bertembung dengan kereta Honda City. Kedua-dua kenderaan ini remuk di bahagian hadapan.
“Akibat kemalangan ini, pemandu Honda City meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jerantut dan penumpang Honda Jazz telah maut di tempat kejadian, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan.
Katanya, pemandu dan penumpang kereta Proton Waja, masing-masing, lelaki berusia 25 tahun dan kakak iparnya, 34 tahun dari PAKR Kuala Tembeling tidak mengalami kecederaan.
Manakala pemandu lelaki kereta Honda Jazz, berusia 26 tahun dari PAKR Kuala Tembeling, cedera di bahagian dada dan dirawat di Hospital Jerantut.
Katanya, di kawasan kemalangan itu jalan lurus dan berbukit, satu lorong dua hala serta garisan putih berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi lorong dan cuaca baik. Permukaan jalan kering ketika kejadian namun gelap tanpa lampu jalan.
“Diminta pengguna lain yang menggunakan jalan berkenaan sentiasa berhati-hati kerana jalan yang bengkok dan berbukit itu kerap mengundang kemalangan. Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987, ” katanya-AA
Dua Maut Babitkan Nahas Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut-Kuala Tembeling
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
Nelayan tangkap ikan pari gergasi
Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
The post Dua Maut Babitkan Nahas Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut-Kuala Tembeling appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/15/dua-maut-babitkan-nahas-tiga-kenderaan-di-jalan-jerantut-kuala-tembeling/