Dua Lelaki Gelang Pink Isi Borang Bsh Ditahan Di Kangar



KUALA PERLIS - Polis menahan dua lelaki yang memakai gelang merah jambu dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB), yang datang ke Kangar semata-mata untuk mengisi borang Bantuan Sara Hidup (BSH).

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, lelaki berusia 47 dan 60 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 11 pagi tadi ketika berurusan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kangar setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

“Kedua-kedua mereka yang merupakan petani dari Kampung Kuala Sanglang Perlis membolosi dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di Simpang Empat dan Kuala Perlis menggunakan jalan tikus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 dan 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPDB di dua kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dari 10 hingga 31 Ogos, susulan penambahan kes baharu di negeri itu.

Sementara itu beberapa penduduk Kampung Kuala Sanglang di Perlis melahirkan kebimbangan mereka terhadap jalan tikus yang digunakan sebagai alternatif oleh penduduk untuk keluar dari kampung itu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Saad, 58, berkata jalan tikus itu terletak di antara Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Perlis, yang bersambung dengan jalan utama ke Jeti Nelayan, Kuala Sanglang di bahagian Kedah.

“Lorong tikus itu tidaklah besar, hanya muat untuk dilalui sebuah motosikal sahaja, tetapi ia menjadi laluan utama segelintir masyarakat setempat untuk bolos daripada PKPDB dan ia dikhuatiri akan membahayakan orang luar.

“Mereka akan menaiki motosikal melewati lorong itu untuk keluar membeli barang, malah ada remaja yang menggunakannya untuk bersiar-siar kerana bosan berada di rumah sepanjang arahan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bapa kepada empat orang anak yang bekerja sebagai nelayan itu bimbang jika tempoh PKPDB dilanjutkan dan situasi akan bertambah parah jika terdapat segelintir penduduk yang masih degil dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Turut sama menyuarakan kebimbangan, seorang buruh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Mat, 62, yang menyatakan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk setempat itu akan menyukarkan lagi orang ramai khususnya nelayan ke Jeti kuala Sanglang, Kedah.

"Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Laluan itu hanya menghubungkan penduduk di dalam Kuala Sanglang Perlis, khususnya nelayan untuk ke jeti berdekatan bagi meneruskan aktiviti laut mereka,” kata bapa kepada lima orang anak itu.

Sementara itu, Wari Kiew berkata, bagi mengatasi masalah itu pihaknya akan meletakkan anggota bagi melakukan rondaan dan memberi nasihat kepada penduduk setempat agar tidak menggunakan jalan tersebut.

“Mungkin ramai tidak menyedari bahawa ia adalah satu kesalahan yang besar dan Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih ingkar, dengan peraturan dan SOP PKPDB,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai khususnya penduduk di kawasan kampung tersebut untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini dan pihaknya akan melakukan lebih banyak hebahan, bagi memastikan penduduk setempat faham SOP tersebut.

#Sumber : Bernama   

MR :   Degil dan menyusahkan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/dua-lelaki-gelang-pink-isi-borang-bsh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanggup Tanggal Cuba Sembunyi Gelang Pink Pasangan Suami Isteri Ditahan Semasa Sekatan Jalan Raya

Sanggup Tanggal Cuba Sembunyi Gelang Pink Pasangan Suami Isteri Ditahan Semasa Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 369 hits
Ohmedia baru jer bercerita mengenai makcik gelang pink didakwa di Mahkamah Majistret pagi tadi gara gara ingkar arahan kuarantin Covid 19 di rumah Mana taknya makcik tu boleh makan dan minum pula dekat sebuah kafe di Bandaraya Meru Raya Ipo...
Pelanggan Kedai Mamak Disangka Pakai Gelang Pink Kuarantin Rupanya Gelang Masuk Taman Tema

Pelanggan Kedai Mamak Disangka Pakai Gelang Pink Kuarantin Rupanya Gelang Masuk Taman Tema

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 674 hits
Ipoh Seorang wanita yang gambarnya tular di laman sosial kerana memakai gelang berwarna merah jambu di sebuah kedai mamak di sini bukan individu di bawah pengawasan COVID 19 Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata siasatan p...
Team Ohmedia Di Ipoh Terkejut Ada Wanita Gelang Pink Rupanya Ia Gelang Masuk Lost World Of Tambun

Team Ohmedia Di Ipoh Terkejut Ada Wanita Gelang Pink Rupanya Ia Gelang Masuk Lost World Of Tambun

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 461 hits
Selamat pagi warga Ipoh Untuk pengetahuan korang sekarang team Ohmedia berada di Ipoh sebab nak cuba Nasi Ganja yang selalu disebut sebut orang Ipoh Tapi semalam viral satu gambar yang menunjukkan seorang wanita memakai gelang merah jambu d...
Itu Tag Masuk Taman Tema Bukan Gelang Pink Covid 19

Itu Tag Masuk Taman Tema Bukan Gelang Pink Covid 19

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 468 hits
IPOH Gelang merah jambu dipakai seorang individu dikesan di sebuah kedai makan di sini bukan untuk pesakit di bawah pengawasan COVID 19 sebaliknya gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asm...
Hiburan Yang Pakai Gelang Pink Seronok Jalan Jalan Fatin Afeefa Kesal Dengan Sikap Golongan Tidak Bertanggungjawab

Hiburan Yang Pakai Gelang Pink Seronok Jalan Jalan Fatin Afeefa Kesal Dengan Sikap Golongan Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 385 hits
Menzahirkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang ingkar akan arahan kerajaan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara aktres Fatin Afeefa mendedahkan tidak keterlaluan andai beliau melabel golongan tersebut...
Pasangan Kekasih Tular Pakai Gelang Pink Bukan Pus Covid 19 Pdrm

Pasangan Kekasih Tular Pakai Gelang Pink Bukan Pus Covid 19 Pdrm

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 311 hits
GEORGE TOWN 4 Ogos Sepasang kekasih yang gambar mereka tular di media sosial kerana memakai gelang pink dan berada di kawasan letak kenderaan Bukit Bendera di sini pada Ahad lepas bukan pesakit di bawah pengawasan COVID 19 Ketika mengesahka...
Mungkin Beginilah Nasib Negara Kita Jika Tiada Spesis Gelang Pink Yang Pentingkan Diri Sendiri

Mungkin Beginilah Nasib Negara Kita Jika Tiada Spesis Gelang Pink Yang Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 476 hits
Rakyat New Zealand mampu menarik nafas lega setelah negara mereka diisytihar 100 hari tanpa jangkitan baharu virus Covid 19 Berbeza dengan nasib kita di Malaysia kerana rakyat kita telah disabotaj spesis gelang pink yang mementingkan diri s...
Ipoh Makcik Gelang Pink Dihukum Penjara Sehari Denda Rm8 000

Ipoh Makcik Gelang Pink Dihukum Penjara Sehari Denda Rm8 000

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 399 hits
Wanita warga emas yang sebelum ini tular sebagai makcik gelang pink hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8 000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dikenaka...
Dua Wanita Warga Thailand Ditahan Bersama Dadah Pistol Tiruan

Dua Wanita Warga Thailand Ditahan Bersama Dadah Pistol Tiruan

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR 6 Ogos Polis menahan dua wanita warga Thailand dan merampas tiga pucuk pistol tiruan bersama dadah jenis methamphetamine seberat satu gram dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama dekat sini petang semalam Dalam ...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

A Flat White A Busy Road And A Book

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis

Interview