Dua Lelaki Bergaduh Di Plaza Tol Bukit Kiara Dipenjara Sehari Denda Rm1 000


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) – Gara-gara bergaduh di Plaza Tol Bukit Kiara dan tular di media sosial baru-baru ini, dua lelaki dipenjara sehari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pengurus teknologi maklumat, Ng Whye Hoong, 38, dan peniaga, Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 30, selepas mereka mengaku bersalah bergaduh di tempat awam.
Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda tersebut.
Mereka melakukan kesalahan itu di Plaza Tol Bukit Kiara, di sini, pada 4.30 petang, 17 Sept lepas mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Noorasyikin menasihati kedua-dua tertuduh supaya bersabar dan berasa malu dengan kejadian itu.
“Saya pelik kenapa manusia sekarang makin cepat hilang sabar, Mohamad Fazrien awak sebagai orang Islam sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang bukan Islam.
“Ng Whye Hoong dengan umur seusia kamu, sepatutnya kamu lebih matang dan fikir sekiranya video ‘viral’ itu masih ada di internet, anak-anak tengok dan tanya macam inikah ayah dulu. Apa kamu rasa?,” katanya yang turut menegur isteri Mohamad Fazrien yang berada di galeri awam.
“Sebagai seorang isteri sepatutnya kamu baik pulih keadaan bukannya merekod. Isteri yang baik tidak akan biar suaminya bergaduh,” tegurnya.
Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh memohon hukuman setimpal berbentuk pemenjaraan dan denda dengan alasan kes sebegini semakin berleluasa kini.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Izzat Amir Saharudin memohon supaya mahkamah memberi denda minimum berikutan ia adalah kesalahan pertama mereka.
“Kedua-dua anak guam saya menyesal dengan perbuatan yang dilakukan mereka. Atas faktor pengakuan salah, saya memohon supaya mahkamah mengenakan denda minimum,” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/20/dua-lelaki-bergaduh-di-plaza-tol-bukit-kiara-dipenjara-sehari-denda-rm1000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Insiden Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Bukit Kiara

Polis Siasat Insiden Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Bukit Kiara

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 902 hits
Sebuah video tular dalam laman sosial yang memaparkan dua orang lelaki bertengkar dan bertumbuk di kawasan Plaza Tol Bukit Kiara Sri Hartamas dekat sini semalam Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira kira pukul 4 30 petang ketika melibat...
Alhamdulillah Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela Bekas Penasihat Dr Rozmey Dipenjara 15 Tahun Denda Rm90 000

Alhamdulillah Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela Bekas Penasihat Dr Rozmey Dipenjara 15 Tahun Denda Rm90 000

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 994 hits
Alhamdulillah Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela Bekas Penasihat Dr Rozmey dipenjara 15 tahun denda RM90 000 Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM90 000 ke atas bekas penasihat peribadi dan kewang...
Padah Gaduh Di Plaza Tol

Padah Gaduh Di Plaza Tol

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 553 hits
SEPATUTNYA kamu sabar dan menjadi contoh baik kepada orang bukan Islam Isteri kamu pula patut baik pulih keadaan dan bukan biarkan suami bergaduh kata Majistret Noorasyikin Sahat terhadap Mohamad Fazrien Mohd Ziear Kamu pula Ng sudah
Kerana Sparring Di Plaza Tol Kini Mereka Berkawan Rapat

Kerana Sparring Di Plaza Tol Kini Mereka Berkawan Rapat

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 360 hits
Sumber gambar dari Metro OnlineSebelum ini tular dimedia sosial tentang sebuah video yang memaparkan aksi sparing dua orang pengguna jalan raya yang bergaduh sesama di sebuah plaza tol Mohamad Fazrien Mohd Ziear menjelaskan kekesalannya ber...
Terketar Ketar Tangan Tengok Duit Lesap Dalam Akaun Bank Rm1 000

Terketar Ketar Tangan Tengok Duit Lesap Dalam Akaun Bank Rm1 000

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 503 hits
The ReporterTergerak hati seorang wanita memeriksa baki akaun banknya membawa kepada penemuan yang mengejutkan di mana wang simpanannya diambil oleh tangan ghaib Dalam hari yang sama iaitu 23 September berlaku banyak transaksi sehingga meny...
Dah Bergaduh Di Tol 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

Dah Bergaduh Di Tol 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 335 hits
Lima hari lalu tular di laman media sosial mengenai insiden kejar mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara Suasana menjadi semakin tegang apabila berlakunya pergelutan di...
Jasa Marga Catat Kerugian Akibat Pengrusakan Dua Gerbang Tol Dalam Kota

Jasa Marga Catat Kerugian Akibat Pengrusakan Dua Gerbang Tol Dalam Kota

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 290 hits
PT Jasa Marga Regional JabotabekJabar selaku pengelola Jalan Tol Dalam Kota mencatat dampak akibat kegiatan massa kemarin terdapat 2 Gerbang Tol yang dirusak massa yaitu GT Senayan dan GT Pejompongan Namun pihaknya memastikan telah memperba...
Sampai Bocor Kpala Bertmbuk Tular Video Perg4duhan Dua Lelaki Di Tol Penchala

Sampai Bocor Kpala Bertmbuk Tular Video Perg4duhan Dua Lelaki Di Tol Penchala

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 394 hits
Viral di media sosial ketika ini klip video yang menunjukkan dua lelaki bergadvh di Tol Penchala menghala ke Kuala Lumpur Sampai Bocor Kpala Bertmbuk Tular Video Perg4duhan Dua Lelaki Di Tol Penchala
Penusuk Santri Di Cirebon Hingga Tewas Dibekuk Sehari Beraksi Dua Kali

Penusuk Santri Di Cirebon Hingga Tewas Dibekuk Sehari Beraksi Dua Kali

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 293 hits
Satreskrim Polresta Cirebon Jawa Barat telah membekuk dua pelaku penusuk santri hingga meninggal dunia Saat diinterogasi dalam sehari tersangka melakukan dua kasus kejahatan dengan modus serupa
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd