Kerana Apakah Seorang Isteri Itu Dinikahi



"Kerana apakah seorang isteri itu dinikahi?
Jika soalan itu diajukan, tentunya mendapat jawapan yang pelbagai. Mungkin ada yang kagum akan kecantikan isterinya. Ada yang mengahwini isteri kerana kehebatannya dalam kerjaya, perniagaan atau penampilan.

Kerana Apakah Seorang Isteri Itu Dinikahi ?
Malah tidak mustahil juga yang mengahwini isterinya kerana masakan asam pedasnya yang membuka selera atau senyumannya yang menggoda.

Kerana Apakah Seorang Isteri Itu Dinikahi ?
Credit Pic : SUMBER

Cinta Luar Biasa

Mencintai isteri kerana Allah. Cinta sebegini luar biasa, istimewa malah mengagumkan. Jarang-jarang sekali si suami memberi jawapan dia mencintai isterinya berasaskan kecintaannya kepada Allah. Mencinta pencipta isterinya terlebih dahulu. Sesiapa yang mencintai isterinya kerana Allah boleh mencapai kebahagian yang luar biasa.

Ketulusan niat kerana Allah menggerakkan tindakan. Allah menyarankan, "katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam." (Al-An'am 6: 162). Maka segala perlakuan berkaitan ibadah dan urusan kehidupan atau kematian adalah semata-mata kerana Allah. Tidak terkecuali dalam urusan rumah tangga.

Inilah sifat orang beriman yang menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidak menjadikan cinta kepada isteri serta kasih terhadap anak-anak sebagai saingan dan tandingan kepada Allah yang melekakan daripada mengingati-Nya. Sebaliknya menjadi ladang amal yang menyuburkan keimanan serta sokongan kepada ketakwaan.

Allah menyeru : "Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada diri yang satu dan yang menjadikan daripada itu pasangannya dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai sab bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya serta peliharalah hubungan kamu kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu." (Al-Nisa' 4: 1).


Kerana Allah

Pasangan suami isteri saling mencintai bukan atas nama diri sendiri melainkan atas nama Allah dan untuk Allah. Pernikahan bukan semata-mata pertemuan dua insan berlainan jenis, bahkan pertemuan dua roh yang sedang meniti perjalanan menuju Allah- kekasih sejati yang dicintai mereka.

Mencintai kerana Allah ialah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah. Berusaha mencintai isteri sesuai dengan syariat dan tidak melanggar ketentuan dan larangan Allah.

Malah, sikap baik seorang suami kepada isterinya ialah bukti kesempurnaan iman dan dalam usaha memburu keredaan Ilahi.

Rasulullah bersabda :
"Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya." (Riwayat al-Tirmizi)  Maka, jelaslah bahawa, Allah tujuan kita. Perkahwinan sebagai usaha untuk mematuhi seruan Allah dan berupaya sentiasa mengingati serta mengagungkan kebesaran-Nya.

Cinta sejati bukan disandarkan kepada harta yang banyak, wajah yang rupawan, air tangan yang lazat, senyuman yang menawan atau berketurunan bangsawan. Sebaliknya cinta yang tulus kerana Allah.

Tiada ada ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan rumah tangga kecuali hidup dalam lingkungan dan naungan akidah, syariat dan akhlak Islamiah.

Jika mencintai isteri kerana kecantikan, cinta akan hilang apabila kecantikan tiada lagi menghiasi dirinya. Jika mencintai kerana harta maka cinta akan melayang jika harta tidak lagi dipunyai. Kalau cinta kerana air tangan yang lazat, maka cinta akan pergi apabila masakan tidak lagi dirasai. Maka segala cinta yang disandarkan kepada diri si isteri akan sirna.

Kecintaan kepada isteri hendaklah kerana Allah yang berupaya meneguhkan iman dan memantapkan ketakwaan. Apabila cinta membuatkan diri lalai daripada mengingati Allah dan semakin jauh daripada-Nya maka itulah cinta yang palsu. Tidak akan pernah membawa kebahagian, apa lagi ke syurga. Seperti suatu mimpi !!


Memburu Reda Allah

Kehidupan berumah tangga yang berasaskan kecintaan kepada Allah tidak memburu nama dan kemasyhuran melainkan reda Allah pada setiap masa dan keadaan. Prinsip yang dipegang amat mudah, "biarlah manusia tidak suka, tetapi Allah suka."

Segalanya dilakukan kerana Allah. Hasilnya, kemanisan iman dirasai, kemanisan rumah tangga juga dikecapi. Suami isteri saling mencintai kerana Allah. Meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai yang utama. Membenci kekufuran seperti benci dicampakkan ke dalam neraka.

Rasulullah bersabda :
"Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, dia merasai kemanisan iman ; Siapa yang cintakan kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah dan dia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan daripada kekufuran, sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka". (Riwayat Muslim). 
SUMBER - SOLUSI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dakcaii.blogspot.com/2019/03/kerana-apakah-seorang-isteri-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Berorganisasi Itu Bid Ah Dan Tak Ada Pada Zaman Nabi

Apakah Berorganisasi Itu Bid Ah Dan Tak Ada Pada Zaman Nabi

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 331 hits
Apakah ada organisasi islam pada zaman Rasul Karena ada teman saya yang bilang katanya ada tapi dalam bentuk kekhilafahan apakah itu betul ya Mohon penjelasannya sukron Jawaban Wa alaikum salam warohmatulloh wabarokatuhJika kembali pada mak...
Masyaallah Seorang Lelaki Bentang Tikar Di Tengah Laluan Pasar Malam Waktu Itu Hampir Masuk Waktu Maghrib

Masyaallah Seorang Lelaki Bentang Tikar Di Tengah Laluan Pasar Malam Waktu Itu Hampir Masuk Waktu Maghrib

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 789 hits
Kelantan Negeri Serambi Mekah dikatakan negeri di perintah oleh Kerajaan Islam Tidak ada negeri yang lebih Islamik di Tanah Melayu kecuali negeri itu Jika bermudik di negeri yang dinamakan Negeri Serambi Mekah itu maka terbentanglah bukti k...
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 536 hits
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga pastinya tiada lain yang diharapakan ialah kebahagiaan Suami yang diharapkan mampu menjadi pemimpin untuk ...
Situasi Bayi Lemas Jadi Cemas Graf Ctg Macam Kawah Caesar Atau Normal Bukan Kayu Ukur Kehebatan Seorang Isteri

Situasi Bayi Lemas Jadi Cemas Graf Ctg Macam Kawah Caesar Atau Normal Bukan Kayu Ukur Kehebatan Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 313 hits
Situasi cemas semasa kelahiran sering kali menjadi sebuah episod mendebarkan bagi seorang suami Tatkala si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat caesar atau normal bukan kayu ukur kehebatannya lagi Pengalaman Dr melalui proses kelahiran ...
Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

Ww Suami Isteri Itu Memang Sepadan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 782 hits
Suami isteri itu memang sepadan Kadangkala kita je tak perasan Tapi orang lain perasan dengan kita Yang kita suami isteri memang sepadan
Bertahun Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri Namun Selepas Peluk Islam

Bertahun Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri Namun Selepas Peluk Islam

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 1068 hits
Lelaki Ini Hidup Merempat Selama Bertahun Tahun Dalam Kebun Getah Bersama Anak Isteri Namun Bila Dia Mengambil Keputusan Memeluk Islam Maka Rezki Allah Amat Mengejutkannya SubhanAllah Sesungguhnya Allah Maha Kaya Bertahun Hidup Merempat Di ...
Dihantui Bekas Suami Isteri Ini Amat Tertekan

Dihantui Bekas Suami Isteri Ini Amat Tertekan

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 506 hits
Hidup Dalam Ketakutan Dibur u Beka s Suami Psik o Wanita Trauma Ini Rayu Bantuan Tanpa pertimbangan akal yang waras seseorang itu boleh bertindak di luar batasan Seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri apabila perlu berdepan dengan bekas ...
Benda Simple Suami Patut Buat Pada Isteri Dari Hidup Berdua Hingga Dapat Anak

Benda Simple Suami Patut Buat Pada Isteri Dari Hidup Berdua Hingga Dapat Anak

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 436 hits
Tanyalah mana mana isteri perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami ringan tulang dan boleh membimbing Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan...
Keji Bapa Rotan Anak Berusia 9 Tahun Gara Gara Isteri Minta Cerai

Keji Bapa Rotan Anak Berusia 9 Tahun Gara Gara Isteri Minta Cerai

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 556 hits
Keji Bapa Rotan Anak Berusia 9 Tahun Gara Gara Isteri Minta CeraiJOHOR BAHRU 26 Feb Hanya kerana tidak dapat mengawal kemarahan selepas isteri meminta cerai seorang bapa bertindak merotan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun di rum...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba