Dua Dua Perempuan Tak Teringin Boy Ke Jantina Anak Bukan Macam Pilih Sayur Kat Pasar


Dua-dua perempuan, tak teringin boy ke? Sering kali diajukan soalan begini kan? terutama sekali ibu atau bapa yang mempunyai anak yang semuanya jantina yang sama. Mulut orang tak boleh ditutup tapi respons kita terhadap situasi itu mengubah stres kepada reda.
Mungkin pertanyaan banyak dihadapi mama papa. Adakalanya terpaksa korbankan perasaan sendiri yang mungkin terhiris dengan perilaku orang sekeliling yang mempersoalkan takdir yang sudah tertulis. Soalan yang tak mampu dijawab. Senyum dan bersabarlah kerana setiap apa yang hadir adalah ujian atau nikmat.
“DUA ORANG JE?” soal seorang wanita tatkala saya duduk menunggu suami.
“Haah, alhamdulillah,”
“Dua-dua perempuan?” soalnya lagi.
“Haah, ya…”
“Tak teringin ke nak bagi suami baby boy pulak?” soalnya lagi.

Kali ini, saya mampu senyum sahaja.
“InsyaAllah, yang dua ni pun dah alhamdulillah,” balas saya perlahan.
“Kena usaha lagi tu, bagi dapat yang lelaki, rugi muda lagi…” katanya lagi. Riak wajahnya serius sahaja sejak dari tadi.
Tiada garis senyuman.
Tidak tahu apa difikirannya. Saya pula bukan pandai nak menelah apa di dalam hatinya.
Akhirnya, saya cuma mengangguk sambil membalas ‘insyaAllah’ sebelum meminta undur diri.
ABAIKAN DEMI MENJAGA EMOSI SENDIRI
Untuk menjaga kebajikan emosi sendiri, soalan sebegini saya biarkan sahaja bagai angin lalu, kerana antara sebabnya, suami saya sendiri belum ada mempersoalkan apa-apa berkaitan hal ini.
Untuk itu, saya amat bersyukur juga, tidak diuji suami yang tidak dapat menerima kenyataan tidak dikurniakan anak lelaki. Kalau tidak, berat juga untuk menanggung akibat suami yang jahil dan tidak redha dengan ketentuan Ilahi.
Jauh di sudut hati, saya yakin, Allah menentukan ini yang terbaik untuk saya dan suami buat masa ini. Sebab anak ni pemberian Allah. Pinjaman dari Allah.
Bukan kata bila saya beranak, ia tanda kehebatan saya, bukan.. Bukan di tangan saya untuk menentukannya.
Kalau bolehlah hendak dipilih-pilih umpama memilih sayur di pasar. Namun, sebagai hamba, kita kena yakin, pilihan Allah itulah yang terbaik.
Ada orang, bila dia ada anak, dia rasa dia ada kelebihan berbanding orang yang tidak beranak.

Ada orang, bila dia ada anak lelaki dan perempuan, dia rasa hidupnya lebih sempurna berbanding yang tidak memiliki anak kedua-dua jantina.
Namun, jika diterbalikkan pula,
Orang yang belum beranak, melihat ada anak seorang pun sudah rahmat yang besar.
Orang yang anak baru seorang dan ‘struggle’ untuk menambah zuriat, melihat ada anak dua orang sama jantina pun adalah rezeki yang tidak ternilai.
Kita jenis yang bagaimana?
Nikmat yang kita ada sekarang ini membuatkan kita MEMBESARKAN ALLAH atau merasa nikmat pinjaman itu adalah tiket untuk MEMBESARKAN DIRI SENDIRI?
NAK ANAK RAMAI JANGAN SAMPAI MENZALIMI MENTAL PASANGAN
Nafsu kita memang kata nak anak ramai, kalau boleh nak berpasang-pasang, selang seli, tetapi rupanya mungkin tidak sedar menzalimi mental dan emosi pasangan.
Kadang bukan isteri sahaja trauma dan mentally exhausted tetapi sesetengahnya kaum suami pun sama kerana terlalu berat memikir kelangsungan nafkah anak isteri.
Hal merancang anak, serta pendidikan mereka memerlukan kerjasama kedua belah pihak. Tak cukup jika salah seorang sahaja yang berhempas pulas, sedangkan seorang lagi ‘lepas tangan’.

KALAU BAHAGIA & SUAMI OK, PEDULIKAN PANDANGAN ORANG
Oleh itu selagi mana kita suami isteri okay dan bahagia dengan keadaan yang Allah izinkan kita berada sekarang ni, sudah memadai, insyaAllah. Pedulikan apa pandangan orang lain. Kita lebih faham rumahtangga kita.
Ingatkan diri kita sentiasa, dunia ini bukan untuk MEMBESARKAN NAFSU, tetapi untuk MEMBESARKAN TAQWA. Bukan tentang taqwa kita sahaja, bahkan iman dan taqwa isteri serta anak-anak juga.
BERDAMAILAH DENGAN KETENTUAN TAKDIR
Lihat anak-anak kecil memang comel, tetapi kerenah dan mehnah membesarkan mereka bukan hal mudah. Bertimbangrasa lah dengan pasangan.
Berdamailah dengan ketentuan takdir. Setiap anak bukan sahaja rezeki, bahkan adalah amanah yang berat. Apa sahaja ketentuan Allah, samada beranak ramai mahupun tidak, itulah takdirNya yang terbaik untuk kita.
Firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Cukuplah ayat ini mengingatkan betapa besarnya tugas kita sebagai ibubapa, sebagai suami isteri.
Ingatan dan muhasabah buat saya yang PALING banyak lalai dan buat silap.
Wallahu ‘alam.
Sumber: Intan Dzulkefli
Artikel berkaitan:[ Jaga Anak Perempuan Ni Susah, Tapi Kalau Kena Caranya Syurga Untuk Mak Ayah] [Yang Ada Anak Perempuan Je Tahu Betapa Risaunya Mak Ayah Bila Dia Makin Besar]
The post “Dua-Dua Perempuan, Tak Teringin Boy Ke?” Jantina Anak Bukan Macam Pilih Sayur Kat Pasar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dua-dua-perempuan-tak-teringin-boy-ke-jantina-anak-bukan-macam-pilih-sayur-kat-pasar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Perempuan Ni Tak Macam Anak Laki Mudah Kalah Dengan Pujian Kena Ajar Anak Bina Pendinding Diri

Anak Perempuan Ni Tak Macam Anak Laki Mudah Kalah Dengan Pujian Kena Ajar Anak Bina Pendinding Diri

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 307 hits
Benarlah kata orang sukarnya menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki Sukarnya kerana terpaksa melebihkan bekalan jiwa buat anak kecil kita yang masih tak mengerti apa apa Biarpun satu satu perkara nampak remeh tapi buat anak perempuan...
Isteri Pelik Suami Rajin Sangat Cebok Anak Anak Perempuan Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

Isteri Pelik Suami Rajin Sangat Cebok Anak Anak Perempuan Tak Sangka Sisi Gelap Terbongkar

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 454 hits
Bapa merupakan individu yang sepatutnya menjaga keselamatan anak anak dan keluarganya secara menyeluruh Perkara ini kerana seorang bapa telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kehidupan dan keselamatan anak anaknya berada dalam keadaan ...
Pemkab Aceh Utara Larang Perempuan Dan Anak Anak Keluar Malam

Pemkab Aceh Utara Larang Perempuan Dan Anak Anak Keluar Malam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 290 hits
Bupati Aceh Utara H Muhammad Thaib meyakini seruan ini mendapat dukungan penuh dari masyarakat Ini didasari atas kekhawatiran bersama kondisi anak anak Aceh Utara pada masa mendatang Terutama menyangkut dengan peredaran narkoba yang semakin...
Sanggup Eh Hidup Macam Ni Nak Bela Anak Orang Ibu Pukul Lelaki Aniaya Anaknya Sehingga Terjerat Hutang Ah Long

Sanggup Eh Hidup Macam Ni Nak Bela Anak Orang Ibu Pukul Lelaki Aniaya Anaknya Sehingga Terjerat Hutang Ah Long

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 466 hits
The Reporter Sanggup eh hidup macam ni nak bela anak orang Kau memang sanggup demikian kata si ibu kepada lelaki yang didakwa mempergunakan anak perempuannya sehingga terjerat dengan hutang Ah Long Difahamkan Persatuan Pengguna Islam Malays...
Macam Ni Rasanya Bila Anak Kena Tahan Wad Hati Sentiasa Berdebar Diana Amir Tak Putus Doa

Macam Ni Rasanya Bila Anak Kena Tahan Wad Hati Sentiasa Berdebar Diana Amir Tak Putus Doa

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 785 hits
Ibu mana yang tidak gundah gulana bila anak di masukkan ke hospital kerana sakit Hati sentiasa rasa berdebar debar dan tidak putus berdoa pada Allah Mahu anak cepat cepat sembuh itulah perasaan seorang ibu Begitu jugalah yang dilalui Diana ...
Wanita Maut Anak Perempuan Parah Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Lori

Wanita Maut Anak Perempuan Parah Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Lori

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 695 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rasa Macam Teringin Makan Nasi Daging Ini Resipinya Yang Senang

Rasa Macam Teringin Makan Nasi Daging Ini Resipinya Yang Senang

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 415 hits
Bila tiba tiba tekak nak makan Nasi Daging alahai tentu korang tak sabar nak masakkan Kalau dah terlajak mengidam buat jelah sendiri Nasi Daging ikut menu yang dikongsikan ini Sebab nasi ini sangat senang nak masak dan tak banyak bahan yang...
Penat Macam Mana Pun Balik Kerja Saya Tetap Masak Untuk Lima Anak Saya Mereka Tak Selamanya Dengan Kita

Penat Macam Mana Pun Balik Kerja Saya Tetap Masak Untuk Lima Anak Saya Mereka Tak Selamanya Dengan Kita

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 429 hits
Penat memang penat Itulah rungutan ibu ibu bekerja Balik sahaja ke rumah cepat cepat bergegas mengeluarkan barang basah untuk siapkan makan malam untuk anak anak Inilah rutin ibu bekerja Demi menjimatkan kos serta lebih mudah uruskan anak a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025