Dua Atau Tiga Tpm Di Manakah Rasionalnya



NAMPAKNYA masing-masing tidak mahu kalah. Sama ada BN mahupun Pakatan Harapan (PH), kedua-duanya sudah mengumumkan keputusan untuk memasukkan satu perkara khusus dalam manifesto iaitu peruntukkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) kepada wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Oleh hal yang demikian, kita ingin bertanya kembali, di manakah rasionalnya untuk melantik sehingga tiga orang TPM dalam kabinet Malaysia lebih-lebih lagi apabila jawatan ini tidak pun disebut di mana-mana bahagian Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Malaysia. Ia mengandungi 183 Perkara dan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Selepas merdeka, hasil daripada Suruhanjaya Reid yang melakukan kajian pada tahun 1956, maka Perlembagaan Persekutuan pun berkuat kuasa. Di bawah Perkara 43 (1) dengan judul Jemaah Menteri menyebut, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam menjalankan fungsinya (fungsi selaku ketua negara).
Manakala di bawah Perkara 43 (2) menyatakan; Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut iaitu;
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik perdana menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu dan;
(b) Atas nasihat perdana menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara).
Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan pula menyebut, Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
Manakala Perkara 43 (6) menyebut, anggota Jemaah Menteri ini hendaklah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 43A (1) secara spesifik menjelaskan pelantikan timbalan-timbalan menteri dari kalangan mana-mana anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Perkara 43C pula menyebut tentang keperluan melantik setiausaha politik yang tidak semestinya dari kalangan anggota Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.
Seterusnya Perlembagaan Persekutuan menyebut secara terperinci berhubung pelantikan ahli Dewan Rakyat dan Negara termasuk jumlah yang diperuntukkan setiap negeri.Sehingga selesai semua perkara ini disebut, tidak ada satu bahagian pun dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perihal pelantikan seorang TPM apatah lagi dua atau tiga orang mengikut negeri.
Pendek kata, tidak ada peruntukkan untuk mewujudkan jawatan ini menurut Perlembagaan Persekutuan. Jadi bagaimanakah jawatan berkenaan boleh tercipta?
ASAL-USUL TPM
Penulis pernah menulis secara panjang lebar berhubung perkara tersebut ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja kerajaan PH tumbang 22 bulan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ia bagi menjelaskan kenapa beliau tidak melantik seorang TPM untuk membantu tugas perdana menteri.
Untuk rekod, Muhyiddin hanya melantik TPM iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kurang lebih sebulan sebelum meletak jawatan. Sebelum itu, beliau hanya sekadar melantik menteri kanan.
Ismail Sabri yang mengganti tempat Muhyiddin pada Ogos 2021, turut mengosongkan kerusi TPM dan mengekalkan menteri-menteri kanan ini sehinggalah beliau membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu.
Jadi Muhyiddin ialah Perdana Menteri terakhir yang melantik TPM.
Mengikut sejarah, jawatan ini diwujudkan asalnya khusus buat Tun Abdul Razak Hussien membantu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjalankan tugas-tugas mentadbir negara.
Tun Razak selepas itu meneruskan tradisi tersebut dengan melantik Tun Dr Ismail Abdul Rahman (yang meninggal dunia ketika dalam jawatan), selepas itu Tun Hussein Onn sebagai TPM dan Hussein, kemudian melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai TPM.Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah iaitu hampir 22 tahun meneruskan konvensyen ini dengan melantik Tun Musa Hitam sehinggalah Musa meletak jawatan dan kemudian diikuti Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan yang terakhir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila beliau kembali memerintah buat kali kedua.
Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri meneruskan tradisi ini dengan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai TPM dan Najib pula ketika menyandang kerusi Perdana Menteri, melantik Muhyiddin sebagai TPM, sebelum memecat Muhyiddin dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jika kita sedar dan perhatikan betul-betul, sebab itulah seorang TPM perlu pada masa yang sama menyandang satu jawatan menteri. Ini bagi membolehkan beliau secara sah menjadi anggota Jemaah Menteri dan menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.Jika beliau hanya menyandang jawatan TPM, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat mingguan kabinet kerana jawatannya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan sekali gus tidak mengangkat sumpah sebagai menteri dan sumpah simpan rahsia.
Ini sangat besar akibatnya kerana jika seorang TPM menyertai mesyuarat kabinet tanpa menjadi anggotanya terlebih dahulu, sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan akan menjadi tidak sah di sudut undang-undang.
Oleh hal yang demikian, seorang TPM wajib terlebih dahulu menjadi anggota Jemaah Menteri seperti yang disebut di bawah Perkara 43 (2)(b).
Sedangkan seorang perdana menteri tidak semestinya wajib menyandang apa-apa jawatan menteri kerana jawatan disandang itu secara spesifik disebut dan dinyatakan di bawah Perkara 43 (2)(a) yang menjadikannya sebahagian daripada Jemaah Menteri. Perkara ini sebaliknya tidak boleh diguna pakai untuk TPM kerana pelantikannya tidak disebut dalam Perlembagaan Negara.
Maka seorang TPM secara tunggal atau hakiki bukanlah sebahagian daripada anggota Jemaah Menteri, melainkan beliau terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai anggota Jemaah Menteri.
Kini, isu berkaitan jawatan ini sekali lagi mendapat perhatian semula selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diikuti oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang mereka akan mewujudkan semula jawatan ini jika menang dalam PRU15, 19 November nanti.
Mereka bukan sahaja berjanji mewujudkan semula jawatan ini, sebaliknya memberi jaminan melantik tiga orang TPM mewakili Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Hasrat berkenaan dikukuhkan dengan kenyataan mereka bahawa ia akan dimasukkan ke dalam manifesto masing-masing. Ironinya ialah Anwar membuat janji itu selepas memberi jaminan akan mengecilkan saiz Jemaah Menteri dan akan melakukan potongan gaji serta elaun perdana menteri jika berjaya membentuk kerajaan.
Pertanyaan kita ialah bagaimanakah ini semua dilakukan jika beliau berhasrat mewujudkan jawatan TPM?
Bersama-sama jawatan itu akan dituruti dengan penambahan gaji, elaun-elaun lain, keistimewaan tertentu seperti kediaman rasmi, penambahan polis pengiring, pengawal peribadi dan penggunaan jet eksekutif ketika melakukan lawatan dan kerja rasmi sama ada di dalam atau luar negeri.
Ini belum diambil kira pertambahan staf sokongan kerana mereka bukan sahaja menjadi menteri tetapi turut bergelar Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri.
Di negara kita hanya ada empat pemimpin yang bergelar YAB. Pertama ialah Perdana Menteri; kedua, Menteri Besar; ketiga Ketua Menteri dan yang terakhir Timbalan Perdana Menteri.
Bersama gelaran YAB itu, muncullah keistimewaan-keistimewaan lain sepertimana yang disebut di atas.
Jadi di manakah kabinet jimat cermat yang diuar-uarkan melainkan esok atau lusa mereka yang berhasrat menambah jawatan yang tiada dalam perlembagaan ini mahu mengisytiharkan pula, penyandang jawatan TPM tidak diberi keistimewaan yang selama ini dinikmati — demi rakyat, demi negara ~ Sinar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/10/dua-atau-tiga-tpm-di-manakah-rasionalnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beranikah Anwar Umum Akan Lantik Tpm Daripada Etnik Cina Atau India

Beranikah Anwar Umum Akan Lantik Tpm Daripada Etnik Cina Atau India

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 137 hits
malaysiatoday net On Oct 26 2022 Seorang pemimpin Gerakan Tanah Air hari ini mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Timbalan Perdana Menteri daripada etnik Cina atau India sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada Pilihan Ray...
Apa Maksud Tersirat Tawar Dua Tpm Sabah Sarawak Tanya Jer

Apa Maksud Tersirat Tawar Dua Tpm Sabah Sarawak Tanya Jer

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 194 hits
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke 8 Datuk Dr Marzuki Mohamad Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji jika BN menang PRU 15 dua orang Timbalan Perdana Menteri akan dilantik masing masing bagi mewakili ...
Biarkan Tiga Atau Empat Penjuru Pru15 Bukan Saja Untuk Halang Kleptokrat Tapi Juga Untuk Benam Katak Dan Pengkhianat

Biarkan Tiga Atau Empat Penjuru Pru15 Bukan Saja Untuk Halang Kleptokrat Tapi Juga Untuk Benam Katak Dan Pengkhianat

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 159 hits
Di sebalik keinginan Tun Mahathir Mohamad agar parti parti pembangkang saling bekerjasama bagi menumbangkan BN mendapat sambutan agak dingin dan meskipun Anwar Ibrahim juga memutuskan tidak akan menjalin sebarang hubungan baik dengan PN mah...
Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

Zahid Janji Tiga Jawatan Tpm Ismail Sabri Kata Tunggu Menang Dulu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 251 hits
agendaily com24 10 2022Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menjadi Perdana Menteri Barisan Nasional perlu menang terlebih dahulu Pilihan Raya Umum Ke 15 baharu isu berhubung tawaran tiga jawatan Timba...
Dua Tpm Dianggap Tambah Kos Kerajaan Tapi Kenapa Pas Boleh Terima Saiz Kabinet Terbesar Kerajaan Mahiaddin

Dua Tpm Dianggap Tambah Kos Kerajaan Tapi Kenapa Pas Boleh Terima Saiz Kabinet Terbesar Kerajaan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 138 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON AMANAH Sabah membidas dakwaan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan cadangan mewujudkan dua Timbalan Perdana Menteri sebagai menambah kos bagi kerajaan Pengerusinya Lahirul Latigul be...
Longsor Susulan Di Tulungagung Tiga Warga Tewas Dan Dua Luka Parah

Longsor Susulan Di Tulungagung Tiga Warga Tewas Dan Dua Luka Parah

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 209 hits
Longsor susulan yang terjadi di Desa Nyawangan Kabupaten Tulungagung Jawa Timur memakan korban Tiga warga tewas dan dua lainnya luka parah karena tertimbun material longsor
Tv Alhijrah Raih Tiga Anugerah Seri Angkasa 2022

Tv Alhijrah Raih Tiga Anugerah Seri Angkasa 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Tiga program TV AlHijrah iaitu Al Qariah Hijrahkan Laguku serta Ustaz Kartun dan Robojim dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 Al Qariah oleh Penerbit Rosmawani Mat Zin dinobat pemenang bagi kategori Ran
Tawuran Pelajar Di Balaraja Tangerang Tiga Orang Luka Luka

Tawuran Pelajar Di Balaraja Tangerang Tiga Orang Luka Luka

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 126 hits
Tawuran antarpelajar SMK terjadi di wilayah Balaraja Kabupaten Tangerang Selasa malam Sekurangnya tiga orang luka luka akibat sabetan senjata tajam pada peristiwa itu
Pru 15 Umno Gugur Empat Menteri Tiga Timbalan

Pru 15 Umno Gugur Empat Menteri Tiga Timbalan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 132 hits
agendaily com1 11 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional benar benar melakukan pembersihan dalam parti menjelang PRU 15 pada 19 November depan Seperti khabar angin yang bertiup kencang sejak beb...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya