Biarkan Tiga Atau Empat Penjuru Pru15 Bukan Saja Untuk Halang Kleptokrat Tapi Juga Untuk Benam Katak Dan Pengkhianat




 Di sebalik keinginan Tun Mahathir Mohamad agar parti-parti pembangkang saling bekerjasama bagi menumbangkan BN mendapat sambutan agak dingin dan meskipun Anwar Ibrahim juga memutuskan tidak akan menjalin sebarang hubungan, baik dengan PN mahu pun GTA, riuh rendah suara penganalisis dan ahli akademik yang mahukan penyatuan blok pembangkang masih lagi kuat kedengaran.
Mereka secara umumnya memberi ingatan, tanpa saling bekerjasama, blok pembangkang tidak akan berjaya merebut kuasa dan hanya memberi laluan lebig selesa untuk BN berkuasa semula.
Disarankan juga, meskipun berbeza pendapat dan pendirian, semua parti pembangkang mesti berlapang dada dan bersatu hati untuk satu perkara – menghalang BN jadi kerajaan semula.
Benarkah hanya dengan penyatuan pembangkang saja BN boleh dikalahkan?
Apakah menumbangkan BN satu-satunya matlamat tunggal yang maha penting yang wajib dicapai bagi blok pembangkang, khususnya PH dan ia mengatasi semua keutamaan yang lain?
Memang benar bahawa menjadi kerajaan, menumbangkan BN dan mengelakkan kleptokrat berkuasa semula adalah misi penting bagi blok pembangkang, tetapi PH jangan lupa kepada persoalan lain iaitu keserabutan politik yang berlaku hari ini adalah disebabkan pengkhianatan dan kerana ada ahli politik yang tidak malu menjadi katak.
Semua itu berlaku disebabkan tamak kuasa, dengki, iri hati, dendam tak berkesudahan dan pelbagai elemen busuk hati lain yang bersarang dalam jiwa mereka yang berkenaan.
Mereka lupa atas tiket apa mereka dipilih rakyat serta kerana apa rakyat mengundi mereka.
Disebabkan semua perangai jahat itu, maka kerajaan PH yang dipilih melalui undi rakyat lebih rela dijatuhkan sehingga membuka laluan kepada parti yang kalah menjadi kerajaan.
Jika PH setuju menjalin kerjasama, baik dengan PN atau GTA untuk menghadapi PRU15 akan datang, bermakna mereka rela memberi nyawa kepada pengkhianat dan katak untuk bernyawa semula.
Sementara UMNO dilihat begitu tegas menolak untuk bekerjasama dengan Pas semata-mata kerana tidak mahu menyelamatkan katak-katak yang telah melompat ke kolam Bersatu, di manakah maruah PH jika masih berlapang dada sedia menerima pengkhianat untuk tidur sebantal dengan mereka dalam satu kelambu?
Lebih buruk sebenarnya, setelah diselamatkan nanti dan katalah BN berjaya ditumbangkan, apa jadi kepada blok pembangkang akhirnya?
Tidakkah sesama mereka akan bergaduh semula dan sudah tentu, tajuk paling mudah untuk dijadikan bahan pergaduhan ialah Anwar Ibrahim mesti memberi laluan kepada orang lain yang tak pernah puas berkuasa untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi?
Dalam erti kata lain, perbalahan dan dunia politik negara akan menjadi kotor semula hanya kerana blok pembangkang setuju untuk saling bekerjasama bagi menjatuhkan BN itu.
Atas sebab itu, PH mesti tegas menolak sebarang bentuk kerjasama atau cadangan berbaik semula dengan golongan pengkhianat dan mereka yang pernah menjadi katak sebelum ini.
PRU15 bukan saja medan untuk mencari kuasa bagi memulihkan negara dan melaksanakan reformasi serta menghalang kleptokrat kembali memegang kuasa, malah juga bagi membersihkan politik negara ini daripada kekotoran yang disebabkan oleh pengkhianatan dan kegemaran melompat parti.
Golongan tersebut lebih mungkin dapat disingkirkan dan dibenam kariernya jika PH tidak menerima mereka sebagai rakan kerjasama.
Hanya dengan menyingkirkan mereka daripada memenangi sebarang kerusi saja dapat menjadikan politiik negara selepas ini berada di tangan mereka yang suci hati, murni perjuangannya serta setia kepada parti.
Jangan bimbang jika PRU15 nanti berlangsung sama ada tiga atau empat penjuru, bahkan jangan lupa PH menang pada PRU14 dulu pun melalui pertandingan tiga penjuru.
Mereka yang takut pertandingan banyak penjuru kononnya akan memberi kelebihan kepada BN sebenarnya lebih takut mereka tiada peluang langsung dalam mengutip kemenangan.
Percayalah, pengundi lebih memilih parti yang ada prinsip perjuangan dan tidak bersekongkol dengan pengkhianatan serta pelompat-pelompat katak berbanding parti yang sanggup mengorbankan nilai-nilai murni sendiri demi mengejar kilauan fatamorgana kuasa semata-mata.
Malah dengan kekal berpegang kepada prinsip itu, bukan saja penyokong sedia ada tidak lari, pengundi atas pagar juga mungkin lebih teruja dan terghairah untuk turut sama memastikan lakaran kejayaan yang diburu PH menjadi kenyataan.
Ketegasan PH menolak untuk bekerjasama dengan pengkhianat dan katak juga selari dengan usaha mereka mengadakan MOU dengan kerajaan sehingga terlaksananya akta lompat parti.
Sudah tentu akta lompat parti akan menjadi sampah di mata rakyat jika PH akhirnya memutuskan bekerjasama dengan kelompok yang dibadannya ada cop sebagai pengkhianat dan pernah menjadi katak.
Untuk menggapai kemenangan, yang jauh lebih penting ialah terus bekerja kuat dan pastikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus, selain kekal dengan prinsip, bukan dengan memeluk semula pengkhianat dan katak yang pernah menikam belakang sebelum ini. – ShahbudinHusin 15/10/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/biarkan-tiga-atau-empat-penjuru-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bella Cedera Bukan Sebab Kemalangan Atau Perbuatan Sendiri Tapi Disyaki Didera Saksi

Bella Cedera Bukan Sebab Kemalangan Atau Perbuatan Sendiri Tapi Disyaki Didera Saksi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat kanan hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kecederaan dialami remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella bukan disebabkan kemalangan atau perbuatannya sendiri sebaliknya d...
Umno Atau Bersatu Dilema Pas Pada Pru15

Umno Atau Bersatu Dilema Pas Pada Pru15

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 179 hits
Kerjasama dengan salah satu antara dua parti itu memberikan kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri kepada PAS Ketika momentum saingan semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 dalam tempoh dua bulan akan datang perhatian kini...
Pelawaan Pas Elak Tiga Penjuru Penuh Muslihat Zahid Hamidi

Pelawaan Pas Elak Tiga Penjuru Penuh Muslihat Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 161 hits
Pelawaan PAS untuk mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan BN dan PH hanya satu taktik yang penuh muslihat kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata sebarang kerjasama dengan PAS perlu bersifat menyel...
Misi Rakyat Halang Kleptokrat Berkuasa Semula

Misi Rakyat Halang Kleptokrat Berkuasa Semula

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 113 hits
Misi rakyat halang kleptokrat berkuasa semulaPosted By on October 13 2022Drama Pilihan Raya Umum ke15 meredah banjir yang diarahkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah berjaya menyebabkan parlimen terbubar pada 10 Oktober 2022 Kesuk...
Katak Politik Tak Selamat Pada Pru15

Katak Politik Tak Selamat Pada Pru15

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 224 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Wakil rakyat yang melompat parti selepas dipilih pada 2018 dijangka berada dalam kedudukan yang tidak selamat apabila rakyat keluar mengundi bulan depan kata seorang penganalisis Azmi Hassan daripada Akademi Nu...
Hanya Pengguna Kacamata Yang Memahami 4 Permasalahan Ini Apa Saja Ya

Hanya Pengguna Kacamata Yang Memahami 4 Permasalahan Ini Apa Saja Ya

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 158 hits
Pengguna kacamata sering kali dihadapkan dengan berbagai kendala dan persoalan di kala sedang mengenakan alat bantu lihat yang satu ini Lantas apa saja kendala tersebut sehingga hanya pengguna kacamata saja yang bisa merasakannya
Boleh Saja Kalau Mahu

Boleh Saja Kalau Mahu

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 149 hits
Tahniah Puan Chee Bukti rakyat boleh hidup aman dan damai walaupun berlainan kaum dan agama Isu kaum dan agama hanya mainan ahli politik yang ketandusan idea dan terdesak mencari sokongan Guane boh
Dun Belum Bubar Tendang Saja Yang Khianat Tu

Dun Belum Bubar Tendang Saja Yang Khianat Tu

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 149 hits
PH bincang nasib DUN P Pinang hari ini October 12 2022 Loke Siew Fook berkata terdapat sokongan kuat dalam DAP negeri untuk DUN Pulau Pinang dibubarkan seiring pembubaran Parlimen KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan membuat keputusan pada Rab...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo