Dua Anggota Polis Antara Ditahan Berparti Liar


Oleh Nor Azizah Mokhtar Seramai 14 individu yang sedang berparti liar dalam sebuah unit kondominium di Changkat Raja Chulan ditahan dalam Ops Parti Liar, malam kelmarin. - Foto PDRM KUALA LUMPUR: Dua anggota polis antara 14 individu yang ditahan ketika sedang asyik berhibur dalam 'parti ketamin' di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan di sini, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif, berkata serbuan dijalankan atas maklumat dan risikan yang dijalankan berhubung penganjuran parti liar itu.
"Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, seramai 14 pengunjung iaitu tujuh lelaki dan tujuh wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan di dalam premis terbabit, polis turut menemukan dadah jenis ketamin anggaran seberat 5.56 gram bernilai RM834," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sahar berkata, siasatan awal pihak polis mendapati penganjur parti liar itu adalah seorang lelaki berumur 39 tahun dan bertujuan bertemu kenalan dan seterusnya berhibur.
"Pengunjung yang hadir dijemput melalui panggilan telefon oleh penganjur dan tiada sebarang bayaran dikenakan dan premis disewa oleh penganjur dengan kadar RM220 sehari.
"Hasil semakan identiti, didapati dua daripada 14 orang pengunjung yang hadir adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan daripada Cawangan Tugas Am," katanya.
Sahar berkata, parti liar itu juga adalah 'parti ketamin' kerana semua mereka yang menjalani saringan awal urin didapati positif dadah itu.
"Semua pengunjung dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang mengikut Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (No.2) 2021 dengan jumlah keseluruhan kompaun berjumlah RM 56,000.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau juga berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.
Pemilik kediaman dan juga penganjur boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau hukuman penjara selama tempohmaksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sahar berkata, pihaknya memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti sedemikian.
"Kita turut mohon kerjasama pihak pengurusan hotel, servis apartment dan kondominium untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti parti liar," katanya.
Orang ramai juga yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/dua-anggota-polis-antara-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sertai Parti Liar Dua Anggota Polis Antara 14 Individu Ditahan Di Sebuah Kondominium Mewah

Sertai Parti Liar Dua Anggota Polis Antara 14 Individu Ditahan Di Sebuah Kondominium Mewah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan di sini Sabtu lepas Ketua Jabatan Siasatan Je...
Bakar Pondok Polis Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Bakar Pondok Polis Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 187 hits
Amir TalmiziPolis Kelantan berjaya menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kebakaran sebuah pondok polis di Jelawat Bachok pada kejadian awal pagi semalam Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata tangkapan dua individu itu dibuat sekita...
Wa 3 Line Punya Orang Lu Langsi Sama Wa 2 Lelaki Buat Onar Di Ppv Ditahan Polis

Wa 3 Line Punya Orang Lu Langsi Sama Wa 2 Lelaki Buat Onar Di Ppv Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 240 hits
2 lelaki yang membuat onar di kawasan tempat letak kereta di PPV UIA Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah semalam telah ditahan polis Dua lelaki yang membuat onar di kawasan tempat letak kereta di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Islam Antarab...
Katil Antara Punca Kedah Johor Belum Beralih Ke Fasa Dua Ppn

Katil Antara Punca Kedah Johor Belum Beralih Ke Fasa Dua Ppn

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 269 hits
AGENDA DAILY Kadar penggunaan katil hospital termasuk di unit rawatan rapi yang masih tinggi menjadi antara penyebab Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada ...
Balai Polis Penampang Dinaiki Air Sampai Paras Betis Netizen Doakan Anggota Pdrm Dilindungi Allah

Balai Polis Penampang Dinaiki Air Sampai Paras Betis Netizen Doakan Anggota Pdrm Dilindungi Allah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 272 hits
Dapat dilihat beberapa anggota polis sedang duduk di ruangan balai dalam keadaan air yang ketika itu separas betis Sumber Polis Daerah Penampang KOTA KINABALU Hujan lebat sejak tengah hari tadi mengakibatkan beberapa kawasan di negeri Sabah...
Cubaan Curi Tabung Ekzos Kereta Dua Lelaki Ditahan

Cubaan Curi Tabung Ekzos Kereta Dua Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 187 hits
Cubaan curi tabung ekzos kereta dua lelaki ditahan Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di Ampang Jaya dekat ibu negara pada Selasa Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Faro...
Dua Ekor Toyol Ditahan Curi Kotak Amal Masjid

Dua Ekor Toyol Ditahan Curi Kotak Amal Masjid

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 341 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA AKSI dua remaja ketika cuba mencuri kotak infak di masjid dekat Solo AGENSIJAKARTA Dua pelajar masing masing berusia 15 dan 14 tahun bertindak mencuri kotak amal di Majsid Ikhlas Arrahman Nagari Batang Barus dekat ...
Pengedar Dadah Ditahan Selepas Terdail No Telefon Polis Ketika Tidur

Pengedar Dadah Ditahan Selepas Terdail No Telefon Polis Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 421 hits
The ReporterSeorang pengedar dadah di Jerman ditahan polis selepas dia tertidur dan secara tidak sengaja menghubungi talian kecemasan melalui telefon bimbitnya Operator di pusat panggilan kecemasan yang menerima panggilannya kira kira jam 1...
Gara Gara Cubaan Seludup Kfc Dalam Tempoh Pkp Lelaki Ini Ditahan Polis

Gara Gara Cubaan Seludup Kfc Dalam Tempoh Pkp Lelaki Ini Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 277 hits
Gara Gara Cubaan Seludup KFC Dalam Tempoh PKP Lelaki Ini Ditahan Polis GARA GARA cuba menyeludup ayam goreng KFC dua lelaki di New Zealand ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan Covid 19 Sewaktu ditahan pihak berkuasa menemuka...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025