Ds Najib Bangkit Melawan Singkirkan Atau Berundur
DS Najib ditekan makin hebat. Bukan hanya dalam Negara, malahan kebelakangan ini media luar negara juga turut berikan tekanan. Kita tertanya-tanya apakah niat dan tujuannya. Dari manakah sumber dan maklumat mereka perolehi? Sudah pasti dari dalam. Siapakah yang melakukannya? Kenapa dan untuk apa
Terlalu banyak soalan-soalan yang bersarang didalam fikiran kita rakyat marhaen ini. Maklumat kita sangat sedikit untuk perkara sebesar ini. Sudah pastilah konspirasi sebegini terancang dengan baik oleh mereka yang berkepentingan dan kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku
Perang antara Tun M dengan DS Najib semakin hebat. Entah apa yang Tun M tak puas hati tidak ramai yang tahu. Saya masih ingat dalam majlis DS Najib 'Nothing To Hide', Tun M turut hadir, namun tiba-tiba seakan 'merampas kuasa' dan jadikan majlis tersebut sebagai majlisnya. Ini sememangnya tidak wajar malahan kelihatan sebagai 'kurang ajar'
Ada yang kata, masalah negara ketika ini akan selesai jika DS Najib letak jawatan. Kita tertanya-tanya apakah semudah itu masalah yang negara hadapi ketika ini diselesaikan? Hanya letak jawatan dan masalah selesai? Apakah tidak perlu memikirkan siapakah pengganti atau apakah pengganti PM itu nanti layak menyelesaikan segala masalah yang sedang dihadapi
Apakah itu bermakna sesiapa sahaja boleh mengganti PM... dan masalah akan selesai? Siapa saja... asalkan bukan Najib? Nampaknya tidak banyak beza dengan pendapat pembangkang ketika PRU lalu.. pilih siapa saja atau parti mana saja asalkan bukan UMNO BN
Kenapa bukan UMNO BN? Kenapa bukan DS Najib? Kerana mereka sudah menconteng arang ke mukanya, ketokohannya sudah dicacatkan, sudah dimusnahkan atas sebab-sebab politik dan kepentingan politik individu atau sesuatu pihak. Dalam keadaan PRU yang semakin hampir ini malangnya masih ada pihak yang rela memusnahkan apa yang kita miliki hanya semata-mata kerana kepentingan peribadi
Siapakah Si kitol itu ketika ini? Dulu 'orang itu' pernah melabelkan seseorang sebagai Si Kitol, rupa-rupanya dialah Si Kitol sebenar .. sama ada dalam sedar atau tanpa sedar. Mungkin Melayu mudah lupa, mungkin usia tua juga buatkan orang itu juga jadi pelupa
Ramai rakyat marhaen yang tidak ingin terlibat dalam kemelut politik sekarang ini. Kami hanya mahu hidup dalam aman dan damai. Kami tak kisah pun siapa yang akan jadi pemimpin kelak kerana kami percaya bahawa nasib kami tetap akan sama saja. Mungkin nasib mereka akan berbeza kerana jika menang mereka akan berkuasa dan akan mendapat laba, tetapi itu tidak bagi kami kerana kami bukan dari kalangan kroni
DS Najib perlu berani bangkit untuk tegakkan kebenaran, atau jika ragu-ragu dan takut-takut, silalah berundur dengan bermaruah. DS Najib tidak lagi perlu 'bermain cantik' dalam politik. Secantik mana permainan sekalipun, jika tewas walaupun dengan 1 undi maka tetap juga menerima musibah kekalahannya
DS Najib perlu kuatkan pasukannya, pastikan siapa yang setia untuk benar-benar tunjukkan kesetiaannya dan yang diragui singkirkan segera kerena mereka itu akan jadi duri dalam daging. Kami rakyat marhaen dibawah ini, biarpun tidak lantang bersuara namun akan tetap bersatu dan memberikan sokongan kepada pemimpin. yang kami telah plih.
Memang susah untuk kita melepaskan jawatan. Tun M pun terpaksa tunggu hingga 22 tahun untuk umumkan mengundur diri, bahkan terpaksa meneguk air dan menahan sebak tangisnya untuk buat pengumuman. Itu pun bukan kerana ada desakan. Berbeza dengan situasi yang DS Najib hadapi sekarang ini, yang didesak dari kiri dan kanan hatta dari kalangan pengamal media penyokong kerajaan sendiri.
Tun M juga berhak terhadap segala pandangan dan apa yang ingin dilakukannya. Beliau juga layak untuk bertanding dalam PRU akan datang jika masih berbeza pandangan dengan kepimpinan yang ada, jika bukan atas tiket UMNO BN yang didakwa sudah membusuk hingga ke usus, boleh saja atas tiket DAP... ini negara demokrasi.
'Dah lama dahh'... Rupanya dia merajuk dan suka dipujuk...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2015/07/ds-najib-bangkit-melawan-singkirkan.html