Drama Telefilem 2021
Telefilem 'Cinta 24 Jam' lakonan Ikmal Amry, Scha Elinnea dan Luqman Hafidz pada 22 November 2021, jam 9 malam di TV2.
Sinopsis - Azmeer, seorang pemandu E-Hailing cuba menyelamatkan Shira yang dijadikan keldai dadah oleh rakan lamanya selepas gadis tersebut dalam keadaan ketakutan telah menaiki kenderaan E-Hailingnya.
Telefilem 'Kari Ayam Mama' lakonan Amyra Rosli dan Izzue Islam pada Selasa, 23 November 2021 jam 9:30 malam di TV9.
Sinopsis - Nia menanam pokok kari di depan rumahnya dan sering digunakan untuk masakannya. Tambahan pula datuknya, Tok Man yang tinggal bersama, memang suka makan kari ayam. Tetapi Nia bengang apabila jiran barunya, Raj telah mengambil pokok karinya.
Drama bersiri 13 episod, 'Mr Millennium' lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne akan mengisit slot Diandra isnin - khamis , 8.30 malam di TV9. Akan disiarkan Disember 2021.
Drama rantaian 'I Promise Janji Anaqi' diadaptasi daripada novel karya Acik Lana, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong. Drama ini bakal menemui penonton di Astro Ria mulai 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam.
Sinopsis - Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z
Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah
Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba
Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama
"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi
Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2021/11/dramatelefilem-2021.html