Drama Rajuk Karina
Nantikan drama adaptasi novel Rajuk Karina karya Sufea Hareez bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Country & Universal menampilkan pelakon seperti Siti Hariesa, Yusuf Bahrin dan Nazim Othman
Rajuk KarinaEpisod: 28Tarikh Tayangan: 2023Rangkaian: Akasia TV3Penulis Skrip: PGR's Team, Rozie Rashid, MoonRahdinPengarah: Harris FadzillahProduksi: Country & Universal Sdn BhdPelakon: Siti Hariesa, Yusuf Bahrin,, Nazim Othman, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Shweta Sekhon, Zarina Zainuddin, Zainol Ismail, Manan Sulaiman, Sera Melissa, Fara Nadiah, Rahim Omar, Ainina Ahmad
Watak Pelakon Siti Hariesa sebagai KarinaYusuf Bahrin sebagai MizanNazim Othman sebagai SaifulAnne Abdullah sebagai AsmahSera Melissa sebagai SyakilaFara Nadiah sebagai ShidahAinina Ahmad sebagai Milah
Sinopsis Rajuk Karina“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan
Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga
“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina
Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya
“Abang sayang Kar.” - Mizan
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah
Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina
“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina
“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina
“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” - Mizan
Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji
“Kau tahu tak suami kau rogol aku! Dia rogol aku!”- Anum
“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” - Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” - Saiful
Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2023/05/rajuk-karina.html