Drama Pengantin 1 Malam Tengok Ulangan Di Iqiyimalaysia


K.fiezz ni jarang melayan drama yang betul-betul kena dengan jiwa. Selalu k.fiezz layan drama gitu-gitu je. Sebab kat rumah k.fiezz tak ada Astro so bila tak ada cerita best, k.fiezz tengok je drama apa yang ditayang. tapi tak betul-betul feeling sangat pun. Tapiiii kalau k.fiezz dah tulis review drama dalam blog ni, maksudnya k.fiezz dah jatuh cinta lah dengan drama tu. hehe. Ni drama terbaru yang k.fiezz layan & menarik minat k.fiezz untuk tengok iaitu drama Pengantin 1 Malam. Mula-mula terpikat nak tengok sebab tertarik dengan nama drama ni "Pengantin 1 malam". K.fiezz tengok dari episod pertama sebab nak fahamkan jalan cerita dia & apa maksud drama 'Pengantin 1 malam' ni?

SINOPSIS DRAMA PENGANTIN 1 MALAMDrama ni adaptasi dari Novel Pengantin 1 Malam karya sophilea_novelis. Kisah antara Zahred Hadri Al Haliq yang menjadi pembenci wanita selepas dikecewakan & Zulaikha Nasreen yang dalam kesempitan. Kedua-dua bertemu bila bekerja di bawah satu bumbung & Zahred menjadi bos Zulaikha. Ada juga terselit watak Tuan Rasul yang suka pada Zulaikha tapi lambat bertindak. Si Zahred lebih pantas mencantas walaupun secara tak sengaja bila Zulaikha sendiri yang buka peluang atas terpaksa sebab kesempitan. Bermula dari 1 malam yang dibuat secara perjanjian, Zahred dari pembenci wanita tapi ego & menafikan hati dah mula suka pada Zulaikha.
Zulaikha terikat dengan perjanjian 1 malam antara dia & Zahred. Zahred mengikat Zulaikha dengan perjanjian 1 malam mereka?Adakah Zahred akan terus mengikat ataupun melepaskan perjanjian mereka berdua?
Drama ni baru episod 12 dari 28 episod. So banyak lagi episod dan konfliknya.
Jalan cerita drama & novel mungkin sama atau pengarah olah sikit. K.fiezz pun tak pasti sebab tak baca novelnya. Ada lah rasa tak sabar ni, nak cari juga novel dia. haha.
PELAKON SESUAI IKUT KARAKTERMula-mula tengok teaser drama ni kat TV3, 'eh..macam tak sesuai je Nazim jadi hero'. Fizo pula jadi sampingan. Tapi bila dah tengok drama Pengantin 1 Malam ni, salah sangkaan k.fiezz..Bersesuaian karakter setiap pelakon dengan watak masing-masing. Nampak karakter Nazim bawa watak Zahred yang tak ada perasaan, berlagak, ego. Kena dengan muka dia..Menyampah tengok. Karakter Fizo bawa watak Rasul yang kelakar, ceria. Amelia yang bawa watak Zulaikha nampak baik, cantik. Afifah Nasir bawa watak Hana yang kelakar. Sama lah dengan mak dia Sharifah Shahora. Norish Karman yang bawa watak mak Zahred,seorang yang berlagak & nampak mementingkan diri. Edika Yusof yang bawa watak ayah Zahred, seorang yang hensem dan gatal. Pantang tengok perempuan lawa, semua dia nak try termasuk girlfriend anak sendiri. haha. Jadi untuk k.fiezz, semua pelakon sesuai dengan watak masing-masing.
REVIEW Drama Pengantin 1 MalamDrama ni walaupun agak cliche sebab watak hero (Nazim) seorang yang kaya & watak heroin (Amelia) seorang yang sederhana tetapi jalan cerita dia menarik. Sebab ada konflik dulu sebelum hero & heroin jatuh cinta nanti.
Ada pula watak-watak sampingan (Fizo Omar, Sharifah Shahora, Afifah Nasir) yang mencuit hati. Terutama watak Hana (Afifah Nasir) & mak dia (Sharifah Shahora) yang lawak. Mula k.fiezz ingatkan Hana ni akan jadi perempuan yang menggedik nak kat si hero (Zahred) tapi hero buat tak layan sebab dah suka pada heroin (Zulaikha). Rupanya watak Hana ni macam kelakar. Dia tak nak pun dengan hero (Zahred) walaupun mak Hana & mak Zahred berpakat nak satukan diaorang kononnya. Sebab Hana dah ada boyfriend. Hana ni dalam mak dia suruh pikat si Zahred, Hana pula cari jalan supaya mak dia terima boyfriend nya (Haikal). Jadi bila scene Hana & Haikal macam lawak-lawak sikit. Dah nampak lain sikit jalan cerita di situ. Bukan yang cliche watak perempuan gedik nak juga kat hero walaupun obviously hero tak nak kat dia pun. Tapi sekarang baru episod awal, tak pasti lah pula nanti si Hana ni akan bertukar perangai pula. Kena lah tengok.
Lagipun jalan cerita drama pengantin 1 malam ni tak stress yang boleh buat k.fiezz naik darah bila tengok. hehe. Balik kerja nak lah tengok drama yang tak stress kan diri sendiri. Dah la penat balik kerja, lepas tu melayan drama stress..Tak ke boleh stress lagi. Jadi jalan cerita drama pengantin 1 malam ni untuk k.fiezz tak keterlaluan sangat tahap nak stresskan diri sendiri. haha..
Drama pengantin 1 malam ni masih lagi ditayangkan di TV3 mulai 18 Ogos 2020, 7.00 mlm (Slot Akasia) & sekarang masih awal-awal episod. Kalau korang nak tengok dari mula, boleh check it out di 
www.iq.com atau download di aplikasi Google Play Store (smartphone) >> iqiyimalaysia
Drama ni tak ada di You Tube untuk tengok secara ulangan. Kalau nak tengok ulangan , boleh tengok di website IqiyiMalaysia atau download applikasi iqiyimalaysia di handphone atau buka website atas ni.
K.fiezz dah download applikasi ni kat handphone..hehe. Time lunch sambil makan, k.fiezz duk ulang tengok cerita ni. haha. Perangai k.fiezz kalau dah suka dengan satu drama, boleh duk tengok ulangan punya banyak-banyak kali.  Jom lah korang terjebak sama dengan drama Pengantin 1 Malam ni. hehe.
SELAMAT MENONTON!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/09/drama-pengantin-1-malam-tengok-ulangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson Dan Nazim Othman

Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson Dan Nazim Othman

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 943 hits
Drama Pengantin Satu Malam adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah tamat episodnya Drama ini mula disiarkan bermula 18 Ogos 2020 yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat jam...
Hiburan Bakal Pengantin Baru Mira Filzah Tidak Akan Menganjurkan Malam Berinai Menjelang Hari Perkahwinan

Hiburan Bakal Pengantin Baru Mira Filzah Tidak Akan Menganjurkan Malam Berinai Menjelang Hari Perkahwinan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 401 hits
Pelakon Mira Filzah mengumumkan tidak akan mengadakan majlis malam berinai sempena majlis perkahwinannya tidak lama lagi Dia memberitahu mengenai perkara itu ketika diajukan soalan di laman komen di Instagram miliknya baru baru ini View thi...
Malam Ini Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Wan Emir Astar

Malam Ini Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Wan Emir Astar

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 712 hits
Nampaknya teka teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datin Mastura Mohd Yazid akhirnya terjawab source
Cegah Penyebaran Covid 19 Pemkot Tangsel Pertimbangkan Berlakukan Jam Malam

Cegah Penyebaran Covid 19 Pemkot Tangsel Pertimbangkan Berlakukan Jam Malam

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 200 hits
Untuk itu dia berharap kepada para ketua RT dan RW terutama di perbatasan langsung dengan daerah Jakarta Bogor dan Depok serta kabupaten kota di Tangerang untuk terus memantau aktivitas di masyarakat
Keiab Malam Ditutup Selama Lamanya Pun Tak Apa Gurau Muhyiddin

Keiab Malam Ditutup Selama Lamanya Pun Tak Apa Gurau Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 229 hits
299 total views 299 views today Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 10 asas penting dikenal pasti sebagai hala tuju Perikatan Nasional untuk tempoh akan datang termasuk meletakkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebagai paksi dasar dan program...
Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

Mira Filzah Terpaksa Percepatkan Pernikahan Malam Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 501 hits
Teka teki mengenai majlis pernikahan Mira Filzah dengan jejaka pilihan hati Wan Emir Astar terjawab apabila pelakon itu mengesahkan mereka bakal diijabkabul di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur malam ini Mira mendedahkan majlis pern...
Meski Sudah Jualan Sampai Malam Penjual Bakso Ini Baru Dapat Dua Pembeli

Meski Sudah Jualan Sampai Malam Penjual Bakso Ini Baru Dapat Dua Pembeli

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 237 hits
Kisah penjual bakso di Solo jadi viral Pasalnya ia baru dapat dua pembeli meski sudah jualan sampai malam Saat pembeli datang wajahnya langsung sumringah Tak semua penjual makanan ramai dikunjungi pembeli Tapi ada juga yang sepi pembeli bah...
Qody Satu Malam Chord

Qody Satu Malam Chord

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 743 hits
Am G FAm G FAm G FHidup aku sudah ditentuAm G FSeolah berpandukan petaAm GBiar duni ya berputar F Empada paksinya Dm E AmNamun kau tak diduga GMaafkan kerana mengganggu Dm ETerpaksa ku luahkan niatku Amdi sini GMaafkan kerana menunggu DmKan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket