Drama Nikah Cerai Rujuk Lakonan Dynas Mokhtar Eizlan Yusof Zarul Umbrella
Tonton drama bersiri Nikah Cerai Rujuk terbitan JS Pictures arahan bersama Azman Yahya dan Uzair Haqimy. Nikah Cerai Rujuk dibintangi Dynas Mokhtar, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah dan Zarul Umbrella.
‘Nikah Cerai Rujuk’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Disember 2022, jam 11.00 malam di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel
JUDUL : Nikah Cerai RujukTonton Full Episod: 1-24Tarikh Tayangan: 26 Disember 2022Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malamRangkaian: Astro Ria / Astro GoPengarah: Haji Azman Haji Yahya (Jinggo) & Uzair HaqimyProduksi: JS Pictures Sdn BhdPelakon: Dynas Mokhtar, Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Nasz Sally, Mimi Ernida, Zizi Hazirah, Zarina Zainuddin, Sahronizam Noor, Alif Hadi, Amanda Amry, Tengku Zara, Salina Saibi, Mimie Ara
Watak Pelakon
Dynas Mokhtar sebagai Dr. Alia MaisarahEizlan Yusof sebagai HisyamShaza Bae sebagai Hanna ZulaikhaHalim Radzi sebagai Adam HafizNoorkhiriah sebagai SumaiyyahZarul Umbrella sebagai AzlanNasz Sally sebagai RozieMimi Ernida sebagai Fatin
Sinopsis Nikah Cerai Rujuk
Mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang mengongkong anaknya sehingga berlaku penceraian. Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang “Marriage Counselor” yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.
Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah “power couple” yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu yang Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam. Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak
Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followers – nya. Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima
Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi sebenarnya tidak
Keluarga Adam tidak menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam untuk berkahwin dengan orang lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang
Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan
Sementara itu, Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul
Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu
Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya. Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2022/12/drama-nikah-cerai-rujuk-full-episod.html