Drama Nikah Cerai Rujuk
Tonton Drama Nikah Cerai Rujuk mula bersiaran pada 26 Disember 2022 di Astro Ria atau strim di Astro GO. Drama Nikah Cerai Rujuk dibarisi pelakon-pelakon hebat Dynas Mokhtar, Dato' Eizlan Yusof, Halim Radzi, Shaza Bae, Alif Hadi, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Nasz Sally, Zizi Zulkifli, Mimie Ara, Amanda Amry, Mimi Ernida, Sahronizam Noor, Zarina Zainuddin, Salina Saibi dan ramai lagi.
Drama bersiri Nikah Cerai Rujuk terbitan JS Pictures Sdn. Bhd. diarahkah oleh Azman Yahya dan Uzair Haqimy.
DRAMA DRAMA NIKAH CERAI RUJUKJumlah episod : 24
Mula siaran : 26 Disember 2022
Waktu siaran : Isnin- Khamis, pukul 11:00 malam
Penulis skrip : Ayuni Zamani
Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Pengarah : Azman Yahya & Uzair Haqimy
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.
PELAKON DRAMA NIKAH CERAI RUJUKHalim Radzi sebagai Adam Hafiz
Shaza Bae sebagai Hanna Zulaikha
Noorkhiriah sebagai Sumaiyyah
Zarul Umbrella sebagai Azlan
Nasz Sally sebagai Rozie
Dynas Mokhtar sebagai Dr AliaDato' Sri Eizlan sebagai Hisyam
Amanda Amry sebagai MarshaSalina Saibi sebagai Nadia
Alif HadiZizi ZulkifliMimie AraMimi ErnidaSahronizam NoorZarina Zainuddin
SINOPSIS DRAMA NIKAH CERAI RUJUKMengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan iaitu Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam, dan pasangan Sumaiyyah dan Azlan. Ketiga-tiga pasangan ini mempunyai kisah yang berbeza
Dr. Alia dan Hisyam
Dr. Alia Maisarah dan suaminya, Hisyam adalah "power couple" yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Tetapi selepas 20 tahun berkahwin, Alia dapat tahu Hisyam sudah 3 tahun berkahwin dengan Fatin, salah seorang pekerja di syarikat milik Hisyam.
Setelah mendapat tahu tentang hal tersebut, Alia pada mulanya cuba untuk berlagak kuat tapi sebenarnya dia tidak mampu. Alia mula menyalahkan dirinya sendiri dan dia juga malu dengan klien dan followersnya.
Dia yang selama memberikan tips rumah tangga kini berhadapan dengan poligami yang dia tak sendiri tak tahu. Alia cuba untuk menerima keadaan tersebut tapi dia tetap tidak boleh menerima
Fatin dapat tahu dia mengandung tapi kecewa apabila Hisyam meminta dia menggugurkan kandungannya itu
Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz
Pada masa yang sama, Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz (The It Couple) adalah pasangan pelakon popular yang berkahwin selepas 5 tahun bercinta. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia di mata masyarakat tapi hakikatnya mereka tidak bahagia.
Keluarga Adam tidak pernah menyukai Hanna kerana mereka sebenarnya mahu Adam berkahwin dengan orang lain pilihan hati mereka. Hanna kecil hati dengan keluarga suaminya apabila ibu mertuanya sering sahaja mencari salahnya dan Adam pula tidak cuba untuk mempertahankan dia
Pelbagai cara dilakukan oleh Fareeda, ibu Adam untuk memisahkan pasangan ini sehingga menyebabkan Hanna bengang.
Adam hampir termakan dengan hasutan ibunya tapi Hanna cadangkan kepada Adam untuk berjumpa dengan marriage counsellor den untuk memperbaiki hubungan mereka. Walaupun bertemu dengan kaunselor, perkahwinan mereka tetap tidak dapat diselamatkan
Sumayyah dan Azlan
Sumaiyyah adalah seorang suri rumah yang menjaga suami dan 3 orang anaknya dengan begitu sempurna sekali. Di mata rakan-rakannya, She is the perfect mom and wife. Namun Sumaiyyah juga tahu yang Azlan seringkali curang di belakangnya tapi dia sudah lali dengan keadaan tersebut sehinggalah perempuan simpanan Azlan sendiri yang muncul.
Sumaiyyah menjadi sedih dan kecewa. Dia hendak bercerai tetapi Azlan pula tak mahu. Maka muncul seorang wanita bernama Rozie yang kononnya cuba membantu. Akhirnya terbongkar bahawa Rozie sebenarnya menyukai Azlan serta menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkannya.
Apabila Sumaiyyah mendapat tahu, dia terus menjadi sedih dan kecewa. Sumaiyyah tak sangka yang kawan baiknya sendiri mahu merampas suaminya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/12/nikah-cerai-rujuk.html