Drama My Amazing Boyfriend Season 1



Assalamualaikum semua :)
Baru – baru ni masa nia scroll Instagram, nia ternampak snippet untuk drama My Amazing Boyfriend Season 2. Dah beberapa babak juga nia tengok kat Instagram dan nampak macam sedap jugaklah jalan ceritanya tapi tak tahulah kan. Sebab biasanya snippet memang dia orang akan potong dan tunjuk bahagian yang menarik je. Kalau tunjuk bahagian yang bosan, macam mana nak tarik penonton.

Ye dak?

Jadi disebabkan nia belum lagi menonton drama My Amazing Boyfriend Season 2, nia akan kongsikan dulu review drama My Amazing Boyfriend Season 1 yang telah nia tonton sebelum ini.

*       *       *       *       *       *       *       *


Tian Jing Zhi merupakan seorang pelakon wanita yang selalu ditimpa nasib malang. Nasib malang Tian Jing Zhi jadi semakin teruk apabila dia terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya pada hari yang sama lamarannya ditolak oleh kekasihnya, Xiao Yan, seorang anggota polis.

Walaupun keretanya remuk dan dia terpelanting keluar daripada kereta namun Tian Jing Zhi tidak mengalami apa – apa kecederaan langsung. Malahan, tubuhnya langsung tiada calar – balar akibat terseret di jalanraya. Rupa – rupanya, pada hari kemalangan tersebut Tian Jing Zhi telah diselamatkan oleh seorang lelaki berkuasa luar biasa yang bernama Xue Ling Qiao.

Xue Ling Qiao adalah seorang lelaki yang telah hidup selama 500 tahun di bumi. Dia bukannya seorang makhluk asing ataupun makhluk jadian tetapi manusia biasa. Satu hari, Xue Ling Qiao telah digigit oleh haiwan beracun dan hampir menemui ajal. Tetapi dia berjaya diselamatkan oleh seorang tabib yang mencadangkan agar dia meminum racun untuk mengeluarkan racun yang berada di dalam badannya.

Selepas beberapa hari, dia kembali pulih tetapi Xue Ling Qiao dapat merasakan bahawa keadaan dirinya telah berubah. Dia tidak lagi boleh memakan makanan fizikal seperti nasi, roti dan sebagainya. Dia hanya boleh minum sahaja. Telinganya juga begitu sensitif dan boleh mendengar suara daripada jauh.

Disebabkan kuasa luar biasa yang dimiliki oleh Xue Ling Qiao, dia terpaksa menyembunyikan identiti dirinya yang sebenar dan selalu hidup berpindah – randah. Ini kerana, ramai manusia yang mahu mendapatkan darah Xue Ling Qiao bagi mendapatkan kuasa luar biasanya yang lambat tua.

*       *       *       *       *       *       *       *

Jujur cakap, drama ni sangat straight forwarddan ringan. Sangat sesuai untuk kau orang binge watching dengan keluarga masing – masing. Drama ni takde plot twist sangat dan jalan cerita dia pun ringkas dan ringan je. Walaupun ringan itu tak bermakna drama ni tak menarik okeyyyyy!

Sesiapa yang minat drama bergenre komedi romantik, nia cadangkan kau orang tengok drama ni. Dalam ketawa ada cemburu, dalam sedih ada terharu. Pendek kata, permainan emosi memang ada dalam drama ni walaupun jalan cerita dia straight to the point.

Untuk sesiapa yang dah jemu naik cemuihtengok drama korea dan nak beralih arah tengok drama Taiwan, kau orang boleh tengok drama ni.

Untuk kau orang yang baru nak berjinak – jinak dengan drama Taiwan tapi tak tahu nak tengok drama yang mana satu, kau orang boleh tengok drama ni.


Siapa yang dah tengok drama ni, komen ‘done!’ kat bawah.

:)
Jumlah Episod: 18
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

Nota kaki: oh ya, ini merupakan drama pertama lakonan Wu Qian yang nia tonton. Drama kedua dia ialah An Oriental Odyssey. Nia dah pun buat review tentang drama tu, kalau kau orang terlepas entry tu, jangan risau. Nia akan sediakan link kat bawah ni untuk kau orang semua.
>>DRAMA: An Oriental Odyssey <<

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nia-emkay.blogspot.com/2019/06/drama-my-amazing-boyfriend-season-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Bersiri Adam Chempaka Bermula 9 Malam Ini

Drama Bersiri Adam Chempaka Bermula 9 Malam Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 769 hits
Drama bersiri Adam Chempaka akan disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 12 Jun 2019 setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam Lakonan Adam Lee Sweet Qismina Zera Hariz Raja Afiq Balkisyh Semundur Khan Dhia Ly Roy Azman Ku Faridah Kazar Saisi S...
Korean Drama The Smile Has Left Your Eyes

Korean Drama The Smile Has Left Your Eyes

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 853 hits
Review Drama Korea The Smile Has Left Your EyesMacam biasa hari ini aku nak buat pula drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN Antara pelakon drama Korea The Smile Has Left Your Eyes ini adalah Seo In Guk Jung So Min Park ...
Drama Nota Buat Cempaka Lakonan Eyka Farhana Dan Daler Yusof

Drama Nota Buat Cempaka Lakonan Eyka Farhana Dan Daler Yusof

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 2123 hits
Sinopsis Drama Nota Buat CempakaKisah Dr Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarga Luqman pada awalnya tak menunjukkan minat mula rasa tergugat apabila Dr Mathew mendekati Cempaka Cempaka pula merasakan diriny...
Drama Black Mirror Memaparkan Bahana Teknologi Dalam Kehidupan

Drama Black Mirror Memaparkan Bahana Teknologi Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 436 hits
Black Mirror merupakan salah satu drama popular yang hanya terdapat kat Netflix sahaja Kalau nak tengok cerita ini kenalah download netflix kat tv or hp Ada caj tapi kalau first time free untuk seminggu kemudian lepas sebulan boleh pilih sa...
Drama Kau Yang Pertama

Drama Kau Yang Pertama

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 571 hits
Nantikan drama bersiri Kau Yang Pertama yang bakal menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah Drama 28 episod terbitan Sha s Media Sdn Bhd diarahkan oleh Hadith Omar Akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 JUDUL KAU YANG PERTAMAE...
Apa Beza Drama Dan Teater

Apa Beza Drama Dan Teater

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1103 hits
DramaDran berasal daripada perkataan Grek Kuno Dran atau Dram yang bermaksud melakukan melakonkan Berbentuk skrip yang lengkap dengan aspek strukturalnyaSeni sastera bertulis untuk dibaca Cerminan realiti hidupTeaterTeater berasal daripada ...
Drama Jodoh Jodoh Annisa Lakonan Izara Aishah Dan Aaron Aziz

Drama Jodoh Jodoh Annisa Lakonan Izara Aishah Dan Aaron Aziz

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1221 hits
Memulakan episodnya hari ini di Slot Tiara Astro drama Jodoh Jodoh Annisa akan bersiaran selama 100 episod di saluran Astro Prima dan Maya HD pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang Drama ini merupakan terbitan Global Station Sdn ...
Drama Seribu Rindu

Drama Seribu Rindu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 274 hits
Nantikan drama bersiri Seribu Rindu yang menemukan gandingan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz selaku teraju utama Drama terbitan produksi Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Zamri Zakaria Akan menemui penonton di slot Akasia mulai 12...
Drama Pembunuhan Terhebat

Drama Pembunuhan Terhebat

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 249 hits
New Delhi Seorang pakar bedah terkenal di Gorakhpur India dipercayai membunuh bekas isterinya dan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mengemas kini akaun media sosial mangsa selama tujuh bulan Kejadian dilaporkan berlaku di Pokhra Nepal...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16