Drama Melayu
Tapi... tetap ramai penonton ok.
Memang penonton Melayu waktu Maghrib nak tengok kisah cinta, kisah curang, kisah mentua aje pun... buat apa susah susah nak buat drama askar pergi berperang, drama doktor bedah orang, drama pilot bawak kapal terbang. Bukan ada orang nak tengok pun. Peminat peminat drama cerita berat lebih suka menonton filem, duduk depan TV sejam lebih...seminggu sekali sudah. Selebihnya, banyak lagi benda lain diorang nak buat
Kerjaya profesional ni...bukan senang nak dibuat dalam drama. Lebih lebih lagi kalau drama kita ni takat pasaran dalam Malaysia je....lainlah Korea...orang putih... pasaran 1 dunia. melabur lebih sikit pun takpe, banyak pulangannya. Setakat pasaran Malaysia dan penonton Melayu, takyahla buat drama susah susah. Buat drama cinta je senang. Modal chicken chop, cendol, cup cakes, kebun jagung, asam pedas... kan senang tu
Tapi rasanya oklah kot...ada je kerjaya kerjaya lain yang ditonjolkan dalam drama. Kita tak payahla tumpukan dunia perkerjaan lawyer, doktor dan pilot aje. Ada banyak cabang pekerjaan yang ditumpukan dalam drama dan filem kat Malaysia ni... kita je tak ambik pusing, yang kita pandang sudut yang kurang aje.
kita pernah ada Zamarul Hisham yang pegang watak Cikgu Shafie dalam cerekarama Maafkan Saya Cikgu...sangat berkesan. nangis nangis MY tengok part last tu...hahaha
Dalam drama Romeo & Juliet terbitan Kuasatek Pictures sekitar awal tahun 2000 dulu, watak Ahmad Idham dalam tu sebagai Juruukur Bahan. Drama tu pun memaparkan kisah di sebalik dunia pembinaan, walaupun cuma sebahagian kecil, kira okaylah. Ada banyak terms terms dalam kontrak dan pembinaan digunakan.
Gerak khas dah lama dah buat drama dan filem kepolisan yang rasanya.... walaupun tak sempurna tapi bagi saya istimewa. Yer..Mama Yan memang suka sangat drama Gerak Khas. Mama Yan tengok Gerak Khas The Movie 1, 2 dan 3 kat panggung wayang. Siap kejar artis lagi nak bergambar. Tapi semua gambar gambar zaman jahiliyah tu Mama Yan dah buang. hihihi..
Hari tu macam ternampak ada satu drama Fattah Amin tengah buat kek rasanya. Kira ok lah tu.... tokey cafe ada juga turun ke kitchen, takde lah asyik mengurat customer dan kira duit aje kann..
Mama Yan bukanlah orang yang sesuai untuk buat ulasan tentang filem dan drama... Tapi berlebihan lebihan mengutuk drama Melayu pun tak bagus juga. Tapi kalau drama Melayu pun sama naik berlebihan merapu rapu... terpaksalah penonton gunakan media sosial untuk suarakan pendapat. Cuma yang pasti, bukan penerbit drama yang sengaja menyogok penontong dengan drama cinta... Tapi atas permintaan dan rating yang diberikan oleh penontong juga. Ini adalah business. Mereka juga ada buat rancangan atas dasar tanggungjawab sosial, tapi ratingnya pastilah tidak secantik drama pukul 7, ye dak?
Oklah sekian coretan dari seorang yang tak suka drama bersiri. I hate waiting...hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2020/10/drama-melayu.html