Drama Korea Perfume
Korean Drama Review - PerfumeKorean Drama Perfume ini disiarkan di channel KBS bermula 3 Jun 2019 dan tamat episodnya pada 23 Julai yang lalu serta mempunyai 32 episod. Antara pelakon drama Korea Perfume ini adalah Shin Sung Rok, Go Won Hee, Ha Jae Seok, Cha Ye Ryun, Kim Min Kyu, Jo Han Chul, Kim Jin Kyung, Kim Ki Doo, Jo Hye Won, Park Jun Keum dan ramai lagi. Selain itu drama Korea Perfume ini disiarkan bagi menggantikan drama My Fellow Citizan dan kemudian akan digantikan dengan drama I Wanna Hear Your Song. Awalnya pelakon Go Joon Hee dan Eric Mun ditawarkan watak utama dalam drama ini tapi diorang menolak dan akhirnya watak Seo Yi Do dan Min Ye Rin menjadi milik Shin Sung Rok dan Go Won Hee. Rasanya disebabkan Go Won Hee berlakon dalam drama ini, dia menolak untuk berlakon dalam drama Eulachacha Waikiki 2. Drama Korea Perfume ini bergenre romantik komedi dan fantasi. Lepas sukses dengan watak kejam plus komedi dalam drama The Last Empress, Shin Sung Rok kembali dengan watak komedi dan gila - gila dalam drama ini. Tak leh blah tengok gelagat dia yang banyak phobia dan alergi tu hahaha, pastu suka cakap kasar dan biadap. Apa pun Shin Sung Rok ni memang pelakon serba boleh gitu, macam - macam watak dia boleh bawa. Drama ini mengisahkan tentang Min Jae Hee (Ha Jae Seok) yang merupakan seorang wanita cantik ketika dirinya masih muda.
Dia bercita - cita ingin menjadi seorang model terkenal dan hampir mencapai impiannya itu, namun semuanya musnah bila dia tiba - tiba mengandung dan akhirnya berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Kim Tae Joon (Jo Han Chul). Selepas berkahwin, Min Jae Hee terus melupakan impiannya untuk menjadi model dan kini hanya menumpukan perhatiannya pada suami dan anaknya saja. Lama - kelamaan Min Jae Hee mula menjadi gemuk dan penampilannya tidak cantik seperti dahulu. Suami dan anaknya yang kini sudah remaja iaitu Kim Jin Kyung merasa malu untuk keluar bersama Min Jae Hee. Malah Min Jae Hee juga mula berasa tidak yakin diri dan rasa tersisih dengan layanan keluarganya itu. Lebih teruk lagi bila suaminya juga turut curang dengan perempuan muda dan ingin menceraikannya. Min Jae Hee kemudiannya cuba bunuh diri tapi tidak berjaya bila delivery man tiba- tiba muncul dan memberinya satu magic perfume yang membolehkan dirinya menjadi muda dan cantik semula seperti zaman mudanya dulu. Min Jae Hee kemudiannya menukar namanya menjadi Min Ye Rin (Go Won Hee) dan cuba untuk menjadi model semula. Dia kemudiannya bertemu dengan Seo Yi Do (Shin Sung Rok) yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal. Seo Yi Do awalnya terkejut melihat Min Ye Rin kerana mukanya sama dengan wanita yang dikenalinya dulu dan merupakan cinta pertamanya.
Akhirnya Seo Yi Do membenarkan Min Ye Rin tinggal di rumahnya dengan syarat Min Ye Rin menjadi orang gaji di rumahnya itu. Seo Yi Do mula cemburu dan rasa tak puas hati bila penyanyi dan pelakon terkenal Yoon Min Seok (Kim Min Kyu) cuba untuk mendekati Min Ye Rin. Yoon Min Seok memang sengaja nak buat Seo Yi Do marah kerana diorang ada sejarah silam gitu. Keadaan makin huru - hara bila Kim Tae Joon yang merupakan suami Min Jae Hee mula obses dengan Min Ye Rin selepas melihat wajah Min Ye Rin sama dengan wajah isterinya ketika muda. Lama - kelamaan Kim Tae Joon dapat tahu rahsia Min Ye Rin itu dan yakin Min Ye Rin adalah isterinya. Keadaan makin kecoh bila Yoon Min Seok mula keliru dengan Min Ye Rin yang boleh berubah menjadi orang lain. Begitu juga dengan Seo Yi Do yang melihat sendiri perubahan fizikal Min Ye Rin menjadi Min Jae Hee di depan matanya. Apa yang berlaku seterusnya. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Perfume ini. Banyak scene - scene lawak dalam drama ini datangnya dari watak Shin Sung Rok dengan watak Kim Min Kyu. Paling best tengok diorang bergaduh macam budak - budak hahaha. Selain itu agak kagum dengan kesetiaan Seo Yi Do pada cinta pertamanya itu. Even cinta hatinya tu dah tak cantik macam dulu tapi dia stil pegang pada janji dan cintanya itu.
Selain itu aku juga suka dengan lagu - lagu OST Perfume ini, semuanya best - best. Paling aku suka sekali adalah lagu Tick Tock nyanyian Shin Ji Hoon. Aku siap download lagu tu dan masukkan dalam phone hehe. Masa tengok drama ni, korang juga boleh belajar macam mana dunia model ni, apa cabaran yang dihadapi mereka dan sebagainya. Selain itu agak annoying dengan semua peminat fanatik Yoon Min Seok tu yang selalu mengganggu Min Ye Rin tu. Masa tengok drama ni, selalu terpikir, macam mana boleh wujud magic perfume tu, siapa yang buat dan sebagainya. Nasib semua persoalan ini terjawab dalam 2 episod terakhir drama Perfume ini. Aku juga suka dengan ending drama Korea Perfume ini sebab happy ending dan realistik gitu. Kiranya aku berpuas hati dengan ending drama ini, apa pun aku enjoy menonton drama ini dan aku bagi 8.2/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Search : WWW➔ Movie Review :The Hustle (English Movie 2019)
(Blog Miss Banu Story)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2019/12/review-drama-korea-perfume.html