Drama Kebaya Kasut Kanvas Lakonan Nabila Razali Fahrin Ahmad
Drama Kebaya Kasut Kanvas Lakonan Nabila Razali & Fahrin Ahmad
Drama Kebaya Kasut Kanvas Lakonan Nabila Razali & Fahrin Ahmad : Drama terbaru yang akan siar mulai 12 Ogos 2020 ini. Drama Kebaya Kasut Kanvas ini adalah adaptasi novel karya penulis Umie Nadzimah berjudul Si Baju Kurung Kasut Kanvas.
Gandingan Nabila Razali dan Fahrin Ahmad sebagai tunggak utama. Bersiar setiap Rabu dan Khamis, 6.00 petang di tv3
Untuk makluman, Drama Kebaya Kasut Kanvas hanya bersiar 10 episod penuh. Jangan lupa menonton kisah Suria yang simple dan tak pandai bergaya.
Sinopsis Drama Kebaya Kasut Kanvas
Suria bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas
Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin
Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut
Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu
Sinopsis Novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan! Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/08/drama-kebaya-kasut-kanvas-lakonan.html