Drama Jangan Pernah Lupakan Aku
Drama bersiri 'Jangan Pernah Lupakan Aku' merupakan adaptasi daripada novel Bahasa Inggeris, 'Don’t Forget To Remember' oleh Sonia Mael bakal menemui penonton mulai 6 November ini, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.
JUDUL : JANGAN PERNAH LUPAKAN AKUEPISOD : 26TARIKH TAYANGAN : 6 November iniWAKTU SIARAN : Khamis-Sabtu, 8.00 malamRANGKAIAN : TV2 (RTM)PENULIS SKRIP : Eja LorenaPENGARAH : Amzari AmirPRODUKSI : Wayang Tinggi Produksi Sdn BhdPELAKON : Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester, Bohari Ibrahim, Noralbaniah, Zuraini Kassim, Sharifah Anthasha, Ikhwan Khairudin, Norlie Tamam, Sasha Liiv
WATAK PELAKON Julia Farhana Marin sebagai ArianaBong Wei Jian sebagai Jeremy CrawfordSilfeny Osman sebagai AzizahZera Hariz sebagai JasminSusan Lankester sebagai Mrs. CrawfordBohari Ibrahim sebagai Tok Ishak GajahZuraini Kassim sebagai Pak ManSharifah Anthasha sebagai Mak IdaIkhwan Khairudin sebagai JohanSasha Liiv sebagai Marion
SINOPSIS JANGAN PERNAH LUPAKAN AKUAriana yang baru tamat SPM sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana university. Dia sangat meminati Bahasa Inggeris. Ke mana saja dia pergi dia pasti akan dibawa kamus (mini dictionary) bersamanya. Ariana merupakan cucu kesayangan Tok Ishak Gajah yang sangat disegani di kampung tersebut. Ariana juga sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang peramah dan bijak serta tidak meninggi diri
Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris.
Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ariana ditentang oleh ibunya, Mrs. Crawford yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ariana membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka
Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ariana dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali
Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ariana. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan
Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2021/11/jangan-pernah-lupakan-aku.html