Drama Isteri Untuk Diiktiraf Lakonan Redza Rosli Elvina Mohamad Janna Nick Dayana Roza Sheila Rusly


Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya. Dibintangi oleh Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly dan ramai lagi. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azman Yahya. Akan disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan, mulai 16 Mei ini, pukul 7 malam di TV1. Bagi yang ketinggalan boleh menonton menerusi portal myklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi RTM Mobile

JUDUL : ISTERI UNTUK DIIKTIRAFJUMLAH EPISOD : 30 episodTARIKH TAYANGAN : 16 Mei 2018WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7 malamSIARAN TV :  Slot Widuri TV1 (RTM)PENULIS NOVEL : Nurfaza AlisyaPENULIS SKRIP : Rehal NuharisPENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)TERBITAN : JS Pictures Sdn BhdPELAKON : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora
WATAK PELAKON 
Redza Rosli sebagai Tengku WildanElvina Mohamad sebagai SafiyyaJanna Nick sebagai Ana JuliaDayana Roza sebagai Tengku Bella DonnaShah Jaszle sebagai Tengku WafieAzar Azmi sebagai HaryantiSweet Qismina sebagai Tengku WidyaSheila Rusly sebagai Puan Sri Raja MonaArash Mohd sebagai Tan Sri Tengku HairieSharifah Shahora sebagai Tengku SalmahTengku Zara sebagai Tengku TaniaRoslan Saleh sebagai Tok AkiAriff Aziz sebagai Rafiq
LAGU TEMA / OSTTajuk : Kuasa CintaPenyanyi : Ezad LazimLagu : Room NoneLirik : Iman Imran
SINOPSIS ISTERI UNTUK DIIKTIRAFMengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan anak Tengku Hairie tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja

Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Tengku Wildan masih menjalin hubungan dengan Ana Julia

Isterinya Raja Mona dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya

Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Dengan sekali lafaz Safiyya menjadi isteri Tengku Wildan

Majlis perkahwinan Safiyya dan Tengku Wildan diadakan secara besar-besaran di kediaman Tengku Hairie. Walau bagaimanapun pada sebelah malam Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. Atas permintaan Tengku Hairie mereka pergi berbulan madu tetapi Tengku Wildan melayan Safiyya hanya seperti orang gaji

Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona memujuk Bella supaya bekerja dengan Tengku Wildan dengan harapan dapat mendampinginya dan akhirnya dapat memiliki Tengku Wildan

Perkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan.  Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral

Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah

Ana Julia ke resort dan terserempak dengan Raja Mona dan Bella. Terbongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku antara Ana Julia dan Tengku Wildan di bilik resort dan bagaimana video diviralkan. Tengku Wafie datang menemui Safiyya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tengku Hairie meminta Safiyya hadir pada satu majlis meraikan kakitangan baru. Kehadiran Safiyya tidak disenangi Raja Mona dan Bella

Penghinaan dan pertengkaran antara Raja Mona dan Tengku Wildan serta akibat air di campur dengan sesuatu mengakibatkan Safiyya pengsan. Tertekan dengan kejadian yang berlaku Safiyya kembali ke kampung. Tengku Wildan yang kesal dengan perbuatannya turut mencari Safiyya di kampung. Bella akhirnya melawan kehendak keluarganya untuk berkahwin dengan Tengku Wildan dan kembali menemui kekasih lamanya Jason

Tengku Wildan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan dalam masa yang sama terus menerus memohon maaf kepada Safiyya dan menceritakan apa yang berlaku kepada Atuk dan meminta maaf darinya. Isteri Dato’ Sham kekasih lama Ana Julia dan tempat dia mendapatkan sumber kewangan menemui Ana. Akibat pertengkaran yang berlaku Ana disimbah dengan asid yang mencederakannya. Tengku Wildan pulang ke bandar tanpa ditemani Safiyya. Atas nasihat Atuk akhirnya Safiyya meminta Tengku Wildan mengambilnya semula dan kembali bersama. Raja Mona menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Safiyya. Namun adakah permohonan maafnya diterima



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/07/drama-isteri-untuk-diiktiraf-lakonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Hari Mencintaku 2 Drama Lakonan Shukri Yahaya Siti Saleha

7 Hari Mencintaku 2 Drama Lakonan Shukri Yahaya Siti Saleha

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 961 hits
Nantikan kesinambungan drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah bakal disiarkan di slot Akasia TV3 Menemukan kembali gandingan Shukri Yahaya dan Siti Siti Saleha Drama terbitan SR One Sdn Bhd arahan Jamal Khan Akan menemu...
Drama Hilang Yang Kembali Lakonan Aqasha Emelda Rosemila

Drama Hilang Yang Kembali Lakonan Aqasha Emelda Rosemila

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 796 hits
Nantikan drama bersiri Hilang Yang Kembali yang dibintangi oleh Aqasha Emelda Rosemila Nafiz Muaz Azhan Rani dan ramai lagi Drama terbitan Padi Pictures arahan Amor Rizan Akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos setiap Isnin hingga K...
Drama Memoir Kamila Lakonan Aedy Ashraf Atikah Suhaime

Drama Memoir Kamila Lakonan Aedy Ashraf Atikah Suhaime

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 825 hits
Drama bersiri Memoir Karmila arahan Bahri Umar bakal mengisi slot Widuri di TV1 Dibintangi oleh Aedy Ashraf Atikah Suhaime Fahad Iman Ikmal Amry dan ramai lagi Drama Memoir Karmila akan ditayangkan bermula 28 Mei 2020 setiap Khamis hingga A...
Drama Bila Cupid Jatuh Cinta Lakonan Aiman Hakim Oktovia Manrose

Drama Bila Cupid Jatuh Cinta Lakonan Aiman Hakim Oktovia Manrose

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1063 hits
Drama bersiri Bila Cupid Jatuh Cinta akan menemui penonton mulai 4 Julai 2020 setiap Sabtu pukul 9 malam di TV3 Dibintangi oleh Aiman Hakim Oktovia Manrose Ikmal Amry Bella Dowanna dan ramai lagi JUDUL BILA CUPID JATUH CINTAEPISOD 10TARIKH ...
Temui Aedy Ashraf Dan Elvina Mohamad Dalam Aku Bukan Syurgamu

Temui Aedy Ashraf Dan Elvina Mohamad Dalam Aku Bukan Syurgamu

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 660 hits
Telefilem Aku Bukan SyurgaMu lakonan Aedy Ashraf dan Elvina Mohamad pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV1SINOPSIS AKU BUKAN SYURGAMUHaidar seorang pembunuh upahan telah jatuh cinta dengan gadis yang mahu dibunuhnya Haidar terperangkap antara ...
10 Tahun Menyepi Diri Daripada Dunia Lakonan Won Bin Dikhabarkan Tolak Drama Bernilai Rm141 Juta

10 Tahun Menyepi Diri Daripada Dunia Lakonan Won Bin Dikhabarkan Tolak Drama Bernilai Rm141 Juta

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 375 hits
Siapa yang pernah menonton filem The Man From Nowhere pasti mengenali dengan pelakon hebat iaitu Won Bin Mula menempa nama menerusi drama Autumn Of My Heart lelaki itu kini sudah menyepikan diri daripada dunia lakonan selama lebih 10 tahun ...
Hiburan Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Hiburan Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 827 hits
Mengakui bakal melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang ahli perniagaan iaitu Adale Adham dalam masa terdekat pelakon jelita Dayana Roza mendedahkan dirinya sudah mengenali bakal tunangnya itu sejak enam tah...
Nak Bagi Pengajaran Lelaki Didakwa Tergamak Cederakan Telinga Isteri Hingga Alami Trauma

Nak Bagi Pengajaran Lelaki Didakwa Tergamak Cederakan Telinga Isteri Hingga Alami Trauma

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 243 hits
Seorang lelaki didakwa tergamak memotong sebahagian telinga isterinya gara gara isterinya itu tidak menyiapkan makanan untuknya pada Isnin lalu Kejadian yang dilaporkan berlaku di Desa Bukit Sutra Indonesia itu dikatakan berpunca selepas su...
Kenapa Agaknya Suami Berkecil Hati Dengan Isteri Meh Baca Ni

Kenapa Agaknya Suami Berkecil Hati Dengan Isteri Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 687 hits
KENAPA AGAKNYA SUAMI BERKECIL HATI DENGAN ISTERI MEH BACA NI Sebagai insan biasa memang kita tak lepas dari melakukan kesilapan Begitu juga dalam realiti berumah tangga Ada kalanya suami berkecil hati dengan isteri dan begitu jugak dengan i...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan