Cukup Derita Itu 2
Nantikan kesinambungan drama Cukup Derita Itu musim kedua, karya Siti Rosmizah bermula 15 November ini jam 10 malam di slot Samarinda TV3
JUDUL : CUKUP DERITA ITU MUSIM 2EPISOD : 20TARIKH : 15 November 2021WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malamRANGKAIAN : Samarinda TV3PENULIS SKRIP : Falriqz Naail, ZuyyinPENULIS NOVEL : Siti RosmizahPENGARAH : Along KamaludinPRODUKSI : SR One Sdn Bhd
WATAK PELAKONHisyam Hamid sebagai Zarul ZafranRuhainies sebagai EllaniChacha Maembong sebagai EllanaLia Natalia sebagai SalwaDidie Alias sebagai Mak Yek Dian P Ramlee sebagai Mak LongRosnah Johari sebagai Datin MahaniSamsuri Shahrom sebagai Pak Long AjisJasmin Hamid sebagai Mak GayahSera Melissa sebagai AyuMubarak Majid sebagai Mat TerupFahrin Ahmad sebagai FarizFarhan Asri sebagai Amirul
LAGU TEMA (OST)CukupDeritaItu - Siti NordianaPergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz
SINOPSIS CUKUP DERITA ITUMengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies Farehah) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya
Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung
Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula
Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui
Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS
Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya
Cukup Derita Itu Episod Akhir (20)Ketika sedang menoreh getah bersama suaminya, mata Ellani seperti hendak terjojol melihat pokok getah yang ditoreh suaminya. Ellani tiba-tiba naik angin dengan suaminya kerana merosakkan pokok getah kerana Zarul bukannya menolong tetapi menyusahkan dirinya lagi. Sudah berbuih mulutnya menghalang agar jangan menoreh tetapi Zarul berdegil. Mendengar isterinya membebel geram, Zarul minta maaf. Dia cuba hendak buat yang terbaik untuk isterinya, tidak mahu isterinya bersusah payah bekerja tetapi niat baiknya menjadi sebaliknya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2021/11/cukup-derita-itu-2.html