Drama Bersiri Dukun Diva Mengetengahkan Normalisasi Masyarakat Dengan Keunikan Tersendiri


DRAMA BERSIRI DUKUN DIVA, MENGETENGAHKAN NORMALISASI MASYARAKAT DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Hari ini Ruby ingin kongsikan dengan anda tentang drama terkini yang bakal bersiaran pada Isnin 6 Disember 2021 pada jam 9 malam di saluran Astro Citra 108 akan datang.
Drama bersiri ini akan menggantikan drama bersiri I-Tanggang yang baru je selesai semua episod semalam 29 November 2021. Drama-drama bersiri dari Astro Originals semakin diminati rakyat Malaysia. 

DRAMA BERSIRI DUKUN DIVA, MENGETENGAHKAN NORMALISASI MASYARAKAT DENGAN KEUNIKAN TERSENDIRI
Satu persatu drama Astro Shaw tayangkan, pasti akam menjadi ikutan. Ini kerana, drama bersiri kita sudah berwajah baru! Tidak merepek dan lebih berkualiti. Para pelakon juga memainkan peranan all out. 
Walaupun episod tidak sebanyak telenovela, ia lebih mantap dan jelas mesejnya. Dukun Diva mempunyai 8 episod kesemuanya dan 1 episod istimewa (episod ke-9) yang memaparkan 'The Story of Dukun Diva'. 
Astro terus konsisten dalam menampilkan drama-drama premium terbaik menerusi jenama Astro Originals dan lebih uniknya, penonton dapat menikmati konten yang berbeza dari sudut genre, olahan jalan cerita yang diinspirasikan dari pendedahan Isu-isu sebenar yang sememangnya berlaku di Malaysia. 
Paling utama, dibawakan kepada penonton dengan kualiti terhebat setanding naskhah filem di layar-layar perak. Bermula dengan kehadiran Kampong Pisang Bersiri-Siri, iaitu drama pertama daripada francais filem komedi nombor 1, Kampong Pisang; seterusnya Projek: Anchor SPM, drama bergenre 'coming of age' yang mendapat sambutan hangat dan dinobatkan anugerah Drama Bersiri Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2021; diikuti pula dengan I-Tanggang, drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy, jenama Astro Originals telah meletakkan satu tanda aras dan definisi baru bagi nilai kualiti drama tempatan dalam kalangan penonton. 
Demi memastikan penonton berterusan disajikan dengan kandungan yang berkualiti, jenama Astro Originals kini bakal mempersembahkan DUKUN DIVA, sebuah drama tempatan pertama yang mengangkat kisah 'female con artist dan 'anti-heroes'. 
Sekali lagi, rantaian siri di bawah jenama Astro Originals tampil dengan seribu kelainan apabila Dukun Diva ini hadir sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan. 
Antara kekuatan lain adalah apabila watak utama diterajui oleh golongan wanita yang berdepan dengan cabaran kehidupan, lebih lebih lagi di bandar pada masa kini. 

Pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang memang tidak disangkal lagi kekuatannya dalam bidang lakonan, membawakan watak Che Yah iaitu seorang artis 'tak menjadi' di era 9Oan, menggunakan bakatnya dengan menyamar menjadi dukun. 
Sementara itu, watak Lola digerakkan dengan baik oleh pelakon muda, Eyka Farhana, iaitu anak saudara kepada Che Yah yang bermasalah dan turut bersubahat menjadi dukun. Kedua-dua watak ini mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang atas rujukan media sosial buat seorang jutawan kosmetik terkenal, Dato' DD lakonan Emelda Rosemila. 
Selain itu, Dukun Diva turut menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewamai setiap karakter, seperti Tony Eusoff yang dilihat pertama kali membawa watak suami takut isteri serta 'scammer' dalam urusan jual beli tanah; kemudian pelakon baru berbakat besar Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena, Kahoe Hon sebagai Daniel, serta pelakon handal Adlin Aman Ramlie sebagai Dato' Saddiq dan Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep yang merupakan kesinambungan watak daripada filem pecah panggung 2019, Pusaka. 
Drama premium bersiri ini turut dihiasi dengan penampilan istimewa, antaranya pelakon terkenal daripada pelbagai latar seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi. 
Dukun Diva telah mendapat sentuhan kreatif oleh pengarah muda yang namanya semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Shiba Shiba Doo, Cerai dan Rompak Raya, Ariff Zulkarnain. 
Sentuhannya juga terkenal dengan membawa impak visual yang segar di dalam hasil karyanya. Sebelum ini Ariff merupakan Penolong Pengarah untuk filem Sangkar. Dukun Diva bukan sahaja menonjolkan kualiti produksi dan sinematografi memukau, tetapi turut dilengkapkan dengan jalan cerita yang segar. 
Drama siri 8 episod ini merupakan idea asal oleh pemenang anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015, Alfie Palermo. 
Dukun Diva.. They Put The Sham In Shaman
Dukun Diva memperlihatkan transformasi kandungan berkualiti filem berterusan di bawah jenama Astro Originals. 

Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata “Astro akan memperhebatkan lagi fokus ke arah kandungan berkualiti dengan menerokai pelbagai lagi konten segar yang menawarkan kelainan dan menarik untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia. 
Menjadi hasrat kami agar Astro Orginals akan terus memainkan peranan yang lebih besar menjangkaui nilai hiburan dan dilihat sebagai jenama yang dapat mempersembahkan kandungan setanding drama-drama premium luar negara. 
Dalam mengutamakan penonton Malaysia meliputi semua lapisan masyarakat, kali ini Dukun Diva lebih memfokuskan konteks “Malaysian” dari sudut skrip, jalan cerita, idea, pelakon, sinematografi agar drama ini dapat memenuhi selera semua penonton tidak mengira latar. 
Kami yakin jika karya tempatan berjaya diterima oleh segenap masyarakat, la juga mampu mempelopori pasaran luar. Ini kerana kita sering dihidangkan dengan budaya luar menerusi drama mereka, dan sudah tiba masanya untuk drama kita pula mempamerkan budaya dan keistimewaan Malaysia serta mengikuti peredaran semasa dalam bentuk santai buat penonton dalam dan luar negara." 
“Ini adalah julung kali Astro Originals mempertaruhkan bakat-bakat kreatif tanah air seperti Alfie Palermo, Pengarah Ariff Zulkarnain, serta pelakon-pelakon hebat, Nadiah Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Adlin Aman Ramlie dan bakat baru Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon. 
Uniknya, Dukun Diva meletakkan subjek 'anti-heroes' wanita yang mana ia jarang dipersembahkan dalam drama siri tempatan. Banyak mesej positif yang cuba disampaikan untuk tatapan penonton. 
Di samping Itu, jenama Dukun Diva telah menarik perhatian produk tempatan untuk bekerjasama bagi menghasilkan produk eksklusif edisi Dukun Diva dari pengusaha Lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pembekal coklat tempatan jenama Love 18C,"tambah Raja Jastina Raja Arshad. 

Penerbit, Penulis Skrip & Cerita Asal Dukun Diva, Alfie Palermo berkongsi rasa teruja apabila karya Dukun Diva bersedia untuk menemui penonton Disember ini. “Masyarakat kita umumnya amat sinonim dengan perkataan 'Dukun' Ada segelintir pihak yang menyalahgunakan ilmu dukun tersebut

Menyedari hakikat itu, ia memberi inspirasi buat saya menghasilkan Dukun Diva; dua wanita yang mempunyai impian dan cita-cita, telah menjadi dukun palsu untuk menipu seorang jutawan kosmetik bersama keluarganya demi wang. 
Mungkin di luar negara banyak mengetengahkan subjek watak wanita sebagai con artist: tetapi ia tidak pernah lagi dihasilkan di Malaysia. Jadi, Dukun Diva membawa subjek tersebut serta mengetengahkan golongan wanita. 
Kami yakin dengan menggabungkan urban setting dan elemen lokal, ia mampu memberikan pengalaman baru kepada penonton dan memartabatkan warisan tempatan seperti baju tradisional kebaya, dukun ke serantau melalui drama kita.” 
“Terima kasih kepada Astro kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mempersembahkan idea ini kepada penonton. Secara peribadi Dukun Diva cukup istimewa di hati saya. Che Yah sanggup mengetepikan impiannya untuk menjadi pelakon terkenal demi insan tersayang. 
Saya harap Dukun Diva mampu mengingatkan penonton bahawa kegembiraan tidak semestinya boleh dikecapi menerusi impian semata-mata, tetapi kehadiran insan yang kita sayang, terutamanya 'keluarga' adalah pelengkap kebahagiaan sebenar. 
Sementara itu, watak Lola di tonjol sebagai suka memberontak dan di label 'pelik'. Memahami perasaan individu yang dianggap 'berbeza' ini, saya ingin sampaikan kepada mereka di luar sana bahawa mereka tidak keseorangan. Saya harap penonton terhibur dengan drama siri ini, seperti mana kami teruja menghasilkannya," jelas Alfie Palermo lagi. 
Sinopsis Dukun Diva

Dukun Diva mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. 
Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah. 
Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. 
Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ....They Put The Sham In Shaman'. 
OST Dukun Diva: Jangan Terlepas Pandang Nyanyian Wanie Kayrie
Lagu OST Dukun Diva bertenaga dan menaikkan mood. Bersesuaian dengan drama bersiri ini yang memerlukan critical thinking semasa membuat keputusan. Hehe

Video Rasmi lagu ini akan sama-sama dilancarkan bersama drama bersiri Dukun Diva pada 6 Disember 2021. Buat masa ini, jom layan Video Lirik ya


Dapatkan Cenderahati Dukun Diva Dari Lampu Cherita & Love 18c
Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dah syarat. 

Saksikan Dukun Diva yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Disember ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 
FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/12/drama-bersiri-dukun-diva-mengetengahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah Eyka Farhana

Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah Eyka Farhana

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 672 hits
Tonton Astro Originals bakal mempersembahkan sebuah lagi drama terbaru Dukun Diva yang menggantikan I Tanggang di Astro Citra saluran 108 setiap hari Isnin jam 9 00 malam bermula 6 Disember 2021 Untuk pilihan alternatif anda juga boleh stri...
Dukun Diva

Dukun Diva

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 172 hits
Setiap orang ada cerita Diva yang nampak grand pun mesti ada sisi tersembunyi menyimpan macam macam rahsia Apa cerita mereka Dukun Diva yang menggantikan I Tanggang di Astro Citra saluran 108 setiap hari Isnin jam 9 00 malam bermula 6 Disem...
Muncul Berkepala Botak Di Majlis Sidang Media Dukun Diva Emelda Rosemila Cantik Macam Charlize Theron

Muncul Berkepala Botak Di Majlis Sidang Media Dukun Diva Emelda Rosemila Cantik Macam Charlize Theron

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 364 hits
Penampilan pelakon Emelda Rosemila dengan imej terbaharu berkepala botak menarik perhatian ramai Baru baru ini Emelda muncul dengan gaya sempoi ke majlis sidang media ekslusif Astro Originals Dukun Diva bersama suaminya Adlin Aman Ramlie Ma...
Hiburan Eyka Farhana Nadia Aqilah Akui Tidak Susah Cari Keserasian Bersama Untuk Dukun Diva

Hiburan Eyka Farhana Nadia Aqilah Akui Tidak Susah Cari Keserasian Bersama Untuk Dukun Diva

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 460 hits
Walaupun kali pertama digandingkan bersama dua pelakon utama drama Dukun Diva iaitu dan mengakui serasi bersama 1 bulan lalu Kalau Diberi Peluang Satu Hari Nanti Saya Nak Mengarah Atau Menerbitkan Filem Eyka FarhanaAdvertisementMenerusi dra...
Kwak Siyang Kwon Soohyun Kang Mina Sah Sertai Drama Komedi Misteri Minamdang

Kwak Siyang Kwon Soohyun Kang Mina Sah Sertai Drama Komedi Misteri Minamdang

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 160 hits
Nampaknya Minamdang telah berkongsi barisan pelakon lain selepas mengumumkan Oh Yeon seo dan Seo In guk sebagai teraju utamanya ARTIKEL BERKAITAN Drama komedi misteri ini akan menelusuri kisah Nam Han joon seorang bekas profiler yang hidup ...
Bersaing Slot Drama Apa Kata Ayda Jebat

Bersaing Slot Drama Apa Kata Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 218 hits
Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta manakala Fattah Amin dan Fazura drama Hero Seorang Cinderella PETALING JAYA Pelakon Ayda Jebat berkata promosi Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura yang berterusan menj...
The Tale Of Courtroom Drama

The Tale Of Courtroom Drama

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 246 hits
The courtroom was and still is the ideal place for young reporters to hone their skills It requires concentration and accuracy and most of the time speed to take down what is said by witnesses It is not unusual for prosecuting officers to a...
Lepas Baca Doa Makan Tiba Tiba Walyatalattof Cerita Apa Ni Ilmuan Agama Tegur Drama Sihir Dibuat Tanpa Semakan Syariah

Lepas Baca Doa Makan Tiba Tiba Walyatalattof Cerita Apa Ni Ilmuan Agama Tegur Drama Sihir Dibuat Tanpa Semakan Syariah

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 247 hits
The ReporterPembikinan sebuah filem atau drama bukan satu perkara yang mudah Banyak aspek yang perlu diteliti dari segi teknikal pelakon kostum lokasi dan sebagainya Olahan sebuah skrip juga perlu dikaji agar penonton dapat menerima mesej d...
Jerome Polin Soroti Orang Yang Normalisasi Menyontek Saat Ulangan Kok Kebalik

Jerome Polin Soroti Orang Yang Normalisasi Menyontek Saat Ulangan Kok Kebalik

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 601 hits
Nggak ngasih contekan malah dikatain Jerome beharap kebiasan ini mulai diubah supaya Indonesia bisa maju
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan