Drama Bersiri Dialek Kelantan Ripin Mugha Batu



Perjuangan Kumpulan Dikir Barat Dalam “Ripin Mugha Batu” Arahan Sabri Yunus di TV2

Kumpulan Dikir Barat sememangnya dekat dengan pelakon Sabri Yunus dan terbaharu beliau tampil mengarahkan drama bersiri “Ripin Mugha Batu” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 22 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.

Diinspirasikan daripada novel Jogho Yang Tewas, karya Rohani Deraman, 13 episod drama ini mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh seorang tukang karut atau Tok Juara dalam menjayakan kumpulan Dikir Barat juga usaha dilakukan dalam menangani pelbagai masalah dalam kumpulannya dan keluarganya.

Menariknya lagi gandingan pelakon berpengalaman yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Asrulfaizal, Kuna, Laila Nasir, Issey Fazlisham dan Kuza dengan menggunakan dialek Kelantan.

Kisahnya tentang Aripin yang mempunyai dua orang isteri yang sering iri hati dan bermusuhan. Aripin juga mempunyai seorang anak yang bernama Setopa. Aripin kurang senang dengan Setopa kerana Syura, isteri Setopa yang tidak suka mendengar irama Dikir Barat kerana berpendapat Dikir Barat digunakan menyindir dan menceritakan hal peribadi orang lain sesuka hati. Setopa hanya mengikut kata isterinya membuatkan hubungannya dengan Aripin menjadi renggang. Adik Setopa, Marini tidak selesa dengan kakak iparnya, Syura.

Satu hari kedua-dua isteri Aripin, Mek Nab dan Mek Siah bergaduh menyebabkan Aripin memarahi mereka. Kawan Ripin, Seman baru berkahwin dengan wanita muda namun anaknya Sudin tidak menyokongnya. Mek Siah, cuba berbaik-baik dengan Mek Nab, tetapi Mek Nab menolak. Marini minta izin Setopa untuk tinggal menyewa diluar. Setopa pula ke Kuala Lumpur tanpa ajak Syura yang tengah sarat mengandung.

Hubungan Ripin dengan Setopa semakin meruncing hingga ketika pulang ke kampung kerana mengurus hal-hal jualan kereta terpakai miliknya, Setopa enggan bertemu ayahnya. Dia hanya singgah menemui Mek Nab ketika Ripin tiada. Ripin sangat kecewa dengan sikap Setopa hingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya.

Sudin tertekan apabila melihat ayahnya yang sangat memanjakan ibu tirinya. Sudin cuba minta wang daripada Seman tetapi dia tidak diendahkan membuatkan Sudin mengamuk. Amukan Sudin itu berjaya dileraikan oleh Ripin. Anak Ripin, Marini dan Husni berdoa agar hubungan antara Setopa dan Ripin kembali bertaut.

Fikiran Ripin semakin berkecamuk tambahan bila Mek Nab sering memarahinya dan Setopa juga menjauhkan diri daripadanya. Ripin juga runsing tentang tanah yang dipajaknya lima tahun yang lalu yang harus ditebusnya dengan segera. Ripin sering kelihatan murung dan jarang berkunjung ke bangsal dikir barat. Zarif bertemu dengan Setopa memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Marini.

Ripin tertekan dan jatuh sakit. Dia banyak menghabiskan masa di rumah Mek Siah membuatkan Mek Nab mengamuk besar membuatkan Ripin pengsan. Walau bagaimanapun, sikap Mek Nab terus sombong dan berdegil. Manakala, di Kuala Lumpur, Marini memujuk Setopa untuk pulag ke Kelantan, tetapi tidak membenarkan kerana Setopa mahu Marini menjaga Syura yang sedang sarat mengandung. Di bangsal dikir barat, Sudin, Husni dan Azli terus berlatih berdikir barat walaupun Ripin dan Seman tiada.

Azli, anak Mek Jah baru pulang dari Singapura setelah tujuh tahun merantau. Keadaan menjadi kacau bilau kerana dendam lama Sudin kepadanya mereka sama-sama meminati Marini. Azli melaburkan wang menubuhkan perniagaan dengan Pak Soh. Selain itu, Husni dan ahli kumpulan dikir barat sering menjalankan latihan di bangsal dan Husni sangat rajin mencipta lirik lagu yang baharu.

Fikiran Ripin semakin bercelaru kerana sukar menangani sikap kedua-dua isterinya. Dia ingin menemani Mek Siah yang terseliuh kaki tetapi takut dimarahi Mek Nab hingga dia tertidur di kedai guntingnya. Sudin berselisih faham dengan Pak Seman berpunca daripada ibu tirinya yang mengikis wang ayahnya sahaja. Husni memperkenalkan Khatijah gadis Melayu keturunan Siam kepada ibunya Mek Siah dan Mek Siah berkenan.

Anak-anak Ripin berbincang cara mengatasi masalah ayah mereka. Marini pulang ke kampung menjaga syarikat kereta terpakai Setopa. Kebetulan Azli membeli kereta daripada Marini dan hubungan mereka kembali rapat yang menimbulkan cemburu Sudin.

Pihak Jabatan Kebudayaan mengundang Kumpulan Dikir Ripin Mugha Batu untuk mengadakan persembahan dikir barat. Ripin gembira dan merancang membawa Pak Seman dan Sudin dalam persembahan itu nanti. Husni pula menemui bapa Khatijah.

Berlaku perselisihan faham antara Sudin dan ibu tirinya kerana sikapnya mengambil kesempatan atas kebaikan ayahnya. Azli pula bertemu dengan Che Soh dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana perniagaannya tidak menghasilkan sebarang pendapatan. Ripin berjumpa Che Soh menasihatinya menjalankan perniagaan dengan jujur dan tidak menipu.

Setopa pulang ke kampung dengan tujuan untuk memohon maaf kepada Ripin. Setopa mendapat tahu ayahnya sedang pening memikirkan hutang menyebabkan dia sering sakit. Mek Nab salah faham mengatakan wang itu digunakan untuk membesarkan rumahnya.

Kumpulan dikir Ripin Mugha Batu terus berlatih setiap malam sebagai persiapan untuk pergi membuat persembahan di Kuala Lumpur. Kumpulan ini semakin ceria dengan adanya Husni, Azli dan Sudin. Walau bagaimanapun, persaingan antara Azli dan Sudin untuk menambat hati Marini tidak pernah reda. Pak Seman telah menceraikan isterinya dan hubungan antara Pak Seman dengan Sudin kembali baik.

Setopa memohon maaf daripada ayahnya. Hal ini menggembirakan hati semua ahli keluarga Ripin. Cuma Syura yang masih tersinggung dengan Ripin. Kumpulan Dikir Barat Ripin Mugha Batu telah berangkat menuju Kuala Lumpur. Kumpulan ini diketuai oleh Ripin dan Azli dilantik sebagai juru acara. Sepeninggalan Ripin ke Kuala Lumpur, Mek Nab mengimbas kembali saat-saat dia mula bermadu dengan Mek Siah dan Mek Nab seolah-olah menyesal atas semua tuduhannya kepada Mek Siah selama ini.

Dikir Barat Kumpulan Ripin Mugha Batu telah dipersembahkan. Secara sembunyi Setopa datang menyaksikan persembahan tersebut dan terharu dengan lirik ciptaan Ripin tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Sementara itu Mek Siah dan Mek Nab telah berunding untuk membantu Ripin menebusnya tetapi Ripin membantah.

Bagaimanakah kesudahan drama bersiri ini? Kalau nak menontonnya kenalah muatturun di youtube! Abe Kie sendiri telah memuatturun kesemua 13 episod drama ini untuk ditonton semasa cuti sekolah bulan depan. Nak tengok sekarang memanglah tak sempat. Teringin benar nak tahu kesudahan cerita ini. Apa yg abe kie teruja nak tengok drama ni sebab kesemua pelakonnya ore kelate dan terkenal belaka! Memang rugilah kalau tak tengok terutama sekali kpd anak2 Kelantan! Jika anda x faham dialek Kelate, usahlah risau kerana sarikata disediakan.

Apa lagi? Jom menonton drama bersiri dialek Kelantan, 'Ripin Mugha Batu' sekarang juga



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2019/10/drama-bersiri-dialek-kelantan-ripin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Afy Haniff Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald Mcdonald Di Husm Kelantan

Afy Haniff Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald Mcdonald Di Husm Kelantan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 350 hits
AFY HANIFF Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kelantan Korang pernah dengar tak nama AFY haniff Jika YA memang terror sebabnya daku ni baru pertama kali dengar nama AFY haniff walaupun hakikatnya produk pernah ...
Loghat Kelantan Sene Boh

Loghat Kelantan Sene Boh

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 526 hits
as salamInggris I don t knowBM Saya tidak tahuKelantan hauInggris I dont want itBM Saya tak mahuKelantan tokseInggris I dont careBM Aku tak peduliKelantan caroehInggris lets goBM JomKelantan gihenglish yes i understand what you re talking a...
Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan

Kisah Semarak Bahasa Melayu Mekah Madinah Kg Kelantan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 570 hits
Gegantung dalam bahasa Melayu yang digantung di tiang tiang sepanjang jalan ke masjid Semarak Bahasa Melayu di Bumi Mekah dan Madinah Wan NorasikinMENJEJAKKAN kaki di bumi Mekah dan Madinah menjadi impian setiap umat Islam Mekah bukan sahaj...
Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 541 hits
Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan Assalamualaikum Hai korang Alhamdulilah akhirnya dapat juga Cik Ash makan Asyura Kelantan Setelah sekian lama mengidam nak makan dah lama balik kelantan pada tahun 2018 tak silap Cik Ash siap beli re...
Program Food Bank Yapeim 1 0 Dry Food Negeri Kelantan

Program Food Bank Yapeim 1 0 Dry Food Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 457 hits
Seramai 200 keluarga dari Jajahan Kota Bharu menerima pek barangan keperluan asas yang diagihkan melalui Program Food Bank YaPEIM 1 0
Video Dan Gambar Kerajaan Kelantan Didakwa Tindas Rakyat

Video Dan Gambar Kerajaan Kelantan Didakwa Tindas Rakyat

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 504 hits
oleh Nizam akaDi negeri yang diduduki oleh hampir 90 bangsa Melayu dinegeri yang ditadbir oleh 100 oleh orag Melayu dan negeri yang dikatakan Membangun Bersama Islam Akhirnya di negeri itulah Melayu dianaktirikan dan ditindas Bermula tahun ...
Bos Bukit Asam Harap Perang Dagang As China Segera Usai Agar Harga Batu Bara Naik

Bos Bukit Asam Harap Perang Dagang As China Segera Usai Agar Harga Batu Bara Naik

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 213 hits
Perusahaan tak bisa memprediksi kapan trend penurunan harga batu bara ini akan berakhir Sebab batu bara sendiri merupakan salah satu komoditi yang secara hukum ekonomi bergantung pada suplai dan demand
Banjir Di Pontian Batu Pahat Jumlah Penduduk Berlindung Di Pps Kekal

Banjir Di Pontian Batu Pahat Jumlah Penduduk Berlindung Di Pps Kekal

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 418 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sungai Batu

Sungai Batu

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 516 hits
Rahsia Sungai Batu Yang Belum TerungkaiJumaat 15 Julai 2016SUNGAI PETANI Pergilah mana mana sahaja di Kompleks Arkeologi Sungai Batu pasti akan menjumpai tuyere iaitu peralatan penting dalam industri kuno peleburan besi Ia berbentuk bulat p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids