Drakula Si Penyula Ini Kisah Drakula Sebenar Yang Tewas Di Tangan Tentera Al Fateh Setelah Menyula Ribuan Manusia


Jika bercakap tentang drakula, pasti ramai yang terbayangkan si penghisap darah yang memburu mangsanya dan hidup beribu tahun lamanya.
Drakula sememangnya wujud dan kejam, tetapi jalan hidupnya berbeza dengan gambaran ideal yang ditunjukkan dalam filem-filem barat. Sosok ini juga dikatakan menjadi musuh ketat Sultan Muhammad Al-Fateh, sang penakluk Konstantinople.
Jom telusuri kisahnya.
Dracula atau Vlad III dilahirkan pada tahun 1431 dalam keluarga bangsawan di Transylvania. Ayahnya, Vlad II dipanggil Dracul kerana menjadi sebahagian daripada Ordo Naga (Order of the Dragon), angkatan kesatria yang ditubuhkan untuk menentang Empayar Uthmaniah.
Dracula disebut Dracul-ae dalam bahasa Romania, di mana draco bermaksud naga, dan -ae yang bermaksud ‘anak kepada’, menjadikannya ‘anak kepada naga’.
Ordo Naga diasaskan pada 12 Disember 1408 oleh Sigismund von Luxembourg yang merupakan raja Hungary pada ketika itu.
Dracul – Vlad II Dracula – Vlad III / Vlad Sang Penyula Peta Romania kini. (Sumber: Google Maps) Tempat lahir Dracula, Transylvania merupakan sempadan antara dua empayar terbesar ketika itu; Empayar Turki Uthmaniyah dan Raja Hungary.
Bapanya, Vlad II telah diberi kepercayaan untuk memimpin Wallachia, salah satu jajahan di bawah kesultanan Uthmaniah. Sebagai jaminan kesetiaan, Dracula dan adiknya Radu cel Frumos dididik bawah kesultanan tersebut dan menyertai pasukan ketenteraan Janissari, kumpulan elit tentera milik sultan Uthmaniyah.
Wilayah di bawah empayar Turki Uthmaniyah suatu ketika dahulu. (Kredit: ThoughtCo.com) Dalam angkatan Janissari yang menjadi kumpulan tentera terbaik pada masa itu, mereka berdua mempelajari ilmu dan strategi peperangan tentera Islam.
Pada usia 13 tahun, Dracula mengangkat sumpah di dalam Ordo Naga untuk memerangi kaum Muslimin kerana kebenciannya kepada kaum Muslimin; bertentangan dengan adiknya, Radu Cel Frumos yang memeluk agama Islam.
Ketika usianya 16 tahun, ayah mereka, Vlad II dibunuh oleh angkatan John Hunyadi, Raja Hungary yang cuba merampas Wallachia. Berikutan itu, kesultanan Uthmaniyah menghantar bantuan untuk membebaskan wilayah itu daripada Hunyadi.
Ayah kepada Muhammad Al-Fatih, Sultan Murad II kemudiannya memberi kepercayaan kepada Dracula bagi menggantikan ayahnya untuk memimpin Wallachia.
Kredit: Wikipedia Kerana kebencian terhadap ayahnya yang tunduk pada Muslim, Dracula menggunakan kesempatan tersebut untuk merosakkan pertahanan orang Islam pada ketika itu.
Dia yang boleh berbahasa Arab, Turki dan mempunyai pengetahuan ketenteraan berpura-pura menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan Muslim dan menghancurkannya dari dalam.
Dia menguasai Wallachia dari 1448 sehingga ditewaskan tentera Al-Fateh dalam beberapa siri pertarungan.
Gelaran ‘Si Penyula’ Sembilan tahun setelah kejatuhan Kota Konstantinopel pada 1453, Al-Fateh menghadapi Dracula secara khusus dengan menghantar 1,000 tentera diketuai oleh Hamzah Bey.
Nasib angkatan tentera tersebut berakhir dengan tragis apabila mereka tewas di tangan Dracula yang sememangnya faham akan strategi peperangan umat Islam seperti yang dipelajarinya ketika di Janissari.
Setelah dikalahkan, tentera-tentera tersebut disula dan menjadi hutan mayat manusia. Komander pasukan, Hamza Bey disula pada kayu paling tinggi dan dicacak di tengah-tengah sebagai simbol.
Gambaran hutan mayat mangsa sulaan Dracula. (Kredit: All That’s Interesting) Sejak itu, Dracula digelar Tepes (disebut tsep-pesh) atau The Impaler yang bermaksud Sang Penyula. Dracula gemar membiarkan mangsa yang disula terseksa selama berhari-hari sehingga mati. Mangsa kemudiannya dibiarkan menjadi santapan burung pemangsa seperti hering yang memakan daging mayat yang mula mereput.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah dikatakan menjamu selera berhampiran hutan manusia tersebut di samping pernah mencicah roti di dalam darah mangsa.
Tidak terhenti di situ, Muhammad Al-Fateh menghantar adiknya, Radu Cel Frumos yang memahami selok belok Romania untuk memimpin 90,000 tentera Janissari menerobos hutan dan kawasan berbukit bagi menghadapi Dracula yang berlindung di benteng Poenarinya yang kukuh.
Dalam satu pertempuran dengan tentera Turki, Dracula dikatakan melarikan diri ke kawasan pergunungan dan menyula sesiapa sahaja yang ditemuinya. Kemaraan Turki terpaksa dihentikan kerana tidak mampu menahan bau mayat yang mereput.
Gambaran peristiwa The Night Attack. (Kredit: The Burn Pit) Walaubagaimanapun pada 1462, Dracula akhirnya tewas dalam serangan pada waktu malam atau dikenali sebagai ‘Atacul de Noapte’ atau The Night Attack. Radu kemudiannya menggantikan abangnya menjadi pemimpin Wallachia.
Dracula kemudiannya lari dan meminta perlindungan pembunuh ayahnya, John Hunyadi sehinggalah mati dibunuh tentera Uthmaniyah pada 1478. Sepanjang hayatnya, Dracula dikatakan telah membunuh lebih kurang 50,000 orang manusia.
Usaha Dracula mempertahankan Kristian pernah dipuji Vatican, namun mereka menolak caranya yang sangat kejam.
Kredit: Pinterest Kini, Dracula diangkat menjadi tokoh yang berperanan penting sebagai pahlawan negara dalam Peperangan Salib. Patung-patung Dracula bertebaran di serata negara itu sebagai simbolik kepentingannya dalam lipatan sejarah Romania.
Bagi Muslim, Dracula merupakan sosok yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Namun, kisah-kisah Dracula sering dipaparkan dengan penceritaan yang menyimpang dari hakikat sebenar dan mengelirukan, sehingga membuatkan umat Islam sendiri terpikat dengan jalan cerita dan identiti Dracula yang ditonjolkan.
Sumber: InfoPlease.com, Hastag TV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/20/drakula-si-penyula-ini-kisah-drakula-sebenar-yang-tewas-di-tangan-tentera-al-fateh-setelah-menyula-ribuan-manusia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Kabur Setelah Menyamar Ketua Geng Brasil Ini Ditemukan Tewas Di Penjara

Gagal Kabur Setelah Menyamar Ketua Geng Brasil Ini Ditemukan Tewas Di Penjara

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 278 hits
Seorang narapidana Brasil Clauvino da Silva gagal kabur dari penjara setelah menyamar menjadi anak gadisnya memakai rambut palsu topeng dan pakaian anaknya Beberapa hari berselang da Silva yang merupakan ketua genk ini ditemukan tewas di pe...
Chelsea Tewas Di Tangan Liverpool

Chelsea Tewas Di Tangan Liverpool

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 209 hits
Adoi Liverpool menang pulak haha Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasukan Liverpool selepas berjaya menundukkan Chelsea 5 4 dalam sepakan penalti selepas terikat 2 2 dalam perlawanan Piala Super UEFA di Istanbul Liverpool juga perlu berterima...
Kisah Menyentuh Nenek Sahnun Pemulung Yang Dapat Hadiah Umrah Setelah Berkurban Seekor Sapi

Kisah Menyentuh Nenek Sahnun Pemulung Yang Dapat Hadiah Umrah Setelah Berkurban Seekor Sapi

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 254 hits
Di tengah keterbatasannya nenek Sahnun masih berusaha menabung untuk bisa berkurban Salut
Senangnya Apek Ni Minta Maaf Setelah Menghina Angkatan Tentera

Senangnya Apek Ni Minta Maaf Setelah Menghina Angkatan Tentera

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 386 hits
Taikun minta maaf kata tentera hanya makan dan tidur Selepas mengundang kecaman pelbagai pihak pengasas Gamuda Bhd Koon Yew Yin meminta maaf atas kenyataannya yang antara lain menyifatkan anggota tentera negara ini hanya makan dan tidur Koo...
Hiburan Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar Aishah Azman Tak Kisah Ada Pihak Tidak Setuju Dengannya

Hiburan Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar Aishah Azman Tak Kisah Ada Pihak Tidak Setuju Dengannya

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 631 hits
menjadi topik perbualan hangat para netizen pada bulan lalu Kisah mereka berdua menjadi semakin panas apabila seorang Para netizen dengan pantas mengaitkan berita penahanan tersebut dengan kedua dua pelakon tersebut namun ada pihak yang tel...
Tangan Penuh Bertatu Macam Gangster Ingatkan Nak Samun Rupanya Nak Tolong Kisah Orang Malaysia Kerja Di Singapura

Tangan Penuh Bertatu Macam Gangster Ingatkan Nak Samun Rupanya Nak Tolong Kisah Orang Malaysia Kerja Di Singapura

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 488 hits
The ReporterHaih nak menangis pula membaca perkongsian lelaki ini mengenai orang Malaysia saling bantu membantu apabila berada di tempat orang Tak nak intro panjang baca terus please Semoga perkongsian dari Muhammad Nur Fae Kasmadi ini berm...
Agong Dan Permaisuri Selamba Makan Di Kafetaria Siap Pakai Tangan Netizen Kata Melayu Pure Betul

Agong Dan Permaisuri Selamba Makan Di Kafetaria Siap Pakai Tangan Netizen Kata Melayu Pure Betul

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 496 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menikmati santapan tengah hari dengan cara yang cukup santai Agong ...
Mata Wang Apa Yang Akan Dibeli Amerika Syarikat Dalam Kes Campur Tangan

Mata Wang Apa Yang Akan Dibeli Amerika Syarikat Dalam Kes Campur Tangan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 577 hits
Donald Trump telah lama marah atas kenyataan bahawa Dolar AS yang lebih mahal mengimbangi kelebihan daya saing Amerika Syarikat Pada masa ini pakar pakar dari bank terkemuka di dunia bersaing untuk bercakap tentang penurunan nilai mata wang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah