Dr Shahrom Tak Setuju Tiada Lebam Di Belakang Badan Adib


siti hafidah  Pakar fizik akan dipanggil bantu mahkamah dalam prosiding inkuesSHAH ALAM– Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid hari ini memberitahu Mahkamah Koroner, beliau tidak bersetuju dengan laporan Hospital Kuala Lumpur (HKL), bahawa tiada kesan lebam di bahagian belakang badan Muhammad Adib Mohd Kassim

Dr Shahrom yang juga saksi ke-29 itu berkata, lebam itu tidak ditemui, berikutan bedah siasat ke atas Muhammad Adib yang juga anggota bomba bagi mengetahui punca kematiannya, tidak dilakukan secara menyeluruh

“Bedah siasatan bukan sekadar potong-potong sahaja tetapi ia adalah pemeriksaan secara menyeluruh bagi mengetahui punca kematian seseorang. Mereka (HKL) mengatakan melakukan bedah siasatan, tetapi sebenarnya tidak

“Mereka tidak melakukan pemeriksaan antaranya di bawah bahagian lapisan kulit yang mana sekiranya dilakukan akan menemukan kesan lebam. Ini apa mereka katakan tidak ada, bagaimana hendak ada, kalau tidak diperiksa,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada hari ke-39 prosiding inkues kematian Muhammad Adib di sini, hari ini

Dr Shahrom berkata, siasatan kejadian insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas yang menyebabkan kecederaan parah pada Muhammad Adib, seharusnya dilakukan lebih awal, oleh pegawai penyiasat dan pihak forensik

Beliau berkata, siasatan itu juga harus dimulakan di tempat kejadian selepas Muhammad Adib diserang, untuk mengetahui pihak yang bertanggungjawab melakukannya

“Tiada video penuh kejadian. Oleh demikian, pencarian perlu bermula daripada berlakunya kejadian bukannya daripada bedah siasat

“Malah, dalam forensik terdapat dua (bahagian) iaitu klinikal forensik (ketika hidup) dan patologi forensik (meninggal dunia). Sekiranya sudah meninggal dunia, kedua-dua pemeriksaan perlu bergabung untuk mencari punca kematiannya,” katanya

Dalam keterangan hari ini, Dr Shahrom yang juga bekas Pakar Perunding Kanan dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, menyifatkan semua bukti yang dikemukakan kepada mahkamah untuk prosiding inkues kematian Muhammad Adib itu adalah mencukupi, tetapi bukan untuk mengaitkan dengan kes jenayah

“Saya kata benda ini (bukti) cukup jika menggabungkan laporan dikeluarkan Jabatan Forensik HKL bersama eksperimen yang dilakukannya, sekiranya mahu membawa untuk buktikan kes jenayah, ia tidak cukup,” katanya

Dalam pada itu, Rofiah memaklumkan pihaknya akan menentukan seorang pakar fizik untuk membantu mahkamah dalam prosiding inkues itu

Rofiah berkata, pihak berkepentingan telah menyerahkan dua nama pakar fizik dan pihaknya sedang meneliti latar belakang individu terbabit, sebelum memanggil seorang daripada mereka ke mahkamah

“Saya mohon supaya pakar fizik yang akan dipilih nanti diterangkan berhubung formula dikemukakan saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan saksi pakar fizik ke-29, Dr Shahrom (dalam mengenal pasti punca kecederaan dan kematian Muhammad Adib),” katanya

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak itu sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Disember, ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/dr-shahrom-tak-setuju-tiada-lebam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Shahrom Anggap Bedah Siasat Adib Tidak Menyeluruh

Dr Shahrom Anggap Bedah Siasat Adib Tidak Menyeluruh

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 221 hits
SHAH ALAM Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom Prof Dr Shahrom Abd Wahid berpendapat bedah siasat terhadap mayat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak dilakukan secara menyeluruh Berikutan itu saksi ke 29 itu tidak berse...
Budak Parah Muka Badan Digigit Anjing Pitbull Jiran

Budak Parah Muka Badan Digigit Anjing Pitbull Jiran

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 208 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun parah di bahagian muka akibat digigit oleh seekor anjing Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 30 malam Khamis lalu di rumah mangsa di Taman Makmur Endau Mersing mangsa sebelum itu sedang berm...
Berat Badan Susah Nak Naik Cuba Minum Ini

Berat Badan Susah Nak Naik Cuba Minum Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 488 hits
Petua ini untuk menaikkan berat badan bagi mereka yang terlalu kurus dan susah nak naikkan berat badan Cara Mengemukkan Badan dengan BANANA MILK Jangan lupa share artikel ni okay Sekian
Kilafairy Pernah Alami Masalah Berat Badan Sampai Tak Keluar Rumah

Kilafairy Pernah Alami Masalah Berat Badan Sampai Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 348 hits
Jika anda mengikuti akaun Instagram Kilafairy memang cemburu melihat bentuk badan penyanyi dan pelakon ini yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita Namun The post appeared first on
Suap Anak Makan Tip Ozlynn Nak Naikkan Berat Badan Anak Selain Dapat Jimat Belanja

Suap Anak Makan Tip Ozlynn Nak Naikkan Berat Badan Anak Selain Dapat Jimat Belanja

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1253 hits
Simple je masak tapi sebab bersuap bertambah tambah makan begitulah perkongsian dari pelakon Ozlynn yang memberikan tip untuk tambah berat badan anak Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram rasminya yang dikongsi bersama suami J...
Produk Saxenda Membantu Mengurangkan Berat Badan

Produk Saxenda Membantu Mengurangkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 727 hits
Pakar endokrin pakar konsultasi Dr Sue Pedersen dari Klinik Diabetes Endokrinologi C ENDO di Calgary Kanada menambah Bagi kebanyakan orang dengan obesiti mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan adalah satu perjuangan Banyak fak...
Berguling Lembikkan Badan Depan Orang Masa Ni Sabar Ibu Ayah Kena Tahap Maksimum

Berguling Lembikkan Badan Depan Orang Masa Ni Sabar Ibu Ayah Kena Tahap Maksimum

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 292 hits
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila bila dan tak akan mengulanginya lagi Nam...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Vivo Y200i Smartphone Specifications And Prices

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb