Dr Musa Nordin Rupanya Penasihat Menteri Kesihatan Ph


DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF  

SAYA dimaklumkan mengenai nasihat seorang Peguam DAP, yang diikuti oleh beberapa gesaan sama oleh beberapa penyokong PH, supaya Datuk Dr Musa Nordin menyaman saya kerana kononnya menyebabkan Datuk Dr Musa Nordin dicaci dan dimaki dalam media sosial.

Komen pendek lima perenggan saya itu mudah sahaja, iaitu kritikan Datuk Dr Musa Nordin terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dan Kerajaan sekarang perlu dilihat di dalam konteks Datuk Dr Musa Nordin sebagai penyokong kuat Kerajaan PH.

Hakikat bahawa Datuk Dr Musa Nordin merupakan penyokong kuat Kerajaan PH adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kerana ia terpapar jelas di dalam tulisan beliau yang disiarkan atas nama peribadi atau atas nama Muslim Professionals Forum (MPF) di pelbagai media.
.
Malah, ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr Musa Nordin bukan setakat penyokong kuat Kerajaan PH, malah adalah sebahagian daripada Kerajaan PH itu sendiri bila beliau dilantik oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sebagai penasihat beliau pada 27 Mac 2019.

Pada 28 April 2019, Datuk Dr Musa Nordin, penasihat Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah dikurniakan dengan Anugerah Hero Vaksin (Hero Vaccine Award) oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bersempena dengan Perayaan Hari Imunisasi Kebangsaan 2019.

Tidak hairanlah jika bila sahaja ada ruang beliau akan melambung tinggi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad seperti dalam tulisan beliau pada 3 Mac 2020 yang menobatkan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai “undoubtedly by consensus the best performing Health Minister thus far”.

Begitulah juga dengan cadangan beliau kepada MKN pada 22 Mac 2020 bahawa Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad adalah calon terbaik bagi mengetuai pimpinan digital untuk mengurus ke arah satu app COVID2019 yang memberikan suveilans yang paling komprehensif dan efektif.

Di dalam konteks Datuk Dr Musa Nordin sebagai penyokong kuat, malah sebahagian daripada, Kerajaan PH inilah maka kritikan-kritikan beliau terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Kerajaan sekarang dilihat sebagai lebih dipengaruhi oleh emosi berbanding rasional.

Kritikan terbaru beliau terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga dilihat sangat tidak bertanggungjawab, malah boleh mencetuskan gelisah dan panik di kalangan rakyat bila dikatakan bahawa doktor, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu dinafikan (bereft of) PPE asas.

Kritikan ini dinafikan sendiri oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan dakwaan ketidakcukupan bekalan PPE adalah tidak benar, majoriti petugas kesihatan tidak dijangkiti sewaktu bertugas dan kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti berlaku di hospital swasta.

Lebih mewajarkan lagi kritikan terhadap Datuk Dr Musa Nordin adalah bila Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Satar, selaku majikan beliau sendiri telah, pada jam 7:12 malam semalam memohon maaf daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kata Datuk Amiruddin Abdul Satar, KPJ Healthcare Berhad tidak bersetuju dengan pandangan konsultan perubatan KPJ Group seperti Datuk Dr Musa Nordin terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan meminta maaf atas silap faham mereka ke atas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Lebih mengesankan lagi ialah pengakuan Datuk Amiruddin Abdul Satar bahawa, berbeza daripada kenyataan Datuk Dr Musa Nordin sebelumnya mengenai kecemerlangan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, “kita tidak proaktif di dalam menangani pandemik COVID-19 pada peringkat awalnya”.

Jika diingat balik, sikap tidak proaktif ini dapat dilihat jelas dalam kenyataan Datuk Dr Musa Nordin sendiri di Astro Awani pada 29 Januari 2020 yang memandang rendah mengenai bahaya COVID-19 ini sekali gus meminta rakyat supaya rakyat tidak gelisah dan tidak panik dengannya.

Kata Datuk Dr Musa Nordin waktu itu, rakyat tidak gelisah dan tidak panik kerana risiko kematian akibat COVID-19 kononnya adalah jauh lebih rendah, iaitu hanya 3 peratus – 4 peratus sahaja, berbanding SARS pada 2003 dan MERS pada 2013 yang lebih teruk risiko kematiannya, iaitu 10 peratus dan 30 peratus.

Sekarang ini Datuk Dr Musa Nordin, yang sebelum ini meminta rakyat supaya tidak gelisah dan tidak panik dengan COVID-19, nampaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyanggah kenyataan terdahulu beliau dengan cuba mencetuskan gelisah dan panik di kalangan rakyat.

Sebab itulah Datuk Dr Musa Nordin memang wajar dikritik kerana kenyataan-kenyataan beliau dilihat lebih dipengaruhi oleh emosi dan dilihat ramai sebagai lebih ‘politically motivated’ ekoran kedudukan beliau selaku penyokong kuat, malah sebahagian daripada, Kerajaan PH itu sendiri.
 – HARAKAHDAILY 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/dr-musa-nordin-rupanya-penasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Kerajaan Dedah Hantaran Politik Atas Arahan Susk Menteri Kesihatan

Pegawai Kerajaan Dedah Hantaran Politik Atas Arahan Susk Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 303 hits
Pegawai kerajaan dedah hantaran politik atas arahan SUSK Menteri KesihatanHantaran berbaur politik yang dikongsi dari laman Friends of Adham Baba dan dimuat naik pentadbir Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia adalah atas arahan Setiausah...
Menteri Kesihatan Menawar Letak Jawatan Selepas Membuat Tindakan Bodoh

Menteri Kesihatan Menawar Letak Jawatan Selepas Membuat Tindakan Bodoh

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 313 hits
WELLINGTON Menteri kesihatan New Zealand menyifatkan dirinya bodoh pada Selasa kerana melanggar sekatan keluar masuk tetapi beliau mampu mengekalkan jawatannya disebabkan krisis Covid 19 David Clark berkata beliau sudah menawarkan peletakan...
Ini Otak Dap Penasihat M Kesihatan Ph Bertembung Dr Kamarul Zaman

Ini Otak Dap Penasihat M Kesihatan Ph Bertembung Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 395 hits
Dr Musa Nordin rupanya Penasihat Menteri Kesihatan PHSAYA dimaklumkan mengenai nasihat seorang Peguam DAP yang diikuti oleh beberapa gesaan sama oleh beberapa penyokong PH supaya Datuk Dr Musa Nordin menyaman saya kerana kononnya menyebabka...
Pemergian Allahyarhamah Kehilangan Buat Kkm Menteri Kesihatan Zahir Simpati Pembantu Tadbir Kkm Mangsa Ke 35

Pemergian Allahyarhamah Kehilangan Buat Kkm Menteri Kesihatan Zahir Simpati Pembantu Tadbir Kkm Mangsa Ke 35

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 298 hits
Beberapa minit lalu KKM melalui akaun Twitter rasmi mereka memuat naik kiriman maklumat dan kemaskini terbaru kematian akibat Covid 19 Menerusi kenyataan tersebut kes kematian ke 35 merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 57 tahun y...
Menteri Kesihatan Dua Timbalannya Sudah Boleh Balik Kampung Tanam Jagung

Menteri Kesihatan Dua Timbalannya Sudah Boleh Balik Kampung Tanam Jagung

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 391 hits
SHAHBUDIN HUSIN Perlantikan Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai kesihatan awam bukanlah sesuatu yang biasa sebenarnya Ini kerana bukan saja pertama kali dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri memp...
Jemilah Mahmood Dilantik Penasihat Khas Kepada Pm Mengenai Kesihatan Awam

Jemilah Mahmood Dilantik Penasihat Khas Kepada Pm Mengenai Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 254 hits
Untuk rekod kerjaya awal Jemilah termasuk berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang obstetrik dan ginekologi di Fakulti Perubatan UKM hingga 1995 Jemilah Mahmood dilantik penasihat khas kesihatan awam PM Aktivis kemanusiaan Dr Jemilah Mahmo...
Penasihat Ganti Dilantik Timbalan Menteri Mosti

Penasihat Ganti Dilantik Timbalan Menteri Mosti

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 488 hits
Biodata Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim Nama Penuh HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM No IC 700115 11 5383Emel amzadhashim yahoo com Alamat Pejabat PT 4006 Tingkat 1 Blok B Perkedaian Ladang Tok Pelam Jalan Sultan Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu...
Menteri Kesihatan Dedah Nama Pesakit

Menteri Kesihatan Dedah Nama Pesakit

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 153 hits
Mohd Asri bakarMintak pihak berkuasa dapatlah tangkap Menteri air suam kerana dia dah melanggar undang undang dan telah membuka aib orang Cai cai PN boleh tolong jawab tak saya tanya jer ni dan jgn marah marah ek kita ni bersaudara kan
13 Pantun Memuja Ph Yang Didelete Oleh Datuk Dr Musa Nordin

13 Pantun Memuja Ph Yang Didelete Oleh Datuk Dr Musa Nordin

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 245 hits
TULANG BESIADMIN SIARKAN BEBERPA PANTUN SAHAJADisebabkan ramai kawan kawan yang komplen bahawa semua 13 pantun politik memuja PH yang dinukil oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam tweet beliau kini telah hilang dari radar disertakan di sini scree...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level

Mixing Politics With Religion In Malaysia Breeds Negativity

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam