Dr Michael Teo Tidak Rela Dijual Beli Tetap Percaya Kepada Anwar


 





Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng hari ini tampil menegaskan bahawa beliau tetap berprinsip dan teguh bersama parti KEADILAN dan menyokong penuh pimpinan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penegasan itu dibuat selepas beliau mengakui ditawar beberapa kali untuk keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).
"Sejak beberapa bulan yang lalu saya sudah diajak beberapa kali untuk lompat parti dan mengkhianati Anwar.
"Saya telah ditawarkan pelbagai tawaran oleh pihak tertentu yang berusaha meruntuhkan proses demokrasi di negara kita melalui kerajaan pintu belakang.
"Walaubagaimanapun, pendirian saya tetap kuat dan berprinsip dan saya tidak bersedia untuk dijual beli oleh mana-mana pihak.
"Sudah 21 tahun saya pilih untuk mengikut Anwar dan perjuangan parti KEADILAN secara sukarela. Saya tetap percaya Anwar seorang pemimpin yang cukup berwibawa dalam memperjuangkan prinsip reformasi dan KEADILAN untuk semua," katanya.
Beliau juga percaya Anwar mempunyai formula untuk membawa Malaysia keluar daripada kemelut yang kini melanda negara termasuk kemerosotan ekonomi akibat pelbagai penyelewengan dan urus tadbir yang lemah yang menyebabkan kadar kemiskinan makin ketara.
"Saya percaya Anwar dapat menyatukan rakyat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama supaya kita semua dapat hidup secara aman dan harmoni, saya percaya beliau boleh membawa transformasi kepada seluruh Sarawak dan Malaysia, dari segi sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan pembanguan terutamanya pembangungan luar bandar.
"Rakyat golongan B40 dan desa yang tertindas sentiasa menjadi tumpuan beliau. Ini turut merupakan golongan sasaran yang menjadi tumpuan saya di Sarawak selama 50 tahun saya berkhidmat sebagai seorang doktor dan lebih 20 tahun menceburi bidang politik," katanya.
Naib Presiden KEADILAN itu juga menyokong Anwar kerana beliau telah banyak untuk memperjuangkan nasib rakyat sejak zaman 1970-an apabila beliau seorang aktivis mahasiswa di Universiti Malaya dan ditahan dibawah akta ISA kerana memperjuangkan isu rakyat yang mengalami kebuluran dalam peristiwa Baling di Kedah.
"Lebih dua dekad kemudian, apabila beliau memperjuangkan prinsip reformasi dan anti-rasuah di dalam kerajaan pada tahun 1998, beliau telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, ditangkap di bawah ISA dan dibelasah dengan teruk di dalam penjara.
"Kebebasan beliau telah dirampas selama 10 tahun apabila beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik dan beliau mengalami pelbagai keperitan dan kesakitan dari segi kesihatan ketika itu. Isteri beliau mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah, anak beliau Nurul Izzah dan keluarga turut banyak berkorban untuk rakyat dan bertungkus lumus untuk membina parti KEADILAN selama beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik," katanya.
Dr Michael juga menganggap terlalu ramai yang telah mengkhianati Anwar dalam tempoh 21 tahun yang lalu, namun beliau enggan menjadi salah seorang daripada mereka.
"Walaubagaimanapun, saya tidak rela tergolong dalam kumpulan pengkhianat dan akan memilih untuk kekal bersama Anwar dan KEADILAN tidak kira apa jua cabaran yang melanda.
"Saya menyeru semua penyokong dan ahli KEADILAN untuk tetap sabar dan berdiri teguh berprinsip bersama Anwar.
"Parti KEADILAN adalah parti masa kini yang sangat relevan dan parti masa depan yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat. Bersama kita dapat memenuhi aspirasi rakyat, ‘KEADILAN untuk Sarawak, KEADILAN untuk Semua’," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/dr-michael-teo-tidak-rela-dijual-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Yang Boleh Dijual Beli Ancam Negara

Wakil Rakyat Yang Boleh Dijual Beli Ancam Negara

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 196 hits
FAZLI RADZIPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin yang boleh dijual beli mendatangkan ancaman kepada negara Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata demokrasi mesti dihormati iaitu yang majoriti menjadi pemerintah manakala minoriti me...
Bincang Isu Rasuah Sprm Sedia Bertemu Anwar

Bincang Isu Rasuah Sprm Sedia Bertemu Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki bersedia untuk menerima dan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Jelasnya beliau dan SPRM sendiri tidak mempunyai masalah untuk ...
Sijil Lahir Pkr Tertulis Pkr Bin Anwar Ibrahim

Sijil Lahir Pkr Tertulis Pkr Bin Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 204 hits
Keputusan tiga Ahli Parlimen meninggalkan PKR didakwa didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim Ia selepas Anwar didakwa membawa amalan politik pecah belah nepotisme dan kronisme hingga...
Anwar Seeks To Meet Macc Chief Over Offers To Pkr Mps

Anwar Seeks To Meet Macc Chief Over Offers To Pkr Mps

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 262 hits
PKR president Anwar Ibrahim wants to hold a meeting with MACC chief commissioner Azam Baki on the issue of alleged enticement offered to at least five PKR MPs in exchange for their support to Perikatan Nasional He said this after four other...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 258 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Susah Jika Tujuan Anwar Semata Mata Untuk Jadi Pm Isham Jalil

Susah Jika Tujuan Anwar Semata Mata Untuk Jadi Pm Isham Jalil

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 304 hits
Kerjasama UMNO adalah terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas serta jujur selain untuk menentang dan menolak pengkhianat tegas Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor itu berkata kerjasama itu juga bergantung kepa...
Anwar Ibrahim S Press Conference

Anwar Ibrahim S Press Conference

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 278 hits
What do you make of this Do you think Pakatan Harapan or PKR should cooperate with Umno What would their ideological platform be given the track record of both sides Good governance anti corruption constitutional provisions But this is vagu...
Awani Ringkas Sekatan Jalan Raya Diperketat Setiap Hujung Minggu Sprm Sedia Bertemu Anwar

Awani Ringkas Sekatan Jalan Raya Diperketat Setiap Hujung Minggu Sprm Sedia Bertemu Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 204 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
After Anwar S Proposal Health Dg Explains Unknowns In Single Dose Strategy

After Anwar S Proposal Health Dg Explains Unknowns In Single Dose Strategy

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 527 hits
Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah said the long term efficacy of administering a single dose of Pfizer BioNTech Covid 19 vaccine is unknown This is after opposition leader Anwar Ibrahim yesterday the government delay ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu