Dr Mazlee Degil




Mak ooiii....degilnya dia ni!!


Sebelum ini ketika pelbagai lapisan masyarakat mendesaknya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM, Dr. Mazlee Malik tetap berhempas pulas mahu terus bertahan di jawatan itu.


Meskipun beliau kemudiannya sedia bertemu dengan kumpulan mahasiswa yang mendesaknya, keinginannya untuk berundur langsung tidak ternampak.


Baru-baru ini apabila media mendapat maklumat ada arahan tertentu berkenaan pengunduran dan ingin mendapatkan pengesahan daripadanya, Dr. Mazlee jelas tidak senang dan marah-marah kepada wartawan yang menanyakan soalan tersebut kepadanya.


Kita pergi majlis kahwin, takkan nak bercakap soal cerai, begitulah lebih kurang kata-kata yang diluahkan Dr. Mazlee, seorang bekas pensyarah di UIA Gombak sebelum menceburi politik dan agak bertuah kerana berpeluang dipilih sebagai calon pilihnaraya di Simpang Renggam dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan.


Rupa-rupanya maklumat yang diperolehi media mengenai arahan pengunduran itu adalah sesuatu yang betul dan sahih.


Tetapi, kenapa Dr. Mazlee masih mahu berselindung dan tidak bercakap secara sopan, berhemah serta penuh budi bahasa dengan pihak media?


Agaknya inilah salah seorang menteri yang perlu disekolahkan oleh Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin tentang bagaimana cara-cara untuk berhadapan dengan media secara betul dan baik.


Semalam, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mazlee sepatutnya meletakkan jawatan secara serta-merta sebagai Presiden UIAM kerana sudah ada arahan beliau untuk berbuat berbuat demikian daripada parti dan juga kerajaan.


Laaa....sudah ada arahan parti dan kerajaan pun masih tak mahu letak jawatan lagi?


Nak tunjuk degil lagi ke?


Sungguh memalukan sebagai seorang yang kononnya berpendidikan tetapi nampaknya masih tidak faham dengan sesuatu arahan dan terus berdegil tidak mahu mematuhinya sehingga ketua parti di mana beliau bernaung dan mendapat kedudukan akhirnya terpaksa tampil memberi peringatan kepadanya.


Peringatannya pula cukup jelas - letak jawatan serta-merta!!


Tetapi, meskipun diperingatkan oleh Muhyiddin agar meletakkan jawatan secara serta-merta, malangnya Dr. Mazlee kelihatannya masih mahu berding-dong lagi dengan peringatan tersebut.


Sebagai reaksinya kepada peringatan itu, beliau menjelaskan hanya akan melepaskan jawatan Presiden UIAM itu sehingga proses pemilihan penggantinya selesai yang dijangka hujung bulan ini.


Kenapa masih mahu bertangguh lagi sehingga hujung November pula?


Apa masalahnya kalau beliau letak jawatan sebelum penggantinya ditemui?


Bukankah peringatan Munyiddin cukup mudah difahami - letak jawatan serta-merta!!


Susahkah seorang yang ada kelulusan PhD untuk faham maksud perkataan serta-merta itu?


Degil...degil...degil...orang semacam ini sepatutnya digugurkan saja sesegera yang boleh sebagai menteri. 


Lagi pun kerja dan sumbangannya sejak enam bulan jadi menteri masih tak seberapa dan di bawah KPI yang sepatutnya, kontroversi saja yang lebih. (ShahbudinHusin 13/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/dr-mazlee-degil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Km Degil Bina Hotel Atas B Bendera Cap Sam Bimbang

Km Degil Bina Hotel Atas B Bendera Cap Sam Bimbang

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 333 hits
SM Mohamed Idris Presiden CAP SAMPERATUAN Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Malaysia bimbang dengan cadangan pembinaan dua buah hotel di atas Bukit Bendera yang akan bertentangan dengan Pelan Kawasan Khas bagi Bukit Bendera dan mendeda...
Ciuman Di Dahi Anak Magic Yang Dapat Beri Aura Ketenangan Anak Degil Pun Boleh Lembut Hati

Ciuman Di Dahi Anak Magic Yang Dapat Beri Aura Ketenangan Anak Degil Pun Boleh Lembut Hati

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 640 hits
Ciuman ialah lambang cinta dan kasih Tapi kena ingat bahawa ciuman itu juga terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap daripadanya mempunyai magic yang berbeza Kita beri ciuman untuk menunjukkan bahawa kita kasih dan cinta kepada anak Untuk...
Mazlee Oh Mazlee

Mazlee Oh Mazlee

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 284 hits
Mempertahankan kritikan Penasihat Media dan dan Komunikasi kepada Perdana Menteri A Kadir Jasin berhubung perlantikan bekas menteri era BN Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM Menteri P...
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Pokok Cili Pelangi

Hiburan Macam Makan Bab Makan Piza Jofliam Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah