Mazlee Oh Mazlee




Mempertahankan kritikan Penasihat Media dan dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin berhubung perlantikan bekas menteri era BN, Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM, Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik berkata, ia dibuat berdasarkan merit dan setelah mendapat kata sepakat pihak tertinggi.


Jika A Kadir berasa bingung dengan perlantikan itu kerana Abdul Wahid adalah bekas menteri era Najib Razak dan telah diarah berhenti sebagai Pengerusi PNB sebaik BN tidak lagi menguasai kerajaan dan kini tiba-tiba diberikan jawatan mengetuai Lembaga Pengarah UKM, jawapan Dr. Mazlee barangkali lebih membingungkan seluruh penyokong Pakatan Harapan.


Yang pertama, dari segi merit apakah yang ada pada Abdul Wahid yang menjadi pertimbangan Dr. Mazlee untuk menganugerahkannya jawatan itu?


Apakah mereka yang lain yang bukan bekas menteri BN tiada merit langsung untuk dilantik ke jawatan tersebut?


Yang kedua, siapakah pihak tertinggi yang didakwanya telah memberi kata sepakat atau persetujuan mengenai perlantikan itu?


Oleh kerana Dr. Mazlee merupakan seorang menteri, pemahaman umum mengenai pihak tertinggi yang berada di atasnya hanyalah sama ada Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri atau Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Dalam hal ini, bolehkah Dr. Mazlee berterus-terang siapakah pihak tertinggi yang dimaksudkannya itu?


Selain itu, alasan lain yang lebih membingungkan lagi ialah apabila Dr. Mazlee cuba mewajarkan perlantikan Abdul Wahid itu dengan berkata, "pegawai-pegawai kerajaan juga daripada kerajaan terdahulu."


Aduhh...kenapalah kita ada seorang Menteri Pendidikan yang begitu lemah tahap pemikiran dan kurang kefahaman mengenai perbezaan antara pegawai kerajaan dengan seseorang yang dilantik melalui kuasa politik?


Menyamakan perlantikan pengerusi dengan kedudukan pegawai kerajaan yang merupakan kakitangan tetap tidak kira parti mana pun yang menjadi kerajaan, tidak lebih hanyalah menyerlahkan kelemahan  dan kedangkalan Dr. Mazlee sebagai seorang menteri.


Sudahlah sebelum ini terpalit dengan kontroversi tidak perlu seperti kasut hitam, warna stokin dan kedudukannya sendiri sebagai Presiden UIAM, nama beliau nyata semakin tercemar dengan tindakannya melantik bekas menteri BN mengetuai Lembaga Pengarah UKM.


Apakah di mata Dr. Mazlee tiada tokoh lain selain bekas menteri BN yang lebih layak mengetuai Lembaga Pengarah UKM?


Mazlee oh Mazlee....jika dibiarkan mungkin entah apa-apa  lagi kontroversi yang akan diciptany selepas ini.


Dan akhirnya, berapa lama lagikah watak seperti Dr. Mazlee ini yang jelas menyusahkan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan perlu terus berada sebagai menteri kabinet? (ShahbudinHusin 10/11/18)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/mazlee-oh-mazlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mazlee Degil

Dr Mazlee Degil

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 273 hits
Mak ooiii degilnya dia ni Sebelum ini ketika pelbagai lapisan masyarakat mendesaknya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM Dr Mazlee Malik tetap berhempas pulas mahu terus bertahan di jawatan itu Meski...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meggy Z Terlanjur Basah Chord

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Bila Ketua Hanya Jawatan Bukan Peranan

How To Choose The Right Switch Cover

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened