Dr Maszlee Sepatutnya Pimpin Glc Atau Ketuai Universiti Bukan Dibiarkan Kembali Kepada Karier Lama


 


Ketika awal penubuhan kerajaan perpaduan sebelum ini, Dr. Maszlee Malik pernah membayangkan beliau bakal diberikan sesuatu peranan dalam kerajaan.
Ini berikutan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara santai memintanya bersiap sedia yang ditafsirkan oleh beliau sebagai gambaran bakal dilantik ke sesuatu jawatan.
Rupanya ia hanyalah salah faham atau salah tanggapan semata-mata.
Iyalah…selepas kalah bertanding di Simpang Renggam dan diminta untuk bersiap-sedia, bukan oleh orang biasa yang bersidai di kaki lima, tetapi daripada mulut seorang Perdana Menteri, bukan saja Dr. Maszlee, siapa pun akan bertanggapan ia merupakan gambaran ada berita baik bakal diterima.
Agaknya, setelah begitu lama menanti dan menanti, namun masih tiada apa-apa khabar berita, Dr. Maszlee akhirnya memutuskan untuk kembali menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta di Cyberjaya.
Menurutnya, beliau akan memberi syarahan topik terpilih dalam bidang kemanusiaan dan berkaitan pendidikan di universiti berkenaan.
Menjadi pensyarah, guru atau pendidik adalah kerja mula yang membawa banyak limpahan pahala, tetapi dalam kes Dr. Maszlee, kembalinya beliau menjadi pensyarah biasa adalah sebuah cerita duka sebenarnya.
Beliau sebelum ini adalah pensyarah di UIA sebelum berhenti untuk bertanding pada PRU14 di kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor.
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan sempat berkhidmat selama lebih kurang 20 bulan sebelum diminta memulangkan jawatannya oleh Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu.
Ertinya, Dr. Maszlee meletak jawatan sebagai pensyarah dulu adalah untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dan pencapaian sehingga menjadi menteri boleh dikira membanggakan.
Kenapa sekarang, dalam usianya yang dikira masih muda, berjawatan Ahli MPP PKR di peringkat pusat dan tentunya masih bernafsu dalam dunia politik, beliau dibiarkan kembali bekerja menjadi pensyarah biasa?
Tidakkah kembalinya beliau kepada jawatan lama sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta adalah gambaran kerana tiada pilihan atau peranan lain sudi diberikan kepadanya?
Tidak bolehkah dalam keadaan partinya sendiri, PKR adalah tunjang kerajaan dan Anwar sebagai Perdana Menteri, Dr. Maszlee didorong dengan diberikan jawatan yang bersesuaian agar boleh kembali bertanding semula merampas kerusi Simpang Renggam pada PRU16 akan datang?
Ataukah pengenepian ini sebuah isyarat, atas nama kerajaan perpaduan, kerusi Simpang Renggam yang kini dimenangi UMNO, akan terus menjadi milik parti itu untuk ditandingi?
Dengan berpengalaman sebagai bekas menteri, pernah menjadi Ahli Parlimen dan masih sebagai ahli MPP parti di peringkat, Dr. Maszlee sepatutnya dilantik mengetuai GLC atau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola mana-mana universiti sebagai pengiktirafan kepada kewibawan dan pengalamannya itu.
Bukankah banyak agensi dan GLC yang berkaitan pendidikan yang sesuai diterajui beliau?
Kenapa Anwar dan kerajaan mensia-siakan manusia berkualiti seperti Dr. Maszlee ini?
Kalau alasan kalah PRU15 sebagai sebab tidak diberikan jawatan, peliknya ada pula pemimpin lain yang kalah pilihan raya dan kalah juga pemilihan parti, namun dilantik pula sebagai menteri dan timbalan menteri?
Yang kalah pilihan raya dan tiada jawatan penting dalam parti, malah tidak pun bertanding, ada pula yang tiba-tiba dilantik mengetuai GLC atau diberikan jawatan Senator.
Istimewa sangatkah semua mereka itu berbanding Dr. Maszlee?
Di mata umum dan pada pandangan ahli parti, nasib yang menimpa Dr. Maszlee ini adalah tanda kegagalan – kalau pun bukan kebebalan – sebuah kerajaan yang memiliki kuasa melimpah ruah dalam tangan.
Akan timbul pertanyaan, macam mana kerajaan ini mahu diyakini dalam membela rakyat kalau pemimpin parti sendiri yang berkualiti pun disia-siakan dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya?
Yang lain-lain yang masih menunggu jawatan, apakah masih mahu menunggu lagi? – ShahbudinHusin 22/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/dr-maszlee-sepatutnya-pimpin-glc-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Malaysia Siapa Yang Ada Cukup Kekuatan Untuk Memulangkan Sumber Dari Skandal Lama Atau Baru

Di Malaysia Siapa Yang Ada Cukup Kekuatan Untuk Memulangkan Sumber Dari Skandal Lama Atau Baru

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 187 hits
If any Boleh mulakan dengan Mahathir Paklah Najib Zahid Muhyiddin KJ Mantan MB Dan MB semasa Mantan Menteri Dan Menteri Semasa Tidak ketinggalan Ketua Menteri Pulau Pinang Hadi Awang Tidak juga lupaAnwar SIAPA lagi yang tertinggal
Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 376 hits
Shahbudin HusinSusulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah per...
Bekalan Telur Ayam Akan Kembali Pulih Menjelang Hujung Tahun Ini Mat Sabu

Bekalan Telur Ayam Akan Kembali Pulih Menjelang Hujung Tahun Ini Mat Sabu

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 163 hits
The ReporterKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini didorong oleh usaha kerajaan melalui...
Melonguane Sulut Kembali Diguncang Gempa Magnitudo 5 1

Melonguane Sulut Kembali Diguncang Gempa Magnitudo 5 1

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 530 hits
Wilayah Melonguane Kepulauan Talaud Sulawesi Utara kembali diguncang gempa Sabtu dini hari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika melaporkan kekuatan gempa itu sama seperti yang terjadi pada Jumat tengah malam yakni magnitudo 5 1
Makin Panas Rudal Balistik Korea Utara Kembali Meluncur

Makin Panas Rudal Balistik Korea Utara Kembali Meluncur

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 163 hits
Korea Utara semakin gencar melakukan kegiatan peluncuran rudal balistik Kali ini Korea Utara meluncurkan rudal balistik jarak pendek dalam uji coba tembak ke arah laut Uji coba tersebut juga bertepatan dengan momen pertemuan pemimpin Korea ...
Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 435 hits
Selamat Kembali Ke Sekolah Assalamualaikum Hi korang Alhamdulillah harini dah masuk hari ke tiga anak anak KakYa melangkah ke sekolah untuk sesi 2023 2024 Syukur alhamdulillah dipermudahkan semua urusan anak anak dari sekolah harian dan jug...
Rating Pernah Cecah 23 Bolehkah Running Man Kembali Ke Zaman Kegemilangan Dahulu

Rating Pernah Cecah 23 Bolehkah Running Man Kembali Ke Zaman Kegemilangan Dahulu

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 218 hits
Dari kecil hingga besar rasanya ramai peminat yang membesar bersama Running Man selama 13 tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Sudah menjangkau 646 episod sudah pelbagai keperitan dan rintangan yang dilalui program paling popular SBS ini Bahkan suda...
Anwar Yakin Dapat Kembali Sokongan Orang Muda Hasil Kerjasama Dengan Umno

Anwar Yakin Dapat Kembali Sokongan Orang Muda Hasil Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 264 hits
agendaily com18 03 2023UMNO akan terus bersama Pakatan Harapan sehingga habis penggal Parlimen ke 15 Hasil kerjasama dengan UMNO sehingga dapat membentuk kerajaan campuran akan memberi suntikan kepada Pakatan Harapan untuk mendapatkan sokon...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai