Dr Maszlee Malik Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara


KUALA LUMPUR, 27 Dis — “Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru”, itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Mei lalu.

Sepanjang enam bulan menerajui kementerian, anggota Parlimen Simpang Renggam itu dihujani pelbagai kontroversi namun beliau tetap mendapat sokongan pelbagai pihak dengan menyifatkan Maszlee berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Bermula dengan kasut hitam pelajar, susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka, kementerian pada Oktober lalu bersetuju melaksanakan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Kontroversi terbaru ialah dakwaan beliau dipetik di luar konteks dalam isu memasukkan skandal 1MDB dalam sejarah negara.

Turut mendapat perhatian, cadangan pelajar menggunakan kolam renang hotel untuk aktiviti mereka, yang ditolak pengusaha hotel. Walaupun cadangan itu mengundang polemik orang ramai, namun ia merupakan antara berita gembira diumumkan Maszlee selain mewujudkan kegiatan kokurikulum belajar berenang yang akan diajar kepada sekolah berhampiran kemudahan kolam renang awam.
Turut diasak sebelum itu serangan psikologi daripada netizen apabila mereka tidak bersetuju dengan pelantikan Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh walaupun mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan universiti itu.

Bagaimanapun, bekas profesor madya di Jabatan Sains Politik di UIAM itu akhirnya meletakkan jawatan presiden berkenaan.

Maszlee berpendapat bahawa sistem pendidikan negara perlu disuntik dengan kaedah baharu selain tidak harus terlalu tertumpu kepada kedudukan dan peperiksaan.

Menganggap penyenaraian nama dalam barisan 14 anggota kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suatu penghormatan, Maszlee komited melakukan transformasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penting iaitu sistem pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa Inggeris.

Menurutnya, perkara itu menjadi fokus kementeriannya selaras dengan aspirasi Dr Mahathir yang mahu memberi penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa bermula dari bangku sekolah.

Agenda memperkasakan pendidikan diteruskan kementerian dengan pelantikan 13 individu terdiri daripada anggota akademik dan pakar untuk menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) pada Oktober lalu sebagai badan bebas bagi mengkaji dasar berkenaan.

JKDPN diwujudkan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun lalu, mula berkuat kuasa pada Oktober 2018 sehingga April 2019 itu berperanan memberi syor dari sudut kajian bebas melalui perspektif mereka mengenai pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara secara menyeluruh.

JKDPN yang dipengerusikan Presiden Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia yang juga Timbalan Naib Canselor Inti-UC Laureate International Universities, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid itu turut dianggotai Dr Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Menyentuh isu pembayaran semula pinjaman pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019

Kaedah PGB itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah antara dua peratus hingga 15 peratus.

Menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat baru-baru ini, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM60.2 bilion selaras dasar kerajaan menghasilkan suasana pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat.

Peruntukan itu disambut baik pelbagai pihak antaranya Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Datuk Mohamad Ali Hasan yang berpendapat ia menjadi bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan memberi keutamaan kepada sektor pendidikan negara. — BERNAMA
loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/12/dr-maszlee-malik-ikrar-perbaiki-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agar Mandiri Tenaga Kerja Disabilitas Dapat Pelatihan Dari Negara

Agar Mandiri Tenaga Kerja Disabilitas Dapat Pelatihan Dari Negara

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 228 hits
Hari ini Kementerian Perindustrian dan Kementerian Sosial melakukan penandatanganan nota kesepahaman atau MoU tentang sertifikasi pelatihan dan penempatan tenaga kerja disabilitas Pelaksanaan pelatihan sertifikasi kompetensi dan penempatan ...
Indonesia Tempati Urutan Ke 5 Negara Dengan Kontribusi Industri Manufaktur Tertinggi

Indonesia Tempati Urutan Ke 5 Negara Dengan Kontribusi Industri Manufaktur Tertinggi

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 216 hits
Menteri Perindustrian Airlangga Hartarto mengungkapkan kontribusi industri manufaktur Indonesia terhadap perekonomian negara masuk jajaran lima besar dunia Kontribusi industri terhadap perekonomian Indonesia cukup tinggi mencapai angka 20 5...
Kepada Kaki Travel Ke Luar Negara Khususnya Inilah Nama Panggilan Lain Daging Babi Yang Harus Anda Ketahui

Kepada Kaki Travel Ke Luar Negara Khususnya Inilah Nama Panggilan Lain Daging Babi Yang Harus Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 622 hits
Bagi orang Islam melancong ke luar bandar atau ke luar negara mempunyai cabaran tersendiri terutamanya soal makanan Lebih lebih lagi jika bandar atau negara mempunyai majoriti masyarakat bukan Islam Mereka mesti memilih dengan teliti apakah...
Polis Rasis Suruh Orang Ni Balik Ke Negara Asalnya

Polis Rasis Suruh Orang Ni Balik Ke Negara Asalnya

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 338 hits
Australia adalah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama Rata rata mereka sudah berasimilasi dan berjaya mencapai keharmonian dalam hidup dengan masyarakat majmuk Di mana mana negara yang mempunyai masyarakat berbil...
Ini Alasan Negara Muslim Bungkam Terhadap China Dalam Isu Uighur

Ini Alasan Negara Muslim Bungkam Terhadap China Dalam Isu Uighur

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 306 hits
Pakar kebijakan China Michael Clarke dari Australian National University mengatakan kepada ABC kekuatan ekonomi China dan takut mendapat balasan diduga menjadi faktor besar dalam diamnya negara berpenduduk mayoritas Islam untuk menyikapi is...
Amyra Tetap Masak Makanan Untuk Anaqi Walaupun Dalam Mood Bercuti Ke Luar Negara

Amyra Tetap Masak Makanan Untuk Anaqi Walaupun Dalam Mood Bercuti Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 344 hits
Percutian bersama keluarga terutama bawa anak kecil mesti rancang awal Bukan sahaja perlu cari tempat yang sesuai tapi harus fikirkan keperluan anak untuk makan atau keselesaannya juga Jika semua ini diambil kira tiada masalah Bagi pelakon ...
Kppu Catat Perusahaan 3 Negara Ini Paling Banyak Lakukan Akuisisi Di Ri Selama 2018

Kppu Catat Perusahaan 3 Negara Ini Paling Banyak Lakukan Akuisisi Di Ri Selama 2018

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 272 hits
Ketua Komisi Pengawas Persaingan Usaha Kurnia Toha mencatat Jepang Singapura dan Amerika Serikat merupakan negara paling banyak melakukan transaksi merger dan akuisisi di Indonesia selama 2018 Adapun perusahaan yang melakukan akuisisi adala...
Kenaikan Tol Di Seluruh Negara Dibekukan

Kenaikan Tol Di Seluruh Negara Dibekukan

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 1084 hits
MALAYSIAKINI Kabinet bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun 2019 Ini adalah penambahbaikan kepada pengumuman Belanjawan 2019 yang membekuk...
Bn Keluar Negara Buat Untung Ph Tulis Warkah Tanpa Faedah

Bn Keluar Negara Buat Untung Ph Tulis Warkah Tanpa Faedah

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 475 hits
Pada 2012 melalui gabungan SP Setia Sime Darby dan KWSP mereka telah membeli tanah Battersea dengan harga 600 juta menewaskan bidaan dari kelab bolasepak Chelsea FC yang ingin membina stadium baru mereka di sana Pada masa itu ada yang mengk...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun